Panduan Zakat Binatang Ternakan
Zakat adalah Rukun Islam yang ke 3, Dari segi bahasa ialah bersih, subur & berkembang maju, Dari segi syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu, pada kadar tertentu, kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Semua binatang ternakan diciptakan Allah SWT untuk kepentingan manusia. Ia digunakan untuk ditungganginya sebagai kenderaan, dimakan dagingnya, diminum susunya dan diambil bulu serta kulitnya. Oleh kerana itu, Allah SWT meminta para pemilik binatang bersyukur atas nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada mereka. Realisasi dari syukur tersebut adalah dengan tuntutan berzakat.
DALIL ZAKAT TERNAKAN
Allah SWT telah menetapkan ancaman-ancaman yang akan ditimpa kepada sesiapa yang tidak menunaikan zakat, merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Abu Dzar RA: “Apabila aku pergi kepadanya (Rasulullah) lalu Baginda berkata: ‘Demi jiwaku yang berada di Tangan-Nya, tidaklah seorang lelaki pemilik unta, lembu atau kambing yang tidak menunaikan haknya (zakat) melainkan haiwan tersebut akan didatangkan pada hari kiamat dalam keadaan yang lebih besar dan lebih gemuk. Haiwan tersebut memijaknya dengan kaki-kakinya dan menyondol dengan tanduk-tanduknya. Tatkala haiwan terakhir telah melintas, maka haiwan yang pertama akan dikembalikan kepadanya, hingga pengadilan selesai dilakukan di antara manusia.’” (HR Bukhari & Muslim)
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN
Islam tidak mewajibkan zakat ternakan pada setiap kuantiti ternakan, akan tetapi mewajibkannya bila memenuhi syarat-syarat tertentu, iaitu:
Islam tidak mewajibkan zakat ternakan pada setiap kuantiti ternakan, akan tetapi mewajibkannya bila memenuhi syarat-syarat tertentu, iaitu:
- Islam
- Milik Sempurna.
- Cukup nisab. Seseorang itu harus memiliki sejumlah minima yang memungkinkan dia diwajibkan zakat. Bagi ternakan unta, jumlah minima ialah 5 ekor. bagi kambing, tidaklah diwajibkan zakat apabila di bawah 40 ekor. Manakala nisab lembu ialah 30 ekor. Perincian lanjut adalah seperti di bawah.

- Cukup Haul. Cukup haul iaitu genap peredaran masa setahun binatang itu dimiliki atau dibelanya. Bagi anak binatang yang lahir dalam waktu (pertengahan) haul, tidak diwajibkan zakat, namun boleh dikira sekali bagi mencukupkan nisab binatang-binatang ternakan yang sudah matang. Perkara ini merupakan pandangan oleh Abu Hanifah, al Shafi’i, Ibn Hazm dan lain-lain sepertimana yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam Fiqh Zakat.
- Digembalakan. Bermaksud ia diurus sepanjang tahun untuk memperoleh susu, dibiakkan atau diperoleh dagingnya. Binatang-binatang ternakan juga perlu “saaimah” ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas bagi kebanyakan hari dalam tempoh setahun. Yang dimaksud padang rumput yang mubah adalah padang rumput yang tumbuh dengan sendirinya dan bukan dari hasil usaha manusia.

- Tidak Dipekerjakan. Binatang ternakan yang digunakan untuk bekerja seperti membajak tanah ladang dan mengambil air untuk menyirami tanaman tidak ubah seperti alat-alat yang digunakan untuk mengerjakan tanah tersebut, dan hasilnya yang berupa tanaman dan buah-buahan lah yang sepatutnya wajib dikeluarkan zakatnya.
ZAKAT LEMBU/KERBAU
"Rasulullah S.A.W telah mengutuskan aku ke Yaman. Baginda memerintahkan aku mengambil seekor tabi' atau tabi'ah pada setiap 30 ekor lembu, dan seekor musinnah daripad setiap 40 ekor lembu."
* Riwayat at-Tirmizi(623) Abu Daud(1176)
* Riwayat at-Tirmizi(623) Abu Daud(1176)
Panduan :
Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan diatas maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu jantan( tabi') yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina(musinnah) yang berumur 2 tahun.
Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu. Plihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.
Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu. Plihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.
ZAKAT KAMBING/BEBIRI
"...pada empat puluh ekor biri-biri dikenakan(zakat) seekor biri-biri.."
*Riwayat Ibnu Majah
*Riwayat Ibnu Majah
Panduan :
Setiap pertambahan 100 ekor, zakat ditambahkan 1 ekor kambing berusia 2 tahun seterusnya.
Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakat mengikut pilihan tuannya sama ada kambing atau biri-biri.

**
PEMILIHAN BINATANG ZAKAT TERNAKAN
Ada beberapa syarat dikehendaki kepada binatang yang ingin diserahkan sebagai zakat, iaitu:
Ada beberapa syarat dikehendaki kepada binatang yang ingin diserahkan sebagai zakat, iaitu:
- Bebas dari kecacatan dan kerosakan. Binatang tersebut tidak sakit, luka, terlalu tua, pekak, tempang dan sebagainya dan kecacatan lain yang mengurangkan manfaatnya serta nilai harganya. Namun dikecualikan sekiranya semua binatang ternakan yang diternak mengalamai kecacatan yang sama. Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA telah menetapkan baginya kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah kepada RasulNya SAW iaitu:
“Dan kambing yang tua (yang telah tanggal gigi-giginya), kambing yang cacat, dan kambing jantan tidak boleh dikeluarkan dalam (pembayaran) zakat kecuali bila dikehendaki oleh petugas zakat.” (HR Bukhari)

- Betina. Terutamanya bagi Unta
- Umur. Telah ditetapkan umur-umur tertentu bagi kadar binatang yang ingin dizakatkan. Keterikatan dengan umur kerana mengambil zakat di bawah umur akan mengurangkan manfaat kepada golongan asnaf, manakala mengambil zakat melebihi umur yang disyaratkan akan menzalimi pemilik binatang tersebut,
- Pertengahan. Para pengutip zakat (amil) tidak boleh mengambil zakat yang terlalu baik atau yang terlalu buruk, akan tetapi harus mengambil yang pertengahan kecuali pemilik tersebut rela menyerahkannya yang paling baik.
*Pilihan diberikan kepada pengusaha untuk mengira sama ada menggunakan kaedah Zakat Ternakan atau Zakat Perniagaan. Pemilihan ini diberi kerana kebiasaannya bintang-binatang ternakan dibela untuk tujuan perniagaan, apatah lagi jika jumlahnya yang sangat banyak. Tambahan pula ternakan tersebut dipelbagaikan dengan usaha yang lain dan selalunya diniagakan dalam pelbagai industri perniagaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini