Sejarah dan Latar Belakang Lembu Belgian Blue


Kewujudan Belgian Blue pertama kali didokumenkan pada tahun 1808 oleh pakar pemerhati ternakan, George Culley. Baka lembu ini adalah hasil daripada pembiakan silang ( cross breeding ) antara baka Charolais daripada Belgium dengan baka lembu Shorthorn daripada United Kingdom. Pembiakan silang ini menghasilkan lembu yang sangat besar dan berotot.

Belgian Blue turut dikenali sebagai Race de la Moyenne et Haute Belgique , Belgian Blue-White, Belgian White and Blue Pied, Belgian White Blue, Blue dan Blue Belgian. Lembu daripada baka ini mempunyai fizikal yang sangat kurang lemak, dan tubuh badannya dipenuhi dengan otot semata-mata. Terma yang digunakan untuk merujuk kepada perubahan fizikal lembu seperti ini adalah ' double muscling ', atau otot berganda.

Lembu normal mempunyai bilangan serat otot yang normal, dan serat otot ini akan membesar bersama tumbesaran lembu (hypertrophy). Berbanding lembu biasa, Belgian Blue melalui proses double muscling , yakni jumlah serat otot yang semakin berganda (hyperplasia), di samping semakin membesar. Akibatnya, tubuh Belgian Blue menjadi sasa, dipenuhi otot padat.

Mengapa Lembu Baka Belgian Blue Menjadi Terlalu Besar?

Punca berlakunya double muscling adalah disebabkan mutasi semulajadi gen yang bertanggungjawab menghasilkan myostatin, iaitu sejenis protein yang mengawal tumbesaran otot. Mutasi ini mengganggu proses pemendapan lemak, akibatnya tubuh hos padat dengan otot. Menghidapi mutasi ini, Belgian Blue menghasilkan myostatin yang sedikit, jadi serat dan tisu ototnya lebih banyak berbanding lembu biasa. Lembu baka ini tidak dilahirkan berotot, namun ototnya semakin berkembang bermula daripada usia 4 hingga 6 minggu.

Pembiakan silang secara semulajadi menghasilkan baka Belgian Blue yang berotot. Namun, saiz Belgian Blue pada awalnya tidaklah sebesar seperti yang dilihat hari ini. Baka Belgian Blue moden telah dihasilkan pada tahun 1950an oleh Professor Hanset melalui persenyawaan tiruan, atau bahasa mudahnya, pengubahsuaian genetik secara terpilih. Mutasi dan campur tangan manusia dalam pembiakan lembu menghasilkan baka Belgian Blue gergasi.

Masalah Kelahiran dan Zuriat Yang Cacat
Kerana saiznya yang terlalu besar dan tidak normal, Belgian Blue mempunyai banyak masalah kesihatan. Lembu betina yang bunting Belgian Blue kerap kali menghadapi masalah dystocia, iaitu masalah untuk melahirkan anak, kerana isu saluran kelahiran yang sempit. Ibu lembu selalunya terpaksa melalui Caesarean section (C-section iaitu pembedahan) untuk melahirkan anak.

Setelah dilahirkan, anaknya pula selalunya akan mempunyai banyak isu kecacatan, antaranya termasuklah lidah yang besar, menyebabkan mereka susah untuk mengunyah makanan. Anak lembu Belgian Blue juga berisiko tinggi untuk menghidapi masalah pernafasan (cardio-respiratory), masalah tulang dan sendi, dan beberapa penyakit lain. Ada di antara anak lembu yang mati awal disebabkan kecacatan kelahiran.

Menarik Tentang Lembu Baka Belgian Blue

-Lembu jantan baka Belgian Blue berupaya membesar sehingga mencapai berat 1250 kilogram, berbanding lembu biasa pada berat 900 kilogram. Lembu betina Belgian Blue dewasa pula mempunyai berat sekitar 700 kilogram.
-Dengan otot yang bersaiz besar, Belgian Blue tampak garang. Namun, baka ini sebenarnya agak jinak seperti lembu biasa.
-Masa untuk Belgian Blue matang dari segi seksual adalah lebih lama berbanding baka biasa.
-Belgian Blue menghasilkan susu yang lebih sedikit berbanding lembu biasa.
-Secara relatif, Belgian Blue mempunyai kepala yang kecil.

Mengapa Penternak Mahu Biakkan Belgian Blue?

Jawapannya amat mudah. Belgian Blue mempunyai isi daging yang banyak, serta mempunyai kadar makanan kepada tumbesaran yang rendah, yakni makan sedikit, tumbesaran berganda (isi banyak). Jadi boleh dikatakan membela Belgian Blue sangat mudah dan menguntungkan berbanding lembu biasa. Penulis sendiri tidak pernah merasainya, namun begitu, penulis berpendapat bahawa rasa dan kelembutan daging Belgian Blue mungkin berbeza, sedikit keras kerana terlalu padat dengan otot.

