Baka-Baka Lembu


Kedah-Kelantan (KK) (Bukan Gambar Di atas Ya) merupakan baka lembu tempatan. Ia menjadi pilihan utama penternak lembu pedaging di Malaysia kerana ia tahan akan pelbagai jenis jangkitan penyakit dan sesuai dengan iklim serta persekitaran negara kita. Ciri – ciri lembu KK adalah seperti berikut:

Kulit – berwarna coklat, merah coklat atau kelabu
Muka – rata
Kepala – lebar dan pendek
Tanduk – kecil
Badan – kecil dan tegap
Bahagian belakang – lurus dan sederhana besar
Kaki – pendek
Berat lahir – kira – kira 15.8 kg bagi lembu jantan dan 14.7 kg bagi lembu betina
Berat matang – antara 200-250 kg bagi lembu jantan dan 175 kg bagi lembu betina
Hasil daging – 45% daripada berat badan




LIMOUSINE: merupakan keturunan lembu Eropah yang dibiak bakakan di Perancis, lembu jenis ini banyak di gunakan untuk pawah di negara2 Asia seperti Malaysia untuk tujuan penggemukan, harganya mahal karena pertumbuhan badanya boleh mencapai 1,1kg perhari.
Lembu Brahman berasal dari India dan merupakan keturunan lembu tropika (Bos indicus). Corak penternakan dan sistem kacukan yang terkawal di Amerika Syarikat membantu dalam meningkatkan mutu lembu Brahman. Ia mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di negara beriklim tropika. Selain itu, pertumbuhannya yang sangat cepat menjadikan lembu ini unik di negara-negara beriklim tropika.
Berikut merupakan ciri – ciri lembu Brahman:

Tahan terhadap parasit luar, tekanan haba dan cuaca panas
Sesuai untuk kerja – kerja lasak
Cepat membesar
Daging yang bermutu dan isi banyak diantara 400 hingga 450 kg
Kulit – berwarna putih, kelabu atau kemerahan, kelihatan berlipat – lipat
Telinga – lebar dan terkulai di bawah
Terdapat bonggol di belakangnya
Berat lahir – 22 hingga 27 kg
Berat matang – kira – kira 900 kg bagi lembu jantan dan 520 kg bagi lembu betina




CHAROLAIS: lembu jenis ini juga dibiak bakakan di negara Perancis, warna bulunya putih perak dan merupakan jenis paling besar di negara tersebut. Pertumbuhan badannya perhari boleh mencapai 1,3kg.

Hereford adalah lembu tulen berasal dari Herefordshire County, England. Ia dikembangbaik di Amerika Syarikat. Ciri – ciri lembu Hereford ialah:

Kulit – berwarna merah muda hingga merah tua
Muka, dada dan kaki berwarna putih
Tanduk – ada yang bertanduk, ada yang tidak bertanduk
Tubuh – rendah, lebar berotot, padat serta tegap
Badan – berbentuk bongkah dan sesuai dipelihara sebagai lembu pedaging
Berat matang – 830 kg bagi lembu jantan dan 540 kg bagi lembu betina
Pengeluaran daging yang tinggi
Cepat matang
Tahan lasak


SHORTHORN: lembu jenis ini sama dengan hereford dan juga dibiak bakakan di negara United Kingdom. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 850kg.


SIMMENTAL: lembu ini berasal dari lembah Simme di Switzerland, tetapi banyak dibiak bakakan di Australia dan Selandia Baru. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 800kg.

ABERDEN ANGUS: lembu jenis berasal dari negara Scotland. Lembu jantan rata-rata 900kg dan betina 700kg.

Brangus merupakan kacukan lembu betina 3/8 Brahman dan 5/8 pejantan Angus. Ia dikembangbiak di Craig Country, Amerika Syarikat. Berikut merupakan ciri – ciri lembu Brangus:

Ciri khas – bertanduk kecil dan berwarna hitam
Tahan cuaca yang panas
Tahan gigitan serangga
Mewarisi bonggol dari baka Brahman
Produktiviti tinggi – diwarisi dari induk jantan (Aberden Angus)
Mudah menyesuaikan diri dengan tempat yang kurang bermutu

Droughtmaster berasal dari Australia. Ia merupakan hasil kacukan lembu Brahman dan Shorthorn. Ia telah dikembangbiak secara komersial oleh para penternak. Ciri – cirinya adalah seperti berikut:

