Baka-Baka Kambing


Kamori Goat Breed
KATJANG
Ciri-ciri baka:
~Badan kecil, pendek dan tanduk melentur ke atas dan ke belakang
~Telinga tegak ke sisi
~Janggut pada kambing jantan
~Biasa berwarna hitam, coklat
KALAHARI RED
 Adalah - sejenis kambing berasal dari Afrika Selatan. mengikut sejarah kambing Kalahari ini telah dipilih dari kambing yg mempunyai teliga lanjut yg telah didatangkan ke Selatan Afrika 2000 tahun lalu dari penternak dari Northern Cape Province Afrika Selatan dan Selatan Namibia terutama dari kawasan Gurun Kalahari. Kambing jenis ini amat cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca setempat, mempunyai reputasi sifat keibuan yang sangat baik serta lebih baik dari jenis boer. Kalahari Red juga tahan dari rintang dari pelbagai penyakit menyebabkan ianya lebih berdaya saing dan menjimatkan belanja pengurusan dan menjana kepada keuntangan pada penternak. Kalahari juga mempunyai warna yg sekata(jati merah) dengan itu menjadikan kambing ini tidak menghadapi masaalah kepada keadaan cuaca panas, kehangatan dan bahang matahari dinegara kita. Kambing Kalahari mempunyai daging merah yang rendah lemak .Menjadikan ianya sesuai dijadikan makanan kesihatan yang terbaik.Ibu Kalahari juga amat prihatin terhadap anak-anaknya.Amat mudah melahirkan anak. Betina Kalahari juga sangat subur dan dapat membekalan susu yang banyak pada anaknya. Anak yang baru lahir juga amat cergas ini memudahkan anak tersebut mendapakan susu dari ibunya. Dan ini menjadikan kadar kematian anak Kalahari agak rendah. Bagi anak yang baru cerai susu kadar purata berat badanya boleh mencapai 30 kg

JAMNAPARI
Ciri-ciri baka:
~Muka cembung ( Roman Nosed)
~Telinga panjang dan melampai kebawah
~Bulu lebat pada bahagian punggung dan leher

~Berasal dari Wilayah Jamnapari, India
~Paling POPULAR di Asia Tenggara
~Berat kambing pejantan : 90 kg
~Berat kambing betina : 60 kg
~Pengeluaran susu : 235 kg per laktasi (261 hari)
~Sekarang import dari Indonesia (PE)


TOGGENBURG
~Kambing berasal dari Toggenburg Valley, Switzerland
~Saiz lebih kecil dari Alpine
~Telinga , kaki belakang berwarna putih
~Prestasi paling baik di kawasan beriklim sejuk

SAANEN
Ciri-ciri baka:
~Bulu dominan putih
~Hidung lurus dan muka berbentuk segitiga
~Telinga tegak dan mengarah ke depan

~Dwiguna
~Titik hitam pada kawasan hidung,telinga dan kelenjar susu
~Ekor pendek dan tipis
~Ada kekacang pada leher

~Berasal dari Lembah Saanen, bahagian Barat Switzerland
~Kambing ini terlalu sensitif pada cahaya
Berat lahir :
~Jantan : 3.0 kg
~Betina : 3.3. kg
Berat dewasa:
~Jantan : 68-90 kg
~Betina : 36-63 kg

 
Rahabi Goat
Beetal Goat

Pygmy Goat
BOER
Ciri-ciri baka:
~Berbadan putih & kepala merah
~Telinga yang pendulous
~Kadar tumbesaran yang lebih cepat

~Kadar lahir yang tinggi
~Pedaging

~BOER” : bermakna petani/penternak (farmer)
~Dibangunkan di Afrika Selatan pada awal 1900’s
~Dikenali sebagai “Africander”, “Afrikaner”, “South ~African common goat”
~Dipercayai Boer ini adalah hasil kacukan antara baka Namaqua Bushmen & