Sebelum Mulakan Bidang Ternakan
Jika nak memasuki bidang ini, pastikan anda betul meminati dan serius untuk berjaya. Kaji dan selidik benda-benda ini dahulu. Antaranya..
-Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan anda
-Tips pemilihan baka ternakan untuk memulakan projek penternakan anda
-Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah
-Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan anda
-Bagaimana menyambut kelahiran ternakan
dan menghadapi gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh ternakan
-Bagaimana cara merawatnya,
-Bagaimana memasarkan ternakan dah hasil ternakan anda
-Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan anda
-Tips pemilihan baka ternakan untuk memulakan projek penternakan anda
-Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah
-Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan anda
-Bagaimana menyambut kelahiran ternakan
dan menghadapi gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh ternakan
-Bagaimana cara merawatnya,
-Bagaimana memasarkan ternakan dah hasil ternakan anda
2 ketegori Penternakan
1. Penternak sambilan
2. Penternak komersil
2. Penternak komersil
Penternak Sambilan
Sekiranya anda hanya bercadang untuk membela antara 20-30 ekor ternakan sahaja, anda dikira penternak sambilan. Penternakan sambilan hanya berbaloi ('viable') sekiranya anda tinggal di kampung dan mempunyai tanah sendiri untuk binaan kandang, yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Anda juga harus memastikan yang anda boleh mendapatkan sumber makanan ternakan di persekitaran kandang anda dengan percuma dan mampu menguruskan dengan sendiri atau bantuan saudara/kawan-kawan tanpa perlu membayar upah yang tetap (iaitu tiada sebarang komitmen 'overhead'). Kewujudan padang ragut di persekitaran kandang anda akan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga anda mendapatkan bekalan makanan (rumput, daun-daun dll). Di samping itu, ternakan anda dapat memakan pelbagai jenis tumbuhan yang berlainan.
Terdapat banyak sumber makanan ternakan di kampung yang sememangnya tumbuh secara semulajadi atau meliar seperti rumput ragut, pokok petai belalang dan pokok balik angin dll. Sekiranya anda tinggal di kawasan ladang sawit, maka anda bertuah kerana daun sawit sangat disukai oleh ternakan.
Bagi penternak sambilan, adalah dinasihatkan supaya membela baka ternakan yang bermutu tinggi seperti kambing Boer gred F4 ke atas atau Jamnapari Peranakan Ettawa dengan menggunakan pejantan tulen (Fullblood). Baka berkualiti tinggi dapat memberi hasil pulangan yang baik kerana anak-anak dapat dijual dengan harga yang tinggi. Sebagai contoh, anak kambing Jamnapari atau Boer tulen berusia 3-4 bulan dapat dijual dengan harga antara RM500 - RM600 seekor, manakala anak kacukan bergred rendah mungkin hanya bernlai sekitar RM200 seekor. Sekiranya anda tidak mempunyai kuantiti, and harus mempunyai kualiti, barulah projek penternakan anda menjadi berbaloi.
Penternak komersil
Sekiranya anda bercadang untuk memulakan penternakan secara komersil, anda semestinya memerlukan tanah yang luas. Ingat! Projek penternakan anda akan hanya 'viable' sekiranya anda berjaya mengurangkan kos pemakanan. Rumput merupakan makanan utama ternakan , dan anda harus mempunyai sumber rumput Napier di kawasan berdekatan yang mencukupi. Ingat!!!! Kurangkan kebergantungan kepada palet sebagai sumber makanan ternakan anda kerana kosnya yang tinggi, dan harganya pula semakin hari semakin melambung.
Dicadangkan keluasan tanah sekurang-kurangya 3 ekar, tetapi keluasan yang 'ideal' adalah sekurang-kurangnya 10 ekar. 1 ekar digunakan untuk binaan kandang, rumah pekerja, stor dsb. 3-4 ekar diperlukan untuk padang ragut. Selebihnya digunakan untuk menanam rumput Napier bagi tujuan dipotong. Sekiranya anda bercadang untuk membuat penternakan komersil berskala besar, dengan bilangan induk ribuan ekor, anda harus mendapatkan tanah dengan keluasan melebihi 30 ekar.
Langkah terawal yang perlu dilakukan, sebelum membina kandang dan membeli baka, adalah menanam rumput napier sebagai sumber makanan. Sekiranya tanah sesuai, dengan baja dan tahap kelembapan secukupnya, benih yang baru ditanam akan mengambil masa antara 2-3 bulan untuk tumbuh dan membesar secukupnya sebelum boleh dipotong. Pembajaan dan pengairan adalah sangat mustahak bagi membolehkan rumput tumbuh dengan subur dan membesar dengan pantas.
Setelah itu, anda perlu memastikan padang ragut ditumbuhi pelbagai jenis rumput dan tumbuhan yang sesuai seperti rumput 'guinea', dsb.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini