Permanian beradas (Artificial
Insemination) ialah suatu cara pembikan ternakan di mana lembu/kambing betina sewaktu
datang berahi dikahwinkan tanpa menggunakan lembu/kambing jantan tetapi secara suntikan
mani beku. Mani beku ini diperolehi dari baka-baka jantan terpilih dan bermutu
tinggi.
Permanian Berhadas pada baka kambing
Program pembiakbakaan kambing juga boleh dilakukan melalui kaedah Permanian Beradas (Artificial Insemination) untuk kacukan Boer atau Jamnapari yang bermutu dengan mengekal ciri-ciri yang ada.
Air mani kambing jantan akan dimasukkan kedalam uterus betina menggunakan alat-alat yang khusus .AI (Artificial Insemination) mempunyai banyak kelebihan kerana ar mani yang diambil daripada baka jantan kambing yang berkualiti tinggi dapat di gunakan oleh banyak kambing betina.
DEFINISI
Permanian Berhadas (Artificial
Insemination) adalah suatu teknik atau kaedah memasuk atau menyuntik air mani
(semen) yang telah diproses ke dalam salur pembiakan betina (uterus)
menggunakan peralatan yang spesifik
Kebaikan-kebaikan yang diperolehi
-Dianggarkan sebanyak 30,000
suntikan melalui air mani beku dapat dihasilkan dari seekor lembu baka.
-Pengendalian permanian beradas
adalah amat mudah serta cepat. Ianya dapat dilakukan ditempat yang jauh yang
tiada terdapat lembu-lembu baka yang sesuai
- Mengelakkan penggunaan lembu
baka yang bermutu rendah dan kurang libido
- mengurangkan , mengawal
perebakan penyakit berkaitan dengan pembiakan seperti vibrosis, Trichomoniosis,
brucellosis, Metritis dan penyakit kelamin lain
-Mani beku disimpan didalam
nitrogen cecair dan tahan bertahun-tahun dimana penggunaannya boleh
dilaksanakan bila-bila masa yang diperlukan walaupun lembu tersebut telah mati
- Boleh mengelakan kecederaan
pada lembu betina disebabkan saiz atau kerakusan lembu-lembu jantan
-Mani beku terjamin dari segi
mutu dan bebas dari sebarang penyakit
- Senang untuk menyimpan rekod
dan penganalisaan baka
Biasanya seekor lembu betina
mencapai taraf baligh bila berumur dalam lingkungan 18 bulan. Tindakan hormon
pembiakan seperti Follicular Stimulating Hormone ( FSH), Leutanizing Hormone
(LH) akan memberi rangsangan kepada terjadinya berahi (On Heat) dan ovulation
kepad lembu tersebut.Bagi setiap seekor lembu betina jangka masa bagi satu-satu
lingkaran nafsu berahi ialah diantara 18 -24 hari. Ianya akan berulang lagi
selepas tempuh ini sekiranya ternakan tidak bunting. Proses ini akan bermula
semula selepas ianya melahirkan anak dan akan berterusan hingga ke peringkat
umur tua
Perlunya mengesan pusingan berahi
Adalah mustahak bagi penternak
mengetahui lembu yang betul-betul tiba pusingan berahi. Penternak mesti
mengesan sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari. Adalah lebih senang jika
lembu-lembu dilepaskan di padang ragutan bagi mengesan berahi. Kalau diikat sudah
tentu lembu tersebut tidak dapat memanjat diantara satu dengan yang lain..
Tanda tanda berahi
-Gelisah dan mengembek
-Nafsu makan berkurangan
-Suka memanjat lembu/ kambing
lain
-Kerap berdampingan dengan bebiri
jantan
-Kemaluan membengkak dan
kemerahan
-kerap terkencing
-Keluar cairan/ lendir dari
kemaluan
-Suka mengoyangkan ekornya
-Rela dirinya dipanjat dan
dikahwini
-Apabila dijalankan pemeriksaan (
Rectal examination) bahagian rahim keras dan tegang
Ada kalanya lembu berahi tidak
akan menunjukkan sebarang tanda ( Silent heat) perkara ini boleh diatasi dengan
menggunakan lembu jantan yang telah dikasi ( Vassectomised) sebagai teaser atau
pengesan
Jangkamasa Berahi
Jangka masa berahi ini wujud
selama 24 jam. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap
lebih kurang 21 hari..
Pada umur berapa lembu patut
dibiakkan?
Dengan penjagaan sempurna
anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiak dengan cara permanian berhadas
apabila umur antara 15-18 bulan.Jika lembu dara (heifer) yang masih muda mesti
mempunyai berat badan 200kg. Jika bentuk badan masih kecil , mungkin kelak akan
timbul masalah semasa bunting dan ketika hendak beranak.
Pastikan lembu tersebut tidak
bunting Tuan punya ternakan mungkin tahu jadi keterangan yang lengkap perlu
diambil dari tuan punya ternakan sebagai pengesahan.. Cara yang praktik untuk
menentukan sama ada lembu tersebut bunting atau tidak , perlu melakukan pemeriksaan
kesuburan dengan merasa kedua –dua tanduk rahim. Jika salah satu tanduk rahim
tersebut besar dari satu lagi jangan suntik lembu itu. Kemungkinan lembu
tersebut telah bunting.
Waktu suntikan
Jika tanda pada sebelah pagi
permanian dibuat di sebelah petang hari tersebut dan jika tanda tersebut
dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya.
Masa yang diambil oleh sperma untuk sampai ke ovum sesingkatnya ialah 2 ½
minitdari waktu ia disuntik. Jangkamasa hidupnya ialah 24 jam masa yang diambil
sperma menyesuaikan diri dalam saluran ovari adalah 6 jam sebelum ia berfungsi
dalam persenyawaan. Untuk mendapat kejayaan dalam rancangan permanian berhadas
ini lembu-lembu betina hendaklah disuntik sekurang-kurangnya 60 hari selepas
melahirkan anak.
Perkara penting
Sediakan tempat yang sesuai
dimana lembu boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Sebaik-baiknya
sediakan pasung bagi tujuan permanian berhadas tersebut
Pemeliharaan air mani beku
Air mani beku selalunya disimpan
didalam tangki nitrogen dimana satu pengawasan yang teliti perlu diambil bagi
menjamin yang disimpan itu adalah didalam keadaan baik dan memuaskan
Perkara yang perlu diambil
perhatian ialah
-Straw- straw mestilah disimpan
paras nitrogen cecair
-Peperiksaan paras nitrogen
mestilah dibuat 2 hari sekali
-Airmani beku yang berlainan
jenis mesti disimpan didalam gobelet dan corong yang berasingan dan hendaklah
dicatit dengan terang dan betul
- Tangki untuk kegunaan luar
mestilah mengandungi air mani beku yang mencukupi untuk kegunaan 2 hingga 3
hari
-Apabila hendak mengeluarkan
straw-straw daripada corongnya ( canister) corong itu hendaklah boleh diangkat
hingga kemulut tangki dan mesti dilakukan dengan cepat iaitu dalam masa kurang
5 saat.
-Jika Straw yang berisi mani beku
itu dikeluarkan dari nitrogen cair dan di dedahkan keudara dari 2 atau 3 saat.
Ia mesti digunakan dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam tangki.
Teknik suntikan
Teknik yang digunakan ialah
recto-vaginal methods.
-Dalam cara ini sebelah tangan
penyuntik samaada kiri atau kanan digunakan untuk masuk melalui dubur ( rectum)
untuk memegang bahagian-bahagian organ peranakan ( Cervic). Terlebih dahulu
sejenis bahan pelicin disapukan pada sarung tangan yang hendak digunakan. Bahan
pelicin tersebut disapukan terlebih dahulu pada bahagian luar dubur sebelum
memasukkan genggaman tangan ke dubur .. korek dan keluarkan sebahagian tahi
yang terdapat didalam usus besar..Kemutan akan dapat dirasa setelah tangan
dimasukkan, biarkanlah kemutan itu berlaku sebelum suntikan diteruskan
- Masukkan tiub (catheter) suntik
kedalam badan rahim melalui lubang cervic yang telah dipegang . Masukkan hujung
tiub itu menghala keatas bibir faraj dengan anggaran 20 – 30 darjah.
-Ini dapat mengelakkan termasuk
tiub itu ke dalam saluran kencing ( Urethral opening)
-Tangan yang memegang cervik itu
hendaklah membantu memasukkan tiub itu perlahan-lahan melepasi cervic .
Kadangkala hujung tiub itu boleh tersangkut atau tersekat pada lipatan di
hujung pertemuan faraj dengan cervic.
-Jika terdapat bunyi kasar (
grating) menunjukkan tiub itu telah melepasi kedalam cervic.
-Biasanya ini senang dilakukan
dengan tangan kanan
-Air mani akan disuntik dalam
badan rahim selepas saja tiub suntikan tersebut melepasi lubang cervic. Air
mani jangan di suntik terlalu jauh kedalam saluran rahim kerana ia mungkin akan
sampai ke tanduk rahim ( horn)
-Terdapat juga beberapa kejadian
dimana sebilangan kecil lembu-lembu yang susah untuk di masukkan tiub suntikan
kedalam badan rahim ( body of uterus). Sekiranya perkara ini berlaku suntikan
hendaklah dilakukan seberapa jauh kedalam cervic
Setelah dipermanikan lembu
tersebut
Setelah lembu dipermanikan di
minta memastikan ternakan tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini
adalah bagi memastikan yang lembu jantan di kawasan tersebut tidak boleh
mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran
berlaku..Setelah tiga minggu penternak-penternak perlu mengesan sekali lagi
pusingan berahi lembu tersebut. Ini adalah kerana kemungkinan lembu yang
disuntik tersebut datang berahi lagi maksudnya kat sini permanian berhadas
tersebut tidak berjaya. Seekor lembu akan mengawan semula diantara 17 hingga 24
hari selepas suntikan dilakukan jika sekiranya suntikan tersebut tidak
berhasil. Sekiranya seekor lembu tidak menunjukkan tanda-tanda mengawan antara
60 hingga 90 hari ( 3 bulan) lembu itu dianggap bunting..
assalamualaikum tuan/puan saya nak tanya tentang kurusus A.i,apa apa boleh ws saya. 0132954962
ReplyDelete