TANDA BIRAHI DAN TANDA HENDAK BERANAK PADA LEMBU KAMBING DAN BEBIRI


TANDA BIANG PADA LEMBU

Fasa kesediaan betina untuk dikahwini 
BAGI LEMBU BETINA NORMAL: ESTRUS PERTAMA berlaku umur 18-30 bulan. 
Bergantung kepada taraf kesihatan, diet pemakanan, baka dan berat badan. 
Mengalami kitaran estrus setiap 18- 24 hari. Tempoh estrus: 15- 21 Jam.

TANDA-TANDA BIANG

*MEMBENARKAN DIRINYA DIPANJAT
*KERAP KENCING
*SENTIASA MENEGAKKAN EKOR
*Mengasingkan diri
*Kurang selera makan
*Gelisah dan membising
*Menghidu vulva lembu lain, banyak berjalan, mengekori lembu lain dan membuat bising menandakan lembu tersebut menghampiri fasa esterus

TANDA BIANG MELALUI FARAJ

-PENGELUARAN MUKUS (LENDIR)
-VULVA MERAH DAN BENGKAK2

Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari namun tempoh lembu bunting ini juga bergantung kepada faktor umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung

Lembu menunjukkan tanda hendak beranak 4 hingga 5 hari sebelum melahirkan. Tanda seperti pangkal ekor terangkat, pundi susu bengkak dan menurun serta kelihatan resan dan sering bersendirian.

TANDA BIANG PADA KAMBING


*tidak tenang (gelisah)
*mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
*mengembek terus menerus
*sering kencing
*kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan


Lama masa Biang 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari
.
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari.Namun bergantung juga kepada faktor Baka,umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung

Tanda-tanda kambing akan melahirkan.

Setelah kandungan berusia lebih kurang  5 bulan, induk kambing biasanya menunjukan tanda-tanda hendak beranak. Tanda-tanda umum adalah sebagai berikut:

*Ambing susu yang terisi penuh,mengeras dan berkilat
*Sering berbaring dan berdiri
*Ternak gelisah, sering menggaruk-garukan kaki depan ke lantai kandang/tanah sambil *mengembik-embik.
*Vagina berlendir dan memerah disertai dengan mencekungnya pinggul atas.
*sering memperhatikan bahagian belakangnya sambil mengembik.

*Proses kelahiran biasanya dilakukan dalam posisi induk terbaring.


TANDA BIRI-BIRI Hendak MENGAWAN


Kitaran seksual bebiri betina berlaku beberapa kali di waktu musim mengawan sehinggalah mereka berjaya dibiakkan oleh Pejantan. Kitaran ini mempunyai tempohnya yang tersendiri iaitu selang waktu 16 hari (secara normalnya di antara 14 hingga 16 hari). Tempoh sebenar "estrus" di waktu bebiri betina memerlukan khidmat Pejantan hanyalah selama 30 hingga 36 jam sahaja. Dan kiranya gagal dibiakkan di dalam tempoh yang singkat tersebut, terpaksalah penternak menunggu selama 16 hari lagi bagi membolehkan "estrus" berulang semula. Bebiri betina semasa di waktu 'hangat' sebegini akan mula aktif mencari Pejantan atau paling tidakpun cuba berada dekat dengan Pejantan. Mungkin pada peringkat awal "estrus" bebiri betina tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehangatannya, tetapi apabila waktu berlalu perlakuan seksualnya akan bertambah aktif. Di kemuncak proses ini, bebiri betina akan mencium-cium, menjilat dan menyondol Pejantan.

Bebiri betina yang telah mencapai tahap kehangatan ini biasanya kerap mengeluarkan air kencing terutamanya apabila disentuh oleh Pejantan. Kelakuan kerap kencing ini akan memberi isyarat kepada Pejantan bahawa khidmatnya diperlukan untuk mengawan. Bebiri ini akan berusaha mendapatkan perhatian dengan menoleh kepala dan menggerak-gerakkan ekor kepada Pejantan untuk melihat reaksi dan perhatian Pejantan.

Apabila didapati adanya bebiri betina yang berada di dalam 'estrus', pejantan akan mula bertindak balas dengan menunjukkan suatu kelakuan klasiknya iaitu mendongak kepala ke atas sambil menggulung bibir atas ke arah hidung. kelakuan ini disebut sebagai "Flehmen response". Secara amnya, perlakuan ini ditunjukkan apabila pejantan menghidu air kencing yang dinyahkeluarkan oleh bebiri betina. Walaupun perlakuan ini dapat dilihat dengan jelas, ianya tidaklah boleh dianggap sebagai suatu komunikasi seksual sepenuhnya.

Pejantan juga akan mula menunjukkan beberapa lagi bentuk perlakuan seperti menghentak kaki, mencium organ seksual dan menyondol pasangannya di samping mengeluarkan suara-suara kasar melalui tekak. Perlakuan sebegini mungkin berlaku selama beberapa jam sebelum Pejantan mula memulakan langkah pertamanya untuk memanjat bebiri betina. Pejantan mungkin gagal dalam percubaan awalnya untuk membuat panjatan. Tetapi apabila panjatan berjaya dilakukan, proses ini akan terus berulang sehinggalah bebiri betina yang berkenaan berjaya dibiakkan.


Sekiranya terdapat lebih dari seekor betina berada dalam kehangatan seksual , persaingan untuk merebut pejantan akan terjadi yang mana bebiri-bebiri betina mula mengikut dan mengelilingi pejantan.

Tempoh Bunting


149 hari – 155 hari namun bergantung juga kepada faktor Baka,umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung

Tanda-tanda Biri-Biri akan melahirkan.

Setelah kandungan berusia lebih kurang  5 bulan, induk Bebiri biasanya menunjukan tanda-tanda hendak beranak. Tanda-tanda umum adalah sebagai berikut:

*Ambing susu yang terisi penuh,mengeras dan berkilat
*Sering berbaring dan berdiri
*Ternak gelisah, sering menggaruk-garukan kaki depan ke lantai kandang/tanah sambil *mengembik-embik.
*Vagina berlendir dan memerah disertai dengan mencekungnya pinggul atas.
*sering memperhatikan bahagian belakangnya sambil mengembik.

*Proses kelahiran biasanya dilakukan dalam posisi induk terbaring.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...