Effective Microb (EM) dan Kebaikan untuk Penternakan



Effective Microbe atau lebih dikenali dengan singkatan EM merupakan "bakteria baik" hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen / bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran.
EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal. Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.
Tiga genus mikrob tersebut (LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.

Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida (lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tak bermanafaat.

Sifat EM

Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.

Kesesuaian Penggunaan EM

Ianya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebgainya.

Sejarah Penemuan EM

EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.

Mikrob-mikrob terpenting di dalam EM dan fungsinya :

Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria)
Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.

Yis / Ragi (Yeast)
Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.

Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)
Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.
Pertanian yang ideal mestilah merangkumi :-
Boleh mengeluarkan makanan yang bersi berkhasiat untuk kesejahteraan manusia
Ekonomi dan memberi manafaat kepada petani dan pengguna
Lestari dan senang dipraktikkan
Aktinomisit dan kulat berfementasi
Digunakan sebagai inokulum untuk meningkat kepelbagaian hayat dalam tanah
Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah

Kebaikan EM Dalam Penternakan

-Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
-Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
-Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
-Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
-Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
-Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Skop Pengunaan EM
Semburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.
Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
Masukkan EM dalam kolam ternakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...