KANDUNGAN NUTRIEN BAHAN MAKANAN TERNAKAN DI MALAYSIA DAN PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN UNTUK LEMBU DAN KAMBING


Adalah amat perlu ternakan diberi makanan yang seimbang dan mencukupi supaya ianya boleh menghasilkan produk yang optima dan bermutu didalam masa yang sesingkat mungkin. Oleh itu pengusaha perlulah mengetahui bahan-bahan makanan yang ada dan boleh didapati dengan mudah dan murah, serta mengenali kandungan
nutrien bahan-bahan tersebut. Penternak juga perlu mengetahui berat badan, taraf pengeluaran dan kebuntingan serta kesihatan ternakannya.

Panduan Teknikal ini dimuatkan dengan kandungan berbagai jenis bahan makanan yang boleh didapati di negara ini. Bahan-bahan makanan tradisional, sisa, pokok renek dan lain-lain yang dimuatkan telah didapati daripada seluruh negara,
dianalisis di Kluang mengikut kaedah-kaedah ujian yang diiktiraf yang mana setiap contoh adalah angka ujian daripada kutipan selama lebih lima tahun dan setiap bahan adalah purata daripada sekurang-kurangnya lima ujian. Jenis-jenis analisis yang dijalankan dan dimuatkan didalam ini ialah analisis Proximat yang dijalankan menggunakan kaedah-kaedah AOAC (1980), Tenaga Metabolisme (ruminan) menggunakan kaedah “Gas Test oleh Menke (1979). Tenaga Metabolisme (unggas)
menggunakan kaedah KM. Clegg (1956), Cerakinan Serat (Fibre fraction) menggunakan kaedah Goering dan Van Soest (1970), logam menggunakan Atomic Absorption Spectrophotometer dan Fosforus menggunakan kaedah Komplek Molybate/Metavanadate. Selain daripada itu panduan ini memuatkan juga anggaran keperluan-keperluan nutrien bagi berbagai kelas ternakan lembu. Kebanyakannya didapati daripada Nutrient Requirements of Dairy Cattle, NRC (1978), kedalam bentuk yang lebih mudah diterima. Beberapa kaedah perumusan makanan juga telah dibincangkan dan akhir sekali suatu panduan yang di jadualkan bagi penternak mengetahui dengan mudah jumlah makanan konsentrat yang perlu diberikan apabila mereka mengetahui berat lembu, taraf pengeluaran, nombor laktasi dan kandungan tenaga di dalam foraj yang digunakan semasa.

Adalah diharapkan panduan ini sekurang-kurangnya dapat memudahkan pengendalian pemberian makanan oleh penternak dan ladang-ladang dan menyemak kandungan bahan-bahan makanan yang akan digunakan serta merumus sendiri makanan ternakan mereka berpandukan kaedah yang ditunjukkan. Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada penternak-penternak,


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...