9 potongan lembu


Selepas disembelih, lembu akan dilapah untuk diasingkan bahagian kulit, daging, tulang dan organ dalaman lembu.
Sebenarnya nama potongan daging di dalam bahasa Melayu sukar dicari kerana kemungkinan di Malaysia industri penternakan lembu pedaging  tidak sehebat di negara luar seperti Australia, New Zealand, Amerika, Jepun atau India. Malaysia masih mengimport sejumlah lebih 20,000 metrik tan daging sejuk beku atau dengan kiraan lebih kurang 1.5 juta ekor diimport setiap tahun dari Australia, New Zealand dan India.

Penggunaan daging adalah berbeza mengikut potongan dan kegunaan. Di kawasan Asia dan di Negara kita, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang, kari daging, masak kuzi, sate dan juga rendang.

Rakyat Malaysia juga banyak menggunakan bahagian lembu yang lain seperti paru, perut, usus, ekor, kepala, otak, kulit, urat, tulang, sesendi dan hati sebagai makanan dan dikenali juga dengan makanan yang eksotik.

Di Amerika, Australia dan beberapa Negara lain, kebanyakan potongan daging ini dimasak steak, stew, daging kisar dan lain lain lagi.
9 bahagian utama tersebut adalah :
1) Chuck.
  • Chuck atau lebih dikenali sebagai shoulder (bahu) lembu antara bahagian yang mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian Rib, Short loin atau Sirloin.
  • Biasanya sesuai dipanggang di dalam ketuhar (broiled) atau dipanggang terus di atas api (grilled). Untuk potongan yang agak tebal, boleh dimasak dengan cecair menggunakan periuk seramik.
2) Rib (Tulang Rusuk).
  • Rib merupakan potongan premium yang paling digemari. Antara potongan yang sesuai untuk masakan steak adalah Ribeye, Back Ribs dan Ribeye Filet. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.
3) Short loin.
  • Terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu. Antara potongan steak yang digunakan dibahagian ini adalah Porterhouse Steak, T-bone steak dan Strip Steak.
  • Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu Terderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’. Mempunyai tekstur daging yang lembut dan tiada lapisan lemak.
4) Sirloin.
  • Bahagian ini merupakan antara bahagian daging paling lembut. Otot ini paling kurang bergerak menyebabkan bahagian ini merupakan daging yang paling lembut. Antara potongan yang terbaik untuk membuat steak dari bahagian ini adalah Tri-Tip Steak, Top Sirloin Filet, Top Sirloin Steak dan Sirloin Steak.
  • Terdapat bahagian yang unik di mana daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu yang membuatkan daging ini mempunyai rasa lemak (buttery) setelah dimasak.
  • Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’. Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.
5) Round.
  • Merupakan potongan daging di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini selalu bergerak dan dagingnya agak pejal dan liat sedikit berbanding potongan bahagian lain.
  • Antara potongan yang digunakan untuk steak adalah Top Round Steak, Bottom Round Roast, Rump Roast, London Broil dan Eye of Round Steak. Daging dimasak dengan kaedah masak di dalam ketuhar (broiled). 
6) Plate.
  • Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah rib seperempat bahagian perut lembu. Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain. Sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.
7) Brisket.
  • Bahagian ini terletak di bawah bahagian bahu hingga bahagian dada lembu. Ini juga otot yang banyak bergerak dan dagingnya agak liat berbanding bahagian lain. Sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.
8) Shank.
  • Potongan bahagian ini merupakan daging bahagian kaki. Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Juga sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.
9) Flank.
  • Bahagian ini terletak di sebelah bawah di antara perut dengan bahagian kaki belakang lembu. Lapisan permukaan lemak telah diasingkan pada bahagian kanan. Potongan ini agak panjang dan rata.

Lembu Wagyu


Perkataan Wagyu berasal daripada semua daging lembu di Jepun ('Wa' bermaksud Jepun dan 'Gyu' bermaksud lembu).
Lembu Wagyu terhasil daripada lembu Asia yang asli dan dikacukkan dengan lembu British dan Eropah.
Lembu Wagyu adalah salah satu baka lembu yang baru dikomersialkan di negara kita, Malaysia.
Lembu wagyu adalah lembu yang diurut secara luarannya bagi merangasang hormon pertumbuhan daging yang lebih lembut.


Ketika ini, terdapat empat jenis baka yang digunakan untuk menghasilkan daging Wagyu. Baka-baka tersebut adalah Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled (kacukan dengan baka Aberdeen Angus).
Manakala penghasilan daging wagyu moden ketika ini biasanya menggunakan baka kacukan daripada baka asli dengan baka-baka import antaranya Brown Swiss, Devon, Simmental dan Korea.
Daging Wagyu yang paling mahal ketika ini adalah daging jenis Kobe yang diperoleh daripada lembu baka Tajima, yang hanya dibenarkan diternak di wilayah Hyogo sahaja.

KARAKTER LEMBU WAGYU
  • Kemampuan lembu Wagyu untuk menghasilkan lemak (Oleic Acid) secara seragam melalui proses yang dinamakan sebagai (Marbling). Asid boleh membekalkan tenaga yang diperlukan oleh haiwan.
  • Lembu Wagyu bertanduk dan berwarna antara hitam mahupun merah.
  • dagingnya merupakan daging yang terbaik.
  • Cepat mencapai tahap matang, jinak, menurut perintah, dan boleh menerima persekitaran yang baru dengan cepat.
KELEBIHANNYA
  • Daging yang sangat berkualiti dan tidak mempunyai masalah untuk menerima makanan sama ada gandum mahupun pastura.
  • Ianya sangat subur dan mudah membiak. Bagi lembu betina, kitaran kematangan mereka adalah sebelum berumur 12 bulan.
  • dagingnya kurang kolestrol.
  • dagingnya mempunyai nisbah lemak terlarut lebih tinggi daripada asid lemak yang tidak tarlarut.
  • Jarang diserang penyakit dan biasanya sudah bersedia untuk mengadaptasi iklim dan persekitaran yang lebih luas.
  • Mempunyai sifat suka berkawan dan tidak garang.
  • kurang berat badan sewaktu dilahirkan bagi memudahkan proses tumbesaran. Matang pada saiz sederhana berbanding lembu lain yang hanya akan matang ketika saiz badan mereka besar

Lembu Baka Boran

 Padu Juga Baka Boran ni




Video LembuLBaka Boran




Kambing Baka BOER


Kambing Baka BOER
Ciri-ciri baka:
~Berbadan putih & kepala merah
~Telinga yang pendulous
~Kadar tumbesaran yang lebih cepat
~Kadar lahir yang tinggi
~Pedaging
~BOER” : bermakna petani/penternak (farmer)
~Dibangunkan di Afrika Selatan pada awal 1900’s
~Dikenali sebagai “Africander”, “Afrikaner”, “South ~African common goat”

~Dipercayai Boer ini adalah hasil kacukan antara baka Namaqua Bushmen & Bantu
~Baka kambing yang POPULAR di dunia
~Tahan penyakit dalam pelbagai cuaca
~Kadar kelahiran :160 %
~Berat dewasa jantan : 110-135 kg
~Berat dewasa betina : 90 – 100 kg
~Kadar pertambahan berat badan : 200 g/hari

Cirit-birit (Diarrhoea) & Radang Paru-Paru (Pneumonia) pada ternakan



Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan.
Walau bagaimanapun faktor paling utama adalah serangan bakteria, virus dan parasit dalaman (coccidia dan cacing). Coccidia merupakan sejenis protozoa (organisma bersel tunggal) yang menghuni perut ternakan kambing. Dalam keadaan biasa, coccidia tidak memberi ancaman kepada ternakan, bahkan coccidia memang hadir dalam perut hampir kesemua kambing. Coccidia memberi ancaman kepada kambing apabila kambing mengalami 'stress' akibat perubahan cuaca, pertukaran tempat atau persekitaran, atau apabila kambing memakan dedaun dan makanan yang tidak biasa dimakannya. Ia menyebabkan kambing mengalami ceret beret yang akut, menjadi lemah dan seterusnya membawa maut.

Kambing yang menghidapi ceret-beret akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ia menyebabkan kambing menjadi lemah danjika dibiarkan berterusan, boleh membawa kematian.

Kaedah Rawatan :
Kaedah Pencegahan Awal :
i. Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan bakteria.

ii. Pemakanan konsisten, elakkan dari mengubah jenis konsentrat atau menambah kuantitinya secara mendadak.
iii. Jika perlu menukar jenis konsentrat atau menambah kuantitinya, lakukan secara beransur-ansur.
iv. Elakan daripada memberi rumput atau dedaun yang terlalu muda atau yang terlalu banyak air atau bergetah.
v. Amalkan memberi minuman cecair anti-coccidiosis secara berkala, misalnya sebulan sekali
-Pastikan makanan yang diberi adalah tidak berkulat. 
-Kawal kambing dari bergerak bebas dari kandang ke kandang yang lain kerana ia boleh jadi pembawa kepada bakteria cirit birit seperti clostridium perferingens, salmonella atau coccidia.
-Semburkan bahan pembasmi kuman pada petak yang tercemar.

Rawatan Tradisional Mengatasi masalah cirit- birit ternakan

a. BUAH PINANG. 5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir. Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk. Diberi makan @ minum kepada lembu yang sakit. Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU
b. DAUN JAMBU BATU. 20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk @ digiling hinga lumat/hancur. Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU
c. BUAH CIKU. 5 biji buah ciku yang masih muda diambil & diparut/ ditumbuk hingga lumat/hancur. Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU
d. BUAH LIMAU. Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah & diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU
e. DADIH MASAM. 4 auns dadih masam diberi kepada anak.

Rawatan Veterinar Mengatasi masalah cirit- birit ternakan

-Antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat
-Memberi ubat cacing untuk mengurangkan bebanan cacing
-Rawatan sokongan - elektrolit/cecair, metabolic stimulant
-Memberi banyak minum air yang dicampurkan dengan glukos
-Dalam kes cirit memancut, berikan Scourban Plus secara oral 1-2ml/kg ATAU
Suntikan Prifinial solution 1ml/20kg.
-Scourban Plus - Ia adalah sejenis ubat cirit birit dalam bentuk cecair 'emulsion' dan diberi secara oral
-Disusuli dengan Suntikan Terramycin atau Tribressen 1 ml/30 kg- ulang selepas 3 hari 
-Memberi ubat yang boleh mengurangkan cirit seperti Koalin

Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing. Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik. Antara penyebab penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia. Bakteria yang dikenali sebagai pasteurella merupakan penyebab utama pneumonia di dalam persekitaran iklim yang lembab seperti negara kita. Serangan pasteurella (pasteurellosis) yang tidak dirawat akan menyebabkan ternakan kambing mendapat jangkitan pneumonia.
Pasteurella merupakan bakteria yang berada di atas permukaan tanah. Kambing yang berada dalam keadaan kurang cergas, apabila dilepaskan meragut boleh mendapat jangkitan bakteria pasteurella.
Pasteurella juga boleh memasuki sistem air minuman kambing melalui hujan yang membawa bakteria ini yang di atas permukaan tanah apabila air hujan mengalir terus ke dalam perigi atau takungan air. Adalah penting untuk memastikan aliran air hujan di atas permukaan tanah tidak memasuki perigi atau takungan air secara terus.
Batuk basah adalah tanda awal pneumonia. Kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus. Keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak.
Antara faktor-faktor penyebab adalah:

'Stress' akibat perubahan iklim, perjalanan jauh, perpindahan tempat & perubahan persekitaran, pertukaran makanan secara mendadak.
Pemakanan tidak bermutu.
Bebanan cacing.
Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
Kandang terlalu padat - memudahkan penyebarab bakteria.
Tanda-tanda klinikal yang dapat dilihat adalah seperti :
Pernafasan cepat / sesak nafas.
Suhu tinggi / demam.
Bunyi pernafasan tidak normal.
Batuk, bersin, cecair dari hidung.
Lemah, kurus, tiada selera makan.
Kaedah Rawatan :
Gunakan antibiotik spektrum luas
Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
Elakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).
Pencegahan :
Berikan suntikan pelalian (vaccination) bagi ternakan yang berusia 1 bulan ke atas.
Induk bunting yang diberi suntikan pelalian dapat membantu anak mendapat antibodi terhadap pneumonia

Foot And Mouth (FMD) = penyakit kuku dan mulut

Pengenalan
* Sejenis penyakit ternakan yang disebabkan oleh virus.
* Penyakit ini mudah merebak dan berjangkit kepada ternakan yang berkuku seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri 
* Haiwan liar seperti rusa dan kijang juga boleh mengidapi penyakit
ini.
Tanda-tanda
* Demam dengan suhu yang tinggi
* Hilang selera kerana kesakitan mulut dan tidak dapat meragut rumput
* Air liur pekat meleleh berjela dari mulut
* Melepuh dan berkudis pada kulit selaput dihidung, bibir, gusi dan lidah ; kadangkala pada puting susu
* Berkudis dicelah kuku kaki, menyebabkan ternakan berjalan tempang
Cara perebakan
* Penyakit ini mudah merebak; melalui air liur yang diterbangkan oleh
angin, atau cecair kudis dan darah yang tersentuh dari ternakan yang sakit atau melalui air minum dan makanan yang berjangkit.
* Kuman virus yang sangat halus boleh juga dibawa oleh manusia, kenderaan, pakaian, kasut, peralatan ladang dan lain-lain.
Kepentingan mengawal FMD
* ia memberi kesan ekonomik dan menjejaskan perusahaan ternakan negara ini.
* Ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut akan menjadi kurus
dan tidak produktif.
* Anakyang dijangkiti akan terbantut dan boleh membawa maut.
* induk lembu yang sedang mengeluarkan susu, akan terjejas pengeluarannya.
* Dari segi ekonomi pula Kerajaan terpaksa membelanjakan wang
yang banyak untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak ke seluruh negara.
* Export ternakan dan bahan daging dari negara ini akan terjejas kerana pengimport tidak akan mengimport hasil hasil ternakan dari sesebuah negara yang tidak bebas FMD.
Pencegahan dan kawalan
* Penyakit FMDPenyakit ini tidak boleh diubati.
* boleh dicegah dan dikawal dari merebak.
* Antara cara cara kawalan atau pencegahan penyakit ialah :
- Suntikan vaksin oleh (JPV)
- Tambatkan ternakan yang disyaki berpenyakit.
- Laporkan dengan segera kepada Pegawai di Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berdekatan
- Apabila disahkan berlakunya FMD dikawasan anda, jangan biarkan ternakan berkeliaran dimerata tempat. Kurung atau tambatkan ternakan, jauh dari ternakan yang belum dijangkiti penyakit.
- Jangan sekali kali memindahkan ternakan anda dari satu kampung ke kampung yang lain
- Jangan sembelih ternakan yang sakit. Sekiranya ternakan anda mati, laporkan segera kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
- Ternakan yang sakit tidak akan dirampas atau dibunuh. Penternak akan dibenarkan memeliharanya, tetapi perlulah ditambat atau dikurung sehingga penyakit itu sembuh

