Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

PENGURUSAN LEMBU BETINA


Gambar tiada kena mengena dengan topik

 Pengurusan Lembu betina bertujuan mendapatkan seekor anak daripada setiap induk setiap tahun, untuk memastikan pengeluaran sentiasa berlaku.Oleh itu, aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah :- 


  1. Pemakanan  

    • -Lembu betina perlu diasingkan mengikut kumpulan dan diberi aras makanan yang berbeza.
    • -Lembu dara pengganti - kekal subur, tidak terlalu gemuk sehingga menimbulkan masalah kesuburan
    • -Lembu betina bunting sulung - memerlukan protein lebih banyak untuk kandungan.
    • -Jenis makanan seperti hampas isirong kelapa sawit, mil kacang soya (sumber protein) manakala mil sagu jagung (sumber tenaga)
          2.  Pembiakan
    • -Lembu dara pengganti mencapai puberti (matang/estrus yang pertama) ketika usia 18-30 bulan, bergantung kepada baka/makanan dan berat badan
    • -Pembiakan boleh dijalankan sepanjang tahun atau mengikut musim. Namun lebih mudah jika mengikut musim.
    • -Musim pertama antara bulan april dan mei, manakala musim kedua antara bulan oktober dan november.
    • -Cara pembiakan ialah "bapak terus" dangan nisbah jantan dan betina adalah 1:20 hingga 1:30
    • -Kitaran estrus lembu betina berlaku setiap 18 hingga 24 hari. Estrus ialah tanda bahawa lembu betina itu bersedia untuk dikahwini
    • -Tempoh estrus selama 15 hingga 24 jam
           3. Penjagaan lembu bunting
    • -lembu yang bunting menunjukkan tanda- tandanya iaitu kemaluan membengkak, faraj pucat, bengkat dan lembut serta uterus membesar
    • -tempoh lembu bunting bergantung kepada faktor umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung
    • -Induk bunting hendaklah diasingkan dengan yang tidak bunting untuk pemberian makanan berprotein dan tenaga yang tinggi
    • -Penjagaan yang lebih diperlukan kepada lembu bunting sulung kerana masalah kesusahan beranak dan kematian anak biasa berlaku
    • -Lembu menunjukkan tanda hendak beranak 4 hingga 5 hari sebelum melahirkan. Tanda seperti pangkal ekor terangkat, pundi susu bengkak dan menurun serta kelihatan resan dan sering bersendirian.
          4. Masalah Sewaktu Kelahiran
    • -"Dystocia" - Menghadapi masalah ketika kelahiran, anak lembu susah keluar kebiasaannya anak jantan dan faktor genetik. Ibu lembu juga mempunyai pelvis yang kecil untuk anak lembu keluar, hal ini disebabkan ibu tersebut muda.
    • -"Retained placenta" - Plasenta yang masih di dalam perut induk hingga lebih 24 jam, perlu dikeluarkan secara manual
          5. Kawalan Penyakit
    • -Langkah pencegahan penyakit perlu diambil supaya induk dan pengganti dalam keadaan sihat
    • -serangan kutu dan cacing hendaklah dikawal dan dirawat dengan jadual rawatan yang baik
    • -rekod hendaklah disimpan supaya langkah pencegahan di masa hadapan boleh diambil

    SERBA SEDIKIT TIPS MEMBINA KANDANG LEMBU YANG BETUL



    - Kandang mestilah berlantai konkrit. Luas lantai untuk seekor lembu ialah 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi). Misalnya untuk 10 ekor lembu, kandang itu mestilah 10 meter Lebih kurang 30 kaki) panjang dan 3 meter (lebih kurang 10 kaki) lebar. Tingginya ialah di antara 2.5 - 3.0 meter (lebih kurang 8 - 10 kaki).
    - Tiang dan palang dinding hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya kayu yang mahal. Kayu lama atau kayu hutan yang baik boleh digunakan menjimatkan kos. Atap nipah atau zing boleh digunakan sebagai bumbung.
    - Lantai konkrit mestilah baik dan tahan supaya kuku lembu tidak cedera. Kecerunan mesti sesuai supaya air tidak bertakung dan ternakan berdiri dengan selesa.
    - Palung makanan boleh dibuat dari konktrit, papan atau tong minyak dibelah dua. Ruangan untuk makan ialah 0.5 meter (lebih kurang 1.5 kaki) seekor.
    - Palung air boleh dibuat dari konkrit, tong minyak dikerat dua atau tong plastik. Ruangan untuk minuman ialah 0.2 meter  lebih kurang 3/4 kaki tiap-tiap) seekor.
    - Kalau boleh di sekeliling kandang ada pokok-pokok teduhan, tetapi tidak menghalang pengudaraan kandang yang baik.
    - Stor makanan hendaklah berlantai dan berbumbung supaya sentiasa kering. Ia mesti berhampiran dengan kandang supaya mudah mengangkut makanan. Awas, jika tidak disusun rapi, tikus akan bersarang.
    - Sebuah takungan Tinja (Najis) berukuran 0.03 meter padu (lebih kurang satu kaki padu) untuk seekor sehari perlu dibuat. Ia berguna untuk menampung pepejal tinja. - - Hanya air jernih saja yang keluar ke dalam longkang besar. Ini akan mengurangkan pencemaran air. Mendapan tinja boleh dikumpulkan untuk dijadikan baja tanaman.
    - Tempat Memunggah pula diperlukan supaya mudah ternakan turun ketika mula-mula sampai dan naik lori ketika dijual nanti. Pagarnya mestilah kuat supaya lembu tidak terlepas lari.
    - Pasung pula diperlukan untuk memeriksa dan membuat rawatan kepada ternakan atau untuk menimbang lembu.
    **Harus diingat, jangan berbelanja berlebihan untuk membuat kandang dan kemudahan-kemudahan tersebut. Yang perlu ianya dibuat dengan sempurna dan kukuh. Jika kandang terlalu mahal, untung akan berkurangan. Jika palung makanan bocor, makanan akan terbuang dan membazir.