Tahan suhu dan kelembapan tinggi serta tahan akan serangan parasit luar
Mempunyai tahap kesuburan tinggi, cepat membesar dan mudah diuruskan
Kulit – berwarna kemerahan dan merah tua
Biasanya tidak bertanduk
Telinga – sederhana besar dan mempunyai lambir yang jelas kelihatan
Berat matang – kira – kira 830 kg bagi lembu jantan dan kira – kira 500 kg bagi lembu betina
Matang apabila mencapai umur kira-kira 630 hari
Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari
Berat boleh mencapai lebih kurang 330 kg apabila mencecah umur 2 tahun





Lembu Bali berasal daripada Indonesia. Lembu ini juga merupakan hasil kacukan dari banteng (Bibos banteng). Banteng merupakan sapi liar yang terbahagi kepada 3 jenis:-
B.javanicus (Jawa, Madura, Bali)
B.javanicus lowi (Kalimantang)
B.javanicus bimanicus (Indochina)

Oleh hal demikian, lembu ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Lembu bali ini merupakan jenis B.javanicus. Hingga saat ini, ia masih hidup liar di Taman Nasional Bali Barat, Taman Nasional Baluran dan Taman Nasional Ujung Kulon. Lembu asli Indonesia ini diternak oleh suku kaum Bali di pulau Bali dan sekarang sudah tersebar di berbagai daerah di Indonesia.

Berikut merupakan ciri-ciri Lembu bali :-

Lembu bali jantang lebih gelap berbanding betina
Rangka badan yang kecil
Baka ini mempunyai warna putih dibahagian kaki (ibarat memakai stoking) dan perut
Sifat kesuburuan semula jadi (cepat beranok)
Daya ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan cuaca
40%-50% adalah bahagian daging yang terhasil daripada berat badan
Hanya boleh dikacuk dengan baka yang sama (mengelak daripada mandul

Zebu Baka ini berasal dari Asia Barat Selatan. Baka ini berasal dari kacukan 3 jenis baka lembu india iaitu Guzerat, Nelore dan Gir. 
Ciri-ciri: i. Mempunyai bulu badan yang pendek dengan berbagai variasi warna merah dan kelabu ii. Mempunyai bonggol (hump) di belakang, telinga yang besar dan mempunyai lebihan kulit (loose skin/dewlap) iii. Mempunyai dayatahan yang tinggi terhadap penyakit dan cuaca panas iv. Dipelihara untuk daging, susu dan tenaga kerja 
 Berat lahir : 12kg-15kg 
Berat Dewasa : Jantan= 400-500kg; Betina= 230-280kg 
 Umur matang : Jantan= 18-24 bulan; Betina= 12-18 bulan 
Nisbah yang sesuai untuk dipelihara : 1 ekor jantan = 20 betina 
Tempoh bunting : 260 hari - 280 hari

Nelore  Baka ini berasal dari India. 
 Ciri-ciri: i. Mempunyai bonggol (hump) di belakang, ii. Mempunyai bulu badan yang pendek dan berwarna putih iii. Mempunyai kaki yang panjang untuk berjalan di dalam air dan semasa meragut iv. Mempunyai dayatahan yang tinggi terhadap penyakit dan cuaca panas v. Mempunyai telinga yang pendek dan kebiasaannya bertanduk dan ada juga tidak bertanduk vi. Mempunyai daya keibuan yang sangai baik 
 Berat lahir : 32kg 
 Berat Dewasa : Jantan= 500kg; Betina= 450kg 
 Umur matang : Jantan= 18-24 bulan; Betina= 12-18 bulan 
Nisbah yang sesuai untuk dipelihara : 1 ekor jantan = 20 betina 
Tempoh bunting : 260 hari - 280 hari

Belgium Blue 
Baka ini berasal dari Belgium. Baka ini adalah antara baka pedaging yang berkualiti. Baka ini popular di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 
Ciri-ciri: i. Mempunyai rangka badan dan otot yang besar ii. Mempunyai keupayaan kenaikan berat badan yang amat baik iii. Mempunyai sifat jinak iv. Mempunyai keupayaan untuk mudah melahirkan anak v. Mempunyai tempoh bunting yang lebih singkat berbanding baka lain 
Berat Dewasa : Jantan= 1100-1250kg; Betina= 800-900kg 
Umur matang : Jantan= 18-24 bulan; Betina= 12-18 bulan 
 Nisbah yang sesuai untuk dipelihara : 1 ekor jantan = 20 betina

Local Indian Dairy (LID)  Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging.
 Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. 
 Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. 
Tahan kutu dan jangkitan penyakit. 
Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. 
Berat matang ialah 280 kg.

















No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...