TANDA BIRAHI DAN TANDA HENDAK BERANAK PADA LEMBU KAMBING DAN BEBIRI


TANDA BIANG PADA LEMBU

Fasa kesediaan betina untuk dikahwini 
BAGI LEMBU BETINA NORMAL: ESTRUS PERTAMA berlaku umur 18-30 bulan. 
Bergantung kepada taraf kesihatan, diet pemakanan, baka dan berat badan. 
Mengalami kitaran estrus setiap 18- 24 hari. Tempoh estrus: 15- 21 Jam.

TANDA-TANDA BIANG

*MEMBENARKAN DIRINYA DIPANJAT
*KERAP KENCING
*SENTIASA MENEGAKKAN EKOR
*Mengasingkan diri
*Kurang selera makan
*Gelisah dan membising
*Menghidu vulva lembu lain, banyak berjalan, mengekori lembu lain dan membuat bising menandakan lembu tersebut menghampiri fasa esterus

TANDA BIANG MELALUI FARAJ

-PENGELUARAN MUKUS (LENDIR)
-VULVA MERAH DAN BENGKAK2

Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari namun tempoh lembu bunting ini juga bergantung kepada faktor umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung

Lembu menunjukkan tanda hendak beranak 4 hingga 5 hari sebelum melahirkan. Tanda seperti pangkal ekor terangkat, pundi susu bengkak dan menurun serta kelihatan resan dan sering bersendirian.

TANDA BIANG PADA KAMBING


*tidak tenang (gelisah)
*mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
*mengembek terus menerus
*sering kencing
*kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan


Lama masa Biang 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari
.
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari.Namun bergantung juga kepada faktor Baka,umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung

Tanda-tanda kambing akan melahirkan.

Setelah kandungan berusia lebih kurang  5 bulan, induk kambing biasanya menunjukan tanda-tanda hendak beranak. Tanda-tanda umum adalah sebagai berikut:

*Ambing susu yang terisi penuh,mengeras dan berkilat
*Sering berbaring dan berdiri
*Ternak gelisah, sering menggaruk-garukan kaki depan ke lantai kandang/tanah sambil *mengembik-embik.
*Vagina berlendir dan memerah disertai dengan mencekungnya pinggul atas.
*sering memperhatikan bahagian belakangnya sambil mengembik.

*Proses kelahiran biasanya dilakukan dalam posisi induk terbaring.


TANDA BIRI-BIRI Hendak MENGAWAN


Kitaran seksual bebiri betina berlaku beberapa kali di waktu musim mengawan sehinggalah mereka berjaya dibiakkan oleh Pejantan. Kitaran ini mempunyai tempohnya yang tersendiri iaitu selang waktu 16 hari (secara normalnya di antara 14 hingga 16 hari). Tempoh sebenar "estrus" di waktu bebiri betina memerlukan khidmat Pejantan hanyalah selama 30 hingga 36 jam sahaja. Dan kiranya gagal dibiakkan di dalam tempoh yang singkat tersebut, terpaksalah penternak menunggu selama 16 hari lagi bagi membolehkan "estrus" berulang semula. Bebiri betina semasa di waktu 'hangat' sebegini akan mula aktif mencari Pejantan atau paling tidakpun cuba berada dekat dengan Pejantan. Mungkin pada peringkat awal "estrus" bebiri betina tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehangatannya, tetapi apabila waktu berlalu perlakuan seksualnya akan bertambah aktif. Di kemuncak proses ini, bebiri betina akan mencium-cium, menjilat dan menyondol Pejantan.

Bebiri betina yang telah mencapai tahap kehangatan ini biasanya kerap mengeluarkan air kencing terutamanya apabila disentuh oleh Pejantan. Kelakuan kerap kencing ini akan memberi isyarat kepada Pejantan bahawa khidmatnya diperlukan untuk mengawan. Bebiri ini akan berusaha mendapatkan perhatian dengan menoleh kepala dan menggerak-gerakkan ekor kepada Pejantan untuk melihat reaksi dan perhatian Pejantan.

Apabila didapati adanya bebiri betina yang berada di dalam 'estrus', pejantan akan mula bertindak balas dengan menunjukkan suatu kelakuan klasiknya iaitu mendongak kepala ke atas sambil menggulung bibir atas ke arah hidung. kelakuan ini disebut sebagai "Flehmen response". Secara amnya, perlakuan ini ditunjukkan apabila pejantan menghidu air kencing yang dinyahkeluarkan oleh bebiri betina. Walaupun perlakuan ini dapat dilihat dengan jelas, ianya tidaklah boleh dianggap sebagai suatu komunikasi seksual sepenuhnya.

Pejantan juga akan mula menunjukkan beberapa lagi bentuk perlakuan seperti menghentak kaki, mencium organ seksual dan menyondol pasangannya di samping mengeluarkan suara-suara kasar melalui tekak. Perlakuan sebegini mungkin berlaku selama beberapa jam sebelum Pejantan mula memulakan langkah pertamanya untuk memanjat bebiri betina. Pejantan mungkin gagal dalam percubaan awalnya untuk membuat panjatan. Tetapi apabila panjatan berjaya dilakukan, proses ini akan terus berulang sehinggalah bebiri betina yang berkenaan berjaya dibiakkan.


Sekiranya terdapat lebih dari seekor betina berada dalam kehangatan seksual , persaingan untuk merebut pejantan akan terjadi yang mana bebiri-bebiri betina mula mengikut dan mengelilingi pejantan.

Tempoh Bunting


149 hari – 155 hari namun bergantung juga kepada faktor Baka,umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung

Tanda-tanda Biri-Biri akan melahirkan.

Setelah kandungan berusia lebih kurang  5 bulan, induk Bebiri biasanya menunjukan tanda-tanda hendak beranak. Tanda-tanda umum adalah sebagai berikut:

*Ambing susu yang terisi penuh,mengeras dan berkilat
*Sering berbaring dan berdiri
*Ternak gelisah, sering menggaruk-garukan kaki depan ke lantai kandang/tanah sambil *mengembik-embik.
*Vagina berlendir dan memerah disertai dengan mencekungnya pinggul atas.
*sering memperhatikan bahagian belakangnya sambil mengembik.

*Proses kelahiran biasanya dilakukan dalam posisi induk terbaring.


SENARAI UBAT PADA KIT PERUBATAN TERNAKAN YANG PERLU ADA DI KANDANG


SCOURBAN PLUS ORAL SUSPENSION
1. Ubat cirit birit yang diberi melalui mulut
2. Di gunakan untuk rawatan dan pencegahan jangkitan penyakit dalaman perut(gastrointestinal)
3. Mengembalikan elektrolit yang hilang serta mengeluarkan toxin.

Kaedah penggunaan:
1. Goncang botol sebelum diguna.
2. Buka botol dan pasang pam.
3. Sambung tiub plastik pada pam dan putar nozel ke arah lawan jam, seperti di tunjuk oleh arah anak panah, untuk guna pam sedut.
4. Tekan pam sedut untuk mengeluarkan ubat
5. Pam sedut ini telah reka cipta sesuai untuk digunakan pada ternakan kecil seperti anak kambing dan anak biri biri.

Kadar dos Nota: Pam sedut ini telah direka cipta untuk menghasilkan, setiap sekali tekanan pam sedut ini akan mengeluar 1 ml. ubat.
Dos pertama.
2 ml/ 1kg berat badan ternakan.

Dos berikutnya
1 ml. per berat badan pada pagi dan malam selama 3-5 hari atau 24 jam selepas simptom

Jangkamasa Penyahan Kesan Ubat (Withdrawal Period): Daging 14 har

HYDROGEN PEROXIDE SPRAY
Kegunaan untuk mencuci luka. Kaedah penggunaan:
1. Sembur hydrogen peroxide pada bahagian yang luka.
2. Cuci bahagian luka dengan hydrogen peroxide spray kemudian sembur dengan iodine, dengan menggunakan iodine spray
IODINE SPRAY
Kegunaan untuk mencuci luka.
Kaedah penggunaan: Sembur iodine spray pada bahagian yang luka.
CHLORAMPHENICOL EYE OINTMENT 
1g ubat ini mengandungi chloramphenicol 10 mg
 Digunakan untuk jangkitan pada bahagian conjunctiva dan cornea pada mata haiwan ternakan. Kaedah penggunaan: Sapu ubat pada bahagian dalam kelopak mata.
CECAIR D-BLOAT
Kembung gas
Kembung berbuih
Kembung salah makan/ terlebih makan
Senak perut (kolik)
Kembung sebab hentaman


Kaedah penggunaan :
100 ml untuk lembu/ kerbau
25ml untuk bebiri/kambing

NEGASUNT POWDER
Kudis berulat
Jangkitan pada kuku (Foot lesion) untuk FMD
Luka bedah(Surgical wound)
Luka pada bahagian pusat(Navel wound)


Kaedah penggunaan :
Tabur (sprinkle) serbuk Negasunt pada bahagian luka 2 kali sehari sehingga sembuh.

KRIM LOREXANE( KRIM KUNING)
Ubat diguna untuk luka atau kudis,
 Membersihkan luka dari dihinggapi oleh lalat
Sesuai untuk mengubati luka

Kaedah Penggunaan
1. Bersihkan luka dengan hydrogen peroxide dan iodine,
2. kemudian sapu dengan krim lorexane pada bahagian yang luka 2-3 kali sehari hingga luka sembuh dengan sempurna

SENARAI ALAT PADA KIT PERUBATAN TERNAKAN

GUNTING


FORCEP

KAPAS
Digunakan untuk meletakkan ubat pada ternakan

Kaedah penggunaan:
1. letakkan ubat sapu (hydrogen peroxide, iodine, krim lorexane atau eyes ointment) pada kapas.
2. Sapu kapas tadi pada anggota badan ternakan yang tercedera (luka, kudis)

BANDAGE (PEMBALUT LUKA)
Ubat diguna untuk membalut luka / bahagian patah pada anggota badan ternakan.

Kaedah Penggunaan
1. Bersihkan luka dengan ,
2. kemudian sapu dengan krim lorexane pad bahagian yang luka 2-3 kali sehari hingga luka sembuh dengan sempurna
3. Balut menggunakan pembalut luka (jika perlu)

Petua Rawatan Tradisional Untuk Ternakan



MASALAH KUTU
a. GARAM ½ kg & air setengah baldi. Campurkan hingga larut. Campuran ini digunakan sebagai bahan mandi ATAU
b. DAUN BETIK. Beberapa helai daun betik yanh muda diambil dan digunakan untuk menggosok ke bahagian badan ternakan yang dijangki kutu ATAU
c. ABU. Ambil abu kayu api dan gosokkan pada badan ternakan (lembu). Nescaya kutu-kutu yang ada akan mabuk & jatuh ke tanah. Kutu-kutu ini boleh dibakar kemudian atau direndam dalam minyak tanah.
KECACINGAN
a. MINYAK MARGOSA. 150 ml (½ botol) diberi kepada anak lembu berumur 6 bulan hingga 1 tahun ATAU
b. KICAP. Sebanyak 350 ml kicap diberi minum kepada lembu/kerbau ATAU
c. BUAH PERIA. 2 biji buah peria diberi makan kepada tiap-tiap seekor lembu yang kurus kerana cacing ATAU
d. PUCUK BETIK. Pucuk betik beberapa kali digunakan bagi mengubati/menghapuskan cacing.
URI MELEKAT
BATU. Menggantungkan batu @ benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar
DAUN BULUH MUDA. 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum.
KULIT BUAH NENAS. 1 kati (600 gm) @ lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau. Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari.
TERMAKAN RACUN
a. ½ kg ASAM JAWA dicampurkan dengan 1 liter air selepas diramas asam jawa, buang isi dan bijinya dan tapis. Campur 250 gm garam sebelum diberi minum ATAU
b. 6 auns MINYAK MASAK @ minyak Jarak diberi minum ATAU
c. AIR KELAPA (10 biji) yang muda diberi minum. Ini diikuti dengan kerap kali memberi minum 20 biji telur (bahagian putih sahaja).
KEMBUNG
a. HALIA. Ambil ½ kg halia, buang kulit, kemudian diparut atau ditumbuk. Airnya diambil & diberi minum. Dalam keadaan biasa sekali pemberian adalah mencukupi. Jika tidak sembuh dan diberi minum.
b. ASAM JAWA. Ambil asam jawa dan campurkan dengan air, diperah dan airnya diambil & diberi minum.
c. INGU. 50gm ingu diambil & ditumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan dengan air campuran ini diberi kepada ternakan yang terlibat ATAU
d. MINYAK KELAPA. Minyak kelapa @ sebarang minyak masak boleh digunakan untuk melawan kembong. Satu botol minyak (500 ml) diberi minum ATAU
e. OMATHANI. Air ubat India ini diberi sebanyak 6 auns dua kali sehari.
CIRIT BIRIT
a. BUAH PINANG. 5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir. Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk. Diberi makan @ minum kepada lembu yang sakit. Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU
b. DAUN JAMBU BATU. 20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk @ digiling hinga lumat/hancur. Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU
c. BUAH CIKU. 5 biji buah ciku yang masih muda diambil & diparut/ ditumbuk hingga lumat/hancur. Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU
d. BUAH LIMAU. Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah & diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU
e. DADIH MASAM. 4 auns dadih masam diberi kepada anak.
DEMAM
Air kelapa muda, 300 gm halia dan air badak (1 botol) dicampurkan dan diberi minum untuk mengurangkan panas badan (demam).
PATAH TULANG
½ kg kunyit serbok dicampurkan dengan 250 gm garam & putih telur dengan secukupnya supaya menjadikan kream. Keadaan tulang berkenaan diperbetulkan jika perlu & kream disapu sekeliling kawasan tersebut dan diikat dengan buluh supaya tegak & tidak bergerak
KURAP
600 gm belerang ditumbuk halus & dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah & ¼ botol minyak masak. Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu
PURU
Jangkitan tersebut dipotong & kemudian disapu dengan kapur sirih. Kadangkala, belerang & minyak tanah dicampur & disapukan kepada tempat jangkitan




KANDUNGAN NUTRIEN BAHAN MAKANAN TERNAKAN DI MALAYSIA DAN PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN UNTUK LEMBU DAN KAMBING


Adalah amat perlu ternakan diberi makanan yang seimbang dan mencukupi supaya ianya boleh menghasilkan produk yang optima dan bermutu didalam masa yang sesingkat mungkin. Oleh itu pengusaha perlulah mengetahui bahan-bahan makanan yang ada dan boleh didapati dengan mudah dan murah, serta mengenali kandungan
nutrien bahan-bahan tersebut. Penternak juga perlu mengetahui berat badan, taraf pengeluaran dan kebuntingan serta kesihatan ternakannya.

Panduan Teknikal ini dimuatkan dengan kandungan berbagai jenis bahan makanan yang boleh didapati di negara ini. Bahan-bahan makanan tradisional, sisa, pokok renek dan lain-lain yang dimuatkan telah didapati daripada seluruh negara,
dianalisis di Kluang mengikut kaedah-kaedah ujian yang diiktiraf yang mana setiap contoh adalah angka ujian daripada kutipan selama lebih lima tahun dan setiap bahan adalah purata daripada sekurang-kurangnya lima ujian. Jenis-jenis analisis yang dijalankan dan dimuatkan didalam ini ialah analisis Proximat yang dijalankan menggunakan kaedah-kaedah AOAC (1980), Tenaga Metabolisme (ruminan) menggunakan kaedah “Gas Test oleh Menke (1979). Tenaga Metabolisme (unggas)
menggunakan kaedah KM. Clegg (1956), Cerakinan Serat (Fibre fraction) menggunakan kaedah Goering dan Van Soest (1970), logam menggunakan Atomic Absorption Spectrophotometer dan Fosforus menggunakan kaedah Komplek Molybate/Metavanadate. Selain daripada itu panduan ini memuatkan juga anggaran keperluan-keperluan nutrien bagi berbagai kelas ternakan lembu. Kebanyakannya didapati daripada Nutrient Requirements of Dairy Cattle, NRC (1978), kedalam bentuk yang lebih mudah diterima. Beberapa kaedah perumusan makanan juga telah dibincangkan dan akhir sekali suatu panduan yang di jadualkan bagi penternak mengetahui dengan mudah jumlah makanan konsentrat yang perlu diberikan apabila mereka mengetahui berat lembu, taraf pengeluaran, nombor laktasi dan kandungan tenaga di dalam foraj yang digunakan semasa.

Adalah diharapkan panduan ini sekurang-kurangnya dapat memudahkan pengendalian pemberian makanan oleh penternak dan ladang-ladang dan menyemak kandungan bahan-bahan makanan yang akan digunakan serta merumus sendiri makanan ternakan mereka berpandukan kaedah yang ditunjukkan. Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada penternak-penternak,


Effective Microb (EM) dan Kebaikan untuk Penternakan



Effective Microbe atau lebih dikenali dengan singkatan EM merupakan "bakteria baik" hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen / bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran.
EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal. Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.
Tiga genus mikrob tersebut (LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.

Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida (lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tak bermanafaat.

Sifat EM

Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.

Kesesuaian Penggunaan EM

Ianya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebgainya.

Sejarah Penemuan EM

EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.

Mikrob-mikrob terpenting di dalam EM dan fungsinya :

Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria)
Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.

Yis / Ragi (Yeast)
Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.

Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)
Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.
Pertanian yang ideal mestilah merangkumi :-
Boleh mengeluarkan makanan yang bersi berkhasiat untuk kesejahteraan manusia
Ekonomi dan memberi manafaat kepada petani dan pengguna
Lestari dan senang dipraktikkan
Aktinomisit dan kulat berfementasi
Digunakan sebagai inokulum untuk meningkat kepelbagaian hayat dalam tanah
Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah

Kebaikan EM Dalam Penternakan

-Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
-Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
-Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
-Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
-Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
-Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Skop Pengunaan EM
Semburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.
Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
Masukkan EM dalam kolam ternakan.

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...