    HUKUM MENGAMBIL ATAU MEMELIHARA TERNAKAN YANG TIDAK DIKETAHUI PEMILIKNYA


    Soalan:
    Assalamualaikum ustaz, saya ada memelihara seekor lembu yang tidak diketahui pemiliknya. Apa yang patut saya lakukan ? Saya telah membela lembu tersebut selama setahun lebih.
    Jawapan:
    Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat dan seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
    Berkenaan isu seumpama ini, tidak dinafikan yang ianya pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid R.A beliau menceritakan bahawa telah datang seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W berkenaan seorang yang terjumpa kambing yang hilang atau tersesat. Lalu baginda menjawab:
    هِيَ لَكَ أَوْ لأَخِيكَ أَوْ لِلذِّئْبِ
    Maksudnya: Ia (kambing itu) adalah milik kamu, atau milik saudara kamu, atau milik serigala.
    Riwayat Al-Bukhari (2372)
    Berdasarkan zahir ucapan Nabi S.A.W di atas, terdapat keizinan daripada Nabi S.A.W untuk seseorang yang menjumpai kambing yang tersesat untuk mengambil dan memilikinya. Ini kerana, di dalam ilmu tatabahasa arab, di antara makna huruf lam adalah menunjukkan kepada pemilikan.
    Imam Al-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Maknanya adalah keizinan untuk mengambilnya. Ini berbeza halnya dengan unta, dan Nabi S.A.W membezakan di antara keduanya. Baginda menjelaskan perbezaan kerana unta itu tidak memerlukan kepada sesiapa untuk menjaganya kerana ia sendiri mempunyai kebebasan untuk makan dan minum serta mencari air dan pokok-pokok. Ia juga terhalang daripada serigala-serigala dan selainnya daripada haiwan yang bertaring. Ini berbeza keadaannya dengan kambing. Maka boleh untuk kamu mengambilnya, atau pemiliknya, atau saudara muslim kamu mengambilnya, ataupun serigala memakannya. Oleh yang demikian dibolehkan untuk kamu mengambilnya berbeza dengan unta.
    Berkenaan dengan unta yang hilang pula, Nabi S.A.W bersabda di dalam hadis yang sama:
    مَالَكَ وَلَهَا مَعَهَا سِقَاؤُهَا وَحِذَاؤُهَا، تَرِدُ الْمَاءَ وَتَأْكُلُ الشَّجَرَ، حَتَّى يَلْقَاهَا رَبُّهَا
    Maksudnya: Mengapa pula kamu hendak mengambilnya ? Sedangkan ia mempunyai tangki simpanan air di badannya, serta tapak kaki, dan ia juga boleh mendapatkan air dengan sendiri serta boleh memakan daun di pokok sehingga pemiliknya menjumpainya.
    Riwayat Al-Bukhari (2372)
    Berdasarkan dua kenyataan Nabi S.A.W di atas, terdapat perbezaan yang jelas di antara kambing dan juga unta yang tersesat. Maka secara asasnya, lembu lebih hampir untuk disamakan dengan unta dalam isu ini berbanding kambing. Kata Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi Rahimahullah: Dan lembu adalah sama seperti unta sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam Ahmad dan ia merupakan pendapat Imam Al-Syafi’e dan juga Abu Ubaid. Diceritakan dari Imam Malik bahawa lembu sama seperti kambing. Dan kita (golongan hanabilah) mempunyai riwayat daripada Jarir bahawa beliau menolak lembu tersebut iaitu tidak mengambilnya. Ini kerana, lembu tersebut dapat menghalang haiwan-haiwan kecil yang bertaring, demikian ia juga boleh untuk dijadikan haiwan korban, maka ia menyerupai unta. Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah Al-Maqdisi (6/32).
    Sekiranya lembu yang dijumpai tersebut tidak mempunyai pemilik, ataupun pemiliknya membuang lembu tersebut kerana tidak mampu menguruskannya dalam erti kata menyediakan makanan dan minuman untuknya, maka boleh bagi seseorang yang menjumpai lembu tersebut untuk mengambilnya, memilikinya, serta mengambil manfaat daripadanya. Ini berdasarkan sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Al-Sya’bi beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
    مَنْ وَجَدَ دَابَّةً قَدْ عَجَزَ عَنْهَا أَهْلُهَا أَنْ يَعْلِفُوهَا فَسَيَّبُوهَا فَأَخَذَهَا فَأَحْيَاهَا فَهِيَ لَهُ
    Maksudnya: Sesiapa yang menjumpai seekor haiwan yang mana pemiliknya tidak mampu menjaganya dan membiarkan ia maka boleh untuk dia mengambilnya dan menjaganya maka haiwan tersebut akan menjadi miliknya.
    Riwayat Abu Dawud (3524)
    Jika lembu itu mempunyai pemiliknya, maka tidak boleh untuk kita mengambilnya. Sebaliknya kita menyerahkannya kembali kepada pemiliknya. Namun jika lembu tersebut mempunyai pemilik, akan tetapi ia hilang dari tuannya maka para fuqaha terbahagi kepada dua pendapat di dalam isu ini seperti berikut:
    Pertama: Mazhab Al-Syafi’e dan Hanbali berpendapat bahawa tidak boleh untuk mengambilnya kerana ia sama seperti unta pada keadaannya yang menghalang binatang bertaring yang kecil dari menyerangnya. Pendapat ini adalah lebih ahwath (selamat dan berhati-hati).
    Kedua: Boleh mengambilnya dengan menggunakan qiyas kepada kambing. Akan tetapi hendaklah ia diumumkan kepada khalayak ramai bahawa orang tersebut menjumpai seekor lembu yang hilang.
    Kesimpulan
    Setelah kami meneliti dan menekuni isu ini, kami menyatakan sebagai menjawab kepada soalan yang ditanyakan seperti berikut: Sekiranya lembu yang dijumpai tersebut berada di kawasan yang memang tidak terdapat penjaga lembu, atau kendang lembu, dan diyakini yang ia memang tidak bertuan, maka boleh untuk lembu tersebut diambil. Namun sekiranya ia adalah lembu yang hilang dari penjagaan tuannya, maka tidak boleh untuk mengambilnya sebagaimana pendapat ulama Syafi’eyyah. Sebaliknya, jika lembu yang dijumpai itu masih kecil, dan kita takutkan ia akan diganggu haiwan buas, mati kelaparan, dan seumpamanya, maka boleh untuk kita membelanya dan kita membuat hebahan kepada orang ramai untuk mencari pemiliknya dalam tempoh setahun. Akan tetapi sekiranya ditemukan pemiliknya maka kita serahkan kembali kepadanya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen

    Kecacing Pada Ternakan Ruminan



    Kecacing Pada Ternakan Ruminan

    Cacing parasit yang hadir dalam badan ternakan memudaratkan 'host'nya dengan 2 cara:
    1. menyerap aliran protin dalam perut/usus
    2. menghisap darah

    Cacing yang menyerap protin memudaratkan ternakan host dalam jangka panjang. Host akan beransur-ansur menjadi kurus akibat kekurangan protin, semakin lemah hari demi hari, mengalami anemia (kekurangan darah merah), dan akhirnya mati jika tidak dirawat. Kambing yang menghadapi masaalah parasit sebegini biasanya dapat dikesan berdasarkan keadaan fizikalnya iaitu kurus kering, kurang bertenaga, serta gusi dan kelopak mata menjadi pucat.

    Cacing yang menghisap darah pula adalah sangat merbahaya kerana boleh membawa kematian dalam jangkamasa yang singkat, misalnya kurang dari 24 jam. Kematian mengejut berlaku apabila telur cacing yang berada di dalam badan host berkembang dan bertukar menjadi sekumpulan cacing dewasa yang menghisap darah dengan banyak secara serentak, lalu menyebabkan kambing kehilangan darah secara mengejut ('bleeding'). Serangan sebegini gagal dikesan oleh penternak kerana kambing tidak sempat menunjukkan gejala kecacingan seperti kes di atas.

    Tanda-tanda kehadiran cacing adalah:


    1. Kurus-kering - cacing menghisap darah dan protin, menyebabkan kambning menjadi kurus kering.

    2. Kelopak mata kelihatan pucat.

    3. Gusi kelihatan pucat

    4. Dagu bawah membengkak(bottle jaw) 

    Jenis-jenis Cacing
    a. Cacing Perut (Stomach Worms):
    Terdapat 3 jenis cacing perut yang selalu menyerang ternakan kambing iaitu:
    1. Barbers pole worm (Haemonchus contortus) 
    2. Black scour worm (Trichostrongylus species) 
    3. Brown stomach worm (Ostertagia species) 

    Barbers pole worm (Haemonchus contortus) 
    Merupakan cacing yang paling biasa didapati menyerang kambing dan sangat merbahaya. Ia tinggal di dalam "perut benar" kambing (Abomasum) dan merupakan cacing penghisap darah di mana ia menghisap darah di dalam lapisan perut. Sangat merbahaya dan boleh membawa kematian sekiranya tidak dikawal. Bagi kambing yang menjadi perumah bagi telur cacing ini, apabila telur menjadi cacing dewasa dalam kuantiti yang banyak dan mula menghisap darah secara serentak, akan kehilangan darah yang banyak dalam tempoh yang singkat, kambing ini berkemungkinan akan mengalami kematian mendadak akibat kekurangan darah. 

    b. Lain-lain jenis cacing :
    Selain dari cacing biasa, terdapat juga cacing berikut yang agak jarang ditemui, tetapi boleh juga merupakan ancaman kepada kambing yang diternak di lokasi tertentu di negara kita umpamanya di kawasan yang terlalu lembab, iaitu:
    1. Nodule worm (Oesophagostomum spp) 
    2. Small lung worm (Muellerius cappillaris) 
    3. Tape worm (Monezia species) / cacing pita
    4. Liver fluke (Fasciola hepatica) / cacing hati
    5. Stomach fluke (Paramphistomum species) 
    6. Thin necked intestinal worm (Nematodirus) 

    Cacing hati (liver fluke) juga merupakan ancaman bagi ladang yang terletak di kawasan tanah yang lembab dan berair. Cacing hati hidup menumpang dan bertelur di dalam siput yang menjadi perumah. Telur akan berpindah dari siput ini ke rumput, misalnya rumput Napier yang tumbuh di persekitaran yang lembab dan berair, dan seterusnya berpindah ke dalam perut kambing apabila kambing tersebut memakan rumput. Seterusnya cacing ini akan meneruskan hidupnya dan membiak di dalam organ hati ternakan yang dijangkiti itu.

    Rawatan

    Ubat-ubatan yang dicadangkan untuk kumpulan cacing di atas:
    1. Ubat suntikan dari famili "Mectins" - ivermectin, dectomax, dll
    2. Jenama Cidectin (juga dari famili "Mectins") - cecair sapuan pada kulit ternakan
    3. Fenbendazole
    4. Jenama NILZAN Broadspetrum 
    5. Jenama CHAN Broadspectrum

    Pencegahan

    Sebagai langkah pencegahan, adalah dicadangkan supaya ubat-ubat di atas diberikan secara sekali gus kepada kesemua ternakan di kandang dan secara berkala, contohnya sekali setiap 3 bulan. Pemberian ubat harus tidak kurang dari dos yang ditetapkan. Pemberian secara 'underdose' boleh menyebabkan cacing membina daya ketahanan terhadap ubat yang diberikan.

    Lembu Sado Berdaging Lembut setaraf wagyu di Kelantan??

    Dalam usaha kerajaan Kelantan menjadi pengeluar lembu pedaging berkualiti setaraf dengan daging “kobe” yang terkenal mahal dan lembut, kerajaan Kelantan sedang merangka beberapa pelan tindakan.

    Jika di Jepun lembu berkenaan diberi minum bir dan di urut, kerajaan Kelantan pula bercadang untuk memperdengarkan bacaan al quran kepada lembu dengan harapan dagingnya akan lembu dan bermutu tinggi.

    Menurut Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi cadangan memperdengarkan bacaan alquran kepada lembu itu merupakan sebahagian dari pelan tindakan kerajaan ke arah usaha berkenaan.

    Katanya Kelantan mempunyai lebih 19 ribu penternak lembu dan kebanyakkan penternak lembu di Kelantan mahir berurusan dengan binatang mereka sehingga lembu yang berada di Kelantan lebih jinak.

    Kelantan baru-baru ini memperkenal daging lembu bermutu tinggi dikenali Naim Beef.

    “Melalui program Naim Beef, kita rangka pelan, buat penyelidikan kerana lembu di sini lebih jinak kerana diantara ciri ciri untuk daging hebat lembu ini kena rilek jinak jadi program naim beef ini merupakan program penyusunan sistem petani mengikut sistem dirancang ke arah mengeluarkan daging yang baik” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2018 di Kelantan Trade Centre (KTC), disini petang semalam.


    Katanya lagi Kelantan merupakan negeri kedua tertinggi mengeksport lembu ke luar bahkan Kelantan juga muncul negeri pertama mengeksport lembu Sado dari baka Cherolee yang bernilai tinggi.


    Lembu baka Cherolee agak pelik kerana lembu ini jinak ketika berada di Kelantan dan sebaliknya bersifat liar bila berada luar Kelantan.

    Lembu Sado yang diimport dan di bawa masuk dari benua Eropah mampu di jual dengan harga antara RM12,000 - RM15,000 seekor.






    Lembu Bali


    Lembu Bali berasal daripada Indonesia. Lembu ini juga merupakan hasil kacukan dari banteng (Bibos banteng). Banteng merupakan sapi liar yang terbahagi kepada 3 jenis:-

    B.javanicus (Jawa, Madura, Bali)
    B.javanicus lowi (Kalimantang)
    B.javanicus bimanicus (Indochina)

    Oleh hal demikian, lembu ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Lembu bali ini merupakan jenis B.javanicus. Hingga saat ini, ia masih hidup liar di Taman Nasional Bali Barat, Taman Nasional Baluran dan Taman Nasional Ujung Kulon. Lembu asli Indonesia ini diternak oleh suku kaum Bali di pulau Bali dan sekarang sudah tersebar di berbagai daerah di Indonesia.

    Berikut merupakan ciri-ciri Lembu bali :-

    Lembu bali jantan lebih gelap berbanding betina
    Rangka badan yang kecil
    Baka ini mempunyai warna putih dibahagian kaki (ibarat memakai stoking) dan perut
    Sifat kesuburuan semula jadi (cepat beranok)
    Daya ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan cuaca
    40%-50% adalah bahagian daging yang terhasil daripada berat badan
    Hanya boleh dikacuk dengan baka yang sama (mengelak daripada mandul

    Lembu jantan menjadi marah apabila melihat warna merah???



    Pada mulanya, matador di Sepanyol mengibarkan mantel berwarna merah terang untuk membuatkan lembu jantan mengamuk hanya untuk suka-suka. Para penonton kemudian mula membuat kesimpulan dengan menganggap warna merah itulah yang membuatkan lembu jantan meradang.

    Walau bagaimanapun, penglihatan lembu adalah sama seperti seorang yang buta warna kerana ia mempunyai penglihatan dikromatik. Sebenarnya, pergerakan fabrik mantel itulah yang membuatkan lembu teruja dan meluru ke arah matador dengan laju.
    Kini anda dah tahu. Sekarang bolehlah sebarkan fakta yang betul kepada rakan-rakan anda juga.

    Lembu Baka Brahman


    Lembu Brahman berasal dari India dan merupakan keturunan lembu tropika (Bos indicus). Corak penternakan dan sistem kacukan yang terkawal di Amerika Syarikat membantu dalam meningkatkan mutu lembu Brahman. Ia mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di negara beriklim tropika. Selain itu, pertumbuhannya yang sangat cepat menjadikan lembu ini unik di negara-negara beriklim tropika.
    Berikut merupakan ciri – ciri lembu Brahman:


    Tahan terhadap parasit luar, tekanan haba dan cuaca panas
    Sesuai untuk kerja – kerja lasak
    Cepat membesar
    Daging yang bermutu dan isi banyak diantara 400 hingga 450 kg
    Kulit – berwarna putih, kelabu atau kemerahan, kelihatan berlipat – lipat
    Telinga – lebar dan terkulai di bawah
    Terdapat bonggol di belakangnya
    Berat lahir – 22 hingga 27 kg
    Berat matang – kira – kira 900 kg bagi lembu jantan dan 520 kg bagi lembu betina



    Cara Mengenalpasti Umur Ternakan


    Anda boleh mengenalpasti umur ternakan anda melalui tiga (3) kaedah:
    • Jumlah Gigi Pemotong Kekal;
    • Keadaan gigi; dan
    • Turutan gigi pemotong kekal yang mula tumbuh di permukaan gusi
    Walaupun begitu, kadar pertumbuhan gigi pemotong kekal adalah bergantung kepada baka ternakan, keadaan persekitaran dan yang paling utamanya corak pemakanan ternakan.
    Gigi biri-biri boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian utama iaitu :
    • Lapan (8) batang Gigi Pemotong Kekal di bahagian hadapan rahang bawah ; dan
    • Dua puluh empat (24) batang gigi geraham yang terbahagi kepada 6 batang gigi di kedua-dua belah rahang atas dan bawah
    Untuk makluman semua, ternakan ruminan seperti kambing dan biri-biri tidak mempunyai gigi di bahagian hadapan rahang atas.

    Pada amnya, anak biri-biri yang baru dilahirkan tidak mempunyai gigi. Gigi susu/sementara hanya akan mula tumbuh apabila mencapai umur satu (1) minggu. Kesemua lapan (8) batang gigi susu akan terbentuk apabila umurnya mencecah dua (2) bulan. Pun begitu seperti manusia juga, gigi susu ini tidak akan kekal lama dan apabila sampai tempohnya akan gugur (secara berpasangan) dan digantikan dengan sepasang Gigi Pemotong Kekal di bahagian tengah gigi. Kemudian ianya diikuti pula dengan dua (2) lagi gigi di kedua-dua belah kiri kanan sehinggalah kesemua lapan (8) batang gigi susu tersebut digantikan.

    Di dalam tempoh pertumbuhan Gigi Pemotong Kekal tersebutlah maka umur ternakan dapat dikenalpasti dengan panggilan 2 gigi, 4 gigi, 6 gigi dan yang terakhir sekali 8 gigi (Full Mouth). Dan lazimnya, masyarakat melayu di kampung-kampung menggunakan istilah "Cukup Umur" bagi memastikan ternakan peliharaan mereka boleh disembelih untuk tujuan Aqiqah atau Qurban. Istilah "Cukup Umur" itu bermaksud ternakan telah telah mencapai umur 1 tahun atau "bersalin 2 gigi.

     Gigi susu (Milk teeth) :
    umur kurang daripada 1 tahun
    kesemuanya gigi sementara



     Dua Gigi (Two Tooth) :
    umur 1 - 1.5 tahun
    sepasang gigi pemotong kekal

     Empat Gigi (Four Tooth) :
    umur 1.5 - 2 tahun
    2 pasang gigi pemotong kekal


     Enam Gigi (Six Tooth) :
    umur 2 - 3 tahun
    tiga pasang gigi pemotong kekal

     Lapan Gigi (Eight Tooth or Full Mouth) :
    umur 3 - 4 tahun

     Gigi Pemotong Kekal mula pecah (Broken Mouth) :
    umur 4 tahun dan ke atas. Bergantung kepada corak atau diet pemakanan dan keadaan persekitaran

     Kesemua gigi rosak dan gugur ( Gummy) :
    Pencen

    Ilustrasi Gambarajah yang dipaparkan di atas menunjukkan perkembangan gigi pemotong kekal berbanding dengan variasi umur ternakan, di mana gigi tersebut mula tumbuh bagi menggantikan gigi susu/sementara.

    Walaubagaimanapun, pemerhatian terhadap gigi hanyalah sekadar memberikan anggaran kasar ke atas umur ternakan anda. Untuk itu, maka adalah wajar dan penting diketahui terlebih dahulu samada baka ternakan tersebut adalah dari jenis yang cepat matang ataupun sebaliknya. Sebagai contoh, baka yang berasal dari British pada kebiasaannya lebih cepat matang berbanding dengan baka Merino daripada Australia. Ini bermaksud gigi pemotong kekalnya tumbuh lebih awal berbanding baka-baka lain.

    Ketahanan gigi juga berbeza mengikut jenis makanan dan keadaan padang ragut. Rumput dan foraj yang lembut dan panjang boleh mengekalkan ketahanan gigi dan lambat rosak. Sekiranya rumput dan foraj yang diragut itu pendek berserta dengan permukaan tanah ragutan yang berpasir/berbatu, maka gigi pemotong kekal akan rosak dengan kadar yang lebih cepat.

    Akhirnya, peringkat seterusnya yang disebut sebagai "broken mouth". Ianya akan mula berlaku apabila kesemua lapan (8) Gigi Pemotong Kekal telah tumbuh. Peringkat kerosakan gigi ini akan berlaku secara beransur-ansur bergantung kepada keadaan di mana ternakan tersebut diternak. Adalah sukar untuk menganggar umur ternakan pada peringkat ini. Tetapi yang pastinya gigi-gigi akan bertambah panjang dan mula merenggang ataupun menjarak di antara satu sama lain. Gigi-gigi akhirnya akan gugur satu persatu dan terserahlah kepada penternak samada ternakan tersebut perlu dijual atau disembelih.

    Rekod Lembu Tertua Di Dunia hidup 49 tahun


    Lembu merupakan jenis mamalia ungulat bela jinak yang umum sekali. Ia merupakan anggota moden yang terutama dalam subfamili Bovinae, dan spesies yang paling banyak bilangan dalam genus Bos, dan umum sekali dikelaskan sama sekali sebagai Bos taurus.

    Lembu merupakan haiwan ungulat berkaki empat dengan telapuk berbelah. Kebanyakan baka lembu mempunyai tanduk yang berbagai-bagai saiznya. Pemilihan genetik yang teliti telah membolehkan lembu dogol(tanpa tanduk) berleluasa.

    Sunting

    Tempoh gestasi lembu kira-kira sembilan bulan. Saiz anak lembu baru lahir berbagai-bagai mengikut baka, tetapi biasanya berberat 25 hingga 45 kg (55 hingga 99 lb). Saiz dan berat lembu dewasa juga banyak bezanya antara baka dan jantina. Lembu kasi umumnya disembelih sebelum mencapai 750 kg (1,650 lb). Stok pembiakbakaan mungkin dibenarkan jangka hayat yang lebih lama, kadang-kadang sepanjang 25 tahun. Lembu tertua dalam rekod, Big Bertha, mati pada usir 48 tahun pada 1993

    Kembung perut (Bloat) pada ternakan


    -Kembung atau Bloat atau Tympani pada ternakan terjadi kerana adanya gas yang berlebihan sehingga rumen ternakan menggembung. Penggembungan terjadi karena esophagus tersumbat sehingga menghalang pengeluaran gas dalam perut. 

    -Lembu, kambing atau bebiri yang mengalami kembung perut dapat mengakibatkan kematian dalam waktu yang singkat antara 1 - 2 jam setelah menunjukkan kembung jika lambat memberikan pertolongan. Kembung perut pada ternakan kambing dan bebiri sering berlaku disebabkan adanya pengumpulan gelembung - gelembung gas dikawasan rumen atau sebelah kiri perut ternakan. Gas itu terhasil dari makanan yang bertenaga tinggi dari proses fregmentasi Dari situlah gas akan terhasil dengan banyak dan berkumpul tetapi tidak dapat di keluarkan.. Gas yang terbentuk adalah karbondioksida (C02) dan gas metana (CH4). 

    A)Faktor makanan berlakunya kebung perut
    - Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi atau pemberian makanan ternakan dari tanaman leguminosae ( jenis kekacang) yang berlebihan boleh mengakibatkan kembung.. Makanan dari jenis leguminosae ( jenis kekacang)  jika dicerna berpotensi membentuk gas dan membentuk buih di dalam rumen.
    -Elakkan memberikan rumput yang terlalu muda, pemberian rumput yang basah ( rumput yang di ambil masih basah selepas turunnya hujan) serta rumput yang menghasilkan getah atau bahan yang mudah menimbulkan buih dan gas dalam rumen.
    -Pemberian PKC(PALM KERNEL CAKE) secara berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan gas dalam rumen.. Jika keadaan lebih teruk lagi boleh mengakibatkan keracunan "COPPER POISONING".. kebanyakan PKC100% mengandungi 30ppm copper.. Sedangkan seekor kambing hanya mampu bertahan pada kadar PKC tidak melebihi 20ppm dan pada bebiri tidak melebihi 10ppm
      
    B)Faktor lain berlakunya kebung perut ternakan misalnya
    -Ternakan yang baru hamil dimana janin dan rumen mengalami pergeseran dan penyempitan
    -Ternakan yang mengeluarkan air liur berlebihan dan keasamannya tinggi, maka ternak tersebut lebih mudah terkena kembung perut. 

    Tanda - tanda Kembung Perut
    (1) Perut bahagian kiri akan kelihatan lebih besar dari kanannya dan bila dipukul dengan jari berbunyi seperti gendang.
    (2) Kambing nampak gelisah dan tidak tenang, kerana tidak dapat mengeluarkan gas dari perutnya. Terbaring dan kesakitan
    (3) Nafsu makan menurun atau tidak mahu makan sama sekali.
    (4) Nafas semakin cepat, kerana rongga badan tersekat di bahagian rumen dan ruang gerak paru-paru menjadi terbatas.
    (5) Air liur berbuih-buih dan sering terkencing-kencing
    (6) Bila sudah parah, ternak kambing tidak dapat bangun dan jika tidak cepat ditolong dapat menyebabkan kematian.

    Bagaimana caranya nak merawat penyakit kembung perut pada kambing ni?

    Rawat pada peringkat awal
    (1)Ternak ditempatkan pada kandang yang terlindung dan kalau boleh hidupkan unggun api supaya keadaan kandang sedikit kehangatan dimana sedikit sebanyak memberikan keselesaan pada ternakan sakit
    (2) Beri kambing minum minyak masak ( minyak sawit) tetapi jangan bagi banyak (sekitar ½ – 1 gelas)
    (3) Beri minuman berkarbonat (Disarankan beri Coca cola) atau Bancuh Eno Halia dalam kepekatan tinggi dan beri kambing minum..
    Sesetengah penternak mencuba cara tradisional seperti
    - Ambil ½ kg halia, buang kulit, kemudian diparut atau ditumbuk.  Airnya diambil & diberi minum.  
    -Ambil asam jawa dan campurkan dengan air, diperah dan airnya diambil & diberi minum.
    (4) Kalau boleh kambing atau bebiri diusahakan agar berdiri dengan kaki bahagian depan lebih tinggi kemudian perut di bagian kiri di urut - urut ( kalau ada minyak angin atau minyak urut panas boleh gunakan) sambil ditekan supaya gas dapat keluar. Mulut kambing harus selalu terbuka, dengan cara mulut kambing disumbat dengan kayu secara melintang bahagian anus kambing dimasukan dengan tangkai daun betik yang hujungnya sudah disapu minyak makan tidak melukai dinding anus supaya gas akan keluar melalui tangkai daun betik tersebut.. (cara rawatan ini ternakan harus dalam posisi berdiri) atau kambing / bebiri itu di ajak jalan -jalan di tempat yang agak naik untuk membantu keluarnya gas dari rumen.

    Cara rawatan ubatan veterinar
    Pemberian secara oral  Intizin, Therabloat, Tympasol dan  silikel dengan kadar bancuhan yang ditetapkan 

    A. Stomach Tubing
    Usaha terakhir iaitu mengeluarkan gas dalam rumen dengan cara melubangi perut ternakan bahagian kiri.
    • Stomach tube kaedah rawatan yang diberikan dimana Stomach tube dimasukan kedalam rumen melalui rongga mulut dan esophagus..

    -sebelum memasukan Stomach tube ukur dahulu panjang tube dari rumen ke mulut dan tandakan supaya kita senang menganggarkan sampai paras mana tube perlu dimasukkan.
    -masuk penebat dan Stomach tube ke dalam mulut  seterusnya secara perlahan lahan jolok sampai masuk esofagus 

    ***Perhatian  jangan salah masuk saluran trakea ( sekiranya ternakan terbatuk itu dah salah masuk saluran trakea dan yang betulnya jika sekiranya ternakan menelan tube maka betul kemasukan tube ke saluran esofagus.. Tolak tube perlahan-lahan memasuki esofagus mengikut rentak menelan.
    -Sambil memasukkan tube hidu hujung tube untuk mengesan bau gas yang keluar. ( bau sekan rumput masam)
    -Tekan perut ( rumen) secara perlahan-lahan supaya mempercepatkan pengeluaran gas. 
    -Setelah itu masukan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen). Kalau tak ada boleh masukkan air halia..
    -Keluarkan tube secara perlahan-lahan dan lepaskan ternakan 

    B. Trocar and Cannulla

    • Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocar and cannulla. Bila tidak ada trocar dapat digunakan jarum suntik ukuran 16 G.manakala  pengganti cannulla dapat menggunakan pipe plastik, batang daun betik atau batang buluh kecil 

    • Trocar ditusukkan pada perut bahagian kiri iaitu  antara tulang iga terakhir dengan tulang pinggul. Cannulla pula dimasukkan pada bekas tusukan trocar untuk mengeluarkan gas, bila gas sudah keluar ditarik Cannulla dan bekas luka hendaklah disembur dengan iodine.. (pastikan iodine disemburkan sebelum dan selepas tusukan dilakukan untuk mengelakan jangkitan kuman)

    Makanan Lembu Fidlot



    Makanan Lembu Fidlot
    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

    PEMAKANAN
    Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus daripada kos pengendalian/operasi. Oleh itu perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekap adalah kritikal.

    Keperluan Nutrien
    Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya terhadap kehidupan lembu adalah seperti berikut:-
    i.Air
    mengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam tubuh dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran
    iiProtein
    Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan pengemukkan
    iiiKarbohidrat
    Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti tubuh
    ivLemak
    Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu}
    v
    Galian
    Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-sel darah
    viVitamin
    A - Membantu dalam penglihatan
    D - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakan
    E - Untuk menguatkan otot
    Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksimum.
    Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrien berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsum makanan yang diberikan.
    Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:
    Zat proteinTenaga Metabolisma
    Zat, Galian Kalsium, Zat Galian, Fosforus,Garam,Vitamin A & D
    Zat seratAir
    - Minima 14%- Minima 10.6 Mj/kg
    - Minima 0.65%- Minima 0.45%
    - Minima 2200 dan 300 i.u/kg
    - Minima 15%- Semahunya
    Jenis Bahan Makanan
    Terdapat pelbagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk ternakan lembu fidlot. Umpamanya foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :-
    i) Foraj
    ii) Bijirin
    iii) Bahan protein
    iv) Bahan sisa pertanian
    - Rumput segar, rumput kering, silaj- Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi- Dedak soya, dedak
    kacang tanah, dedak kacang hijau-:
    Kelapa sawit, Padi,  Tebu,  Kelapa,  Sisa dapur,   Jagung manis,  Ikan,  Koko, Rumbia

    - Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit
    - Dedak padi, beras hancur, jerami padi
    - Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu,rumput potong
    - Dedak kopra
    - Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan
    - Batang jagung (Dipotong, di silaj)
    - Ikan baja
    - Lenggai koko
    - Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia,hampas soya

     Jumlah Makanan

    Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa. Secara purata mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.
    Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg.

    Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badan sehari.
    Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa,
    Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.
    Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot, jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembu perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian yang tinggi. Pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat-zat nutrien yang diperlukan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat.
    Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat, penggunaan kaedah kedua adalah lebih digalakkan. dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa (konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian dan galian/garam jilat yang boleh disediakan sendiri dengan mudah dan pada kos yang lebih murah.
    Bagaimanapun, bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perlu dipastikan rangsum makanan lembu fidlot mengandungi tidak kurang daripada 15% kandungan serat setiap hari. Ini penting kerana ternakan ruminan memerlukan serat setiap hari.
    Faedah serat kepada ternakan kepada ternakan adalah seperti berikut:-
    i. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga dan berbagai jenis Vitamin B
    ii. Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih banyak masa berada di dalam rumen untuk dicerna oleh bakteria
    iii. Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa jua jenis bahan serat, tanpa perlu dicampur dengan vitamin komersil (tambahan) . Vitamin A adalah penting untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.

    Bahan-Bahan Makanan
    Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek.
    Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan yang mampu dimakan oelh ternakan
    Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, seperti ditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3.

    Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung kepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunujkkan di Jadual 4.


    Rangsum Makanan Lembu Fidlot
    Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5:

    Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujuk Jadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan di Jadual 5

    Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap lembu fidlot yang boleh diguna pakai sekiranya mahu. Jenis bahan-bahan makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis bahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan nutrien yang serupa.

    Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta yang ternurah diantara yang ada adalah penting. Untuk contoh yang diberikan ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan 13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari. Adalah lebih baik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih mudah dan murah, menggunakan
    bahan-bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini

    Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6.

    Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing, bergantung kepada berat badan lembu semasa.

    Bahan Makanan Tambahan
    i. Galian Jilat:Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara ad-libitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi. ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block)
    Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi sebagai perangsang selera.
    Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot
    Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan berbagai kaedah formulasi : secara mesin kira biasa atau menggunakan program-program komputer yang lebih tepat dan canggih. Pemakaian program komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepati piawaian serta mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan.

    IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

    PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...