Cirit-birit (Diarrhoea) & Radang Paru-Paru (Pneumonia) pada ternakan



Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan.
Walau bagaimanapun faktor paling utama adalah serangan bakteria, virus dan parasit dalaman (coccidia dan cacing). Coccidia merupakan sejenis protozoa (organisma bersel tunggal) yang menghuni perut ternakan kambing. Dalam keadaan biasa, coccidia tidak memberi ancaman kepada ternakan, bahkan coccidia memang hadir dalam perut hampir kesemua kambing. Coccidia memberi ancaman kepada kambing apabila kambing mengalami 'stress' akibat perubahan cuaca, pertukaran tempat atau persekitaran, atau apabila kambing memakan dedaun dan makanan yang tidak biasa dimakannya. Ia menyebabkan kambing mengalami ceret beret yang akut, menjadi lemah dan seterusnya membawa maut.

Kambing yang menghidapi ceret-beret akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ia menyebabkan kambing menjadi lemah danjika dibiarkan berterusan, boleh membawa kematian.

Kaedah Rawatan :
Kaedah Pencegahan Awal :
i. Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan bakteria.

ii. Pemakanan konsisten, elakkan dari mengubah jenis konsentrat atau menambah kuantitinya secara mendadak.
iii. Jika perlu menukar jenis konsentrat atau menambah kuantitinya, lakukan secara beransur-ansur.
iv. Elakan daripada memberi rumput atau dedaun yang terlalu muda atau yang terlalu banyak air atau bergetah.
v. Amalkan memberi minuman cecair anti-coccidiosis secara berkala, misalnya sebulan sekali
-Pastikan makanan yang diberi adalah tidak berkulat. 
-Kawal kambing dari bergerak bebas dari kandang ke kandang yang lain kerana ia boleh jadi pembawa kepada bakteria cirit birit seperti clostridium perferingens, salmonella atau coccidia.
-Semburkan bahan pembasmi kuman pada petak yang tercemar.

Rawatan Tradisional Mengatasi masalah cirit- birit ternakan

a. BUAH PINANG. 5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir. Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk. Diberi makan @ minum kepada lembu yang sakit. Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU
b. DAUN JAMBU BATU. 20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk @ digiling hinga lumat/hancur. Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU
c. BUAH CIKU. 5 biji buah ciku yang masih muda diambil & diparut/ ditumbuk hingga lumat/hancur. Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU
d. BUAH LIMAU. Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah & diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU
e. DADIH MASAM. 4 auns dadih masam diberi kepada anak.

Rawatan Veterinar Mengatasi masalah cirit- birit ternakan

-Antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat
-Memberi ubat cacing untuk mengurangkan bebanan cacing
-Rawatan sokongan - elektrolit/cecair, metabolic stimulant
-Memberi banyak minum air yang dicampurkan dengan glukos
-Dalam kes cirit memancut, berikan Scourban Plus secara oral 1-2ml/kg ATAU
Suntikan Prifinial solution 1ml/20kg.
-Scourban Plus - Ia adalah sejenis ubat cirit birit dalam bentuk cecair 'emulsion' dan diberi secara oral
-Disusuli dengan Suntikan Terramycin atau Tribressen 1 ml/30 kg- ulang selepas 3 hari 
-Memberi ubat yang boleh mengurangkan cirit seperti Koalin

Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing. Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik. Antara penyebab penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia. Bakteria yang dikenali sebagai pasteurella merupakan penyebab utama pneumonia di dalam persekitaran iklim yang lembab seperti negara kita. Serangan pasteurella (pasteurellosis) yang tidak dirawat akan menyebabkan ternakan kambing mendapat jangkitan pneumonia.
Pasteurella merupakan bakteria yang berada di atas permukaan tanah. Kambing yang berada dalam keadaan kurang cergas, apabila dilepaskan meragut boleh mendapat jangkitan bakteria pasteurella.
Pasteurella juga boleh memasuki sistem air minuman kambing melalui hujan yang membawa bakteria ini yang di atas permukaan tanah apabila air hujan mengalir terus ke dalam perigi atau takungan air. Adalah penting untuk memastikan aliran air hujan di atas permukaan tanah tidak memasuki perigi atau takungan air secara terus.
Batuk basah adalah tanda awal pneumonia. Kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus. Keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak.
Antara faktor-faktor penyebab adalah:

'Stress' akibat perubahan iklim, perjalanan jauh, perpindahan tempat & perubahan persekitaran, pertukaran makanan secara mendadak.
Pemakanan tidak bermutu.
Bebanan cacing.
Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
Kandang terlalu padat - memudahkan penyebarab bakteria.
Tanda-tanda klinikal yang dapat dilihat adalah seperti :
Pernafasan cepat / sesak nafas.
Suhu tinggi / demam.
Bunyi pernafasan tidak normal.
Batuk, bersin, cecair dari hidung.
Lemah, kurus, tiada selera makan.
Kaedah Rawatan :
Gunakan antibiotik spektrum luas
Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
Elakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).
Pencegahan :
Berikan suntikan pelalian (vaccination) bagi ternakan yang berusia 1 bulan ke atas.
Induk bunting yang diberi suntikan pelalian dapat membantu anak mendapat antibodi terhadap pneumonia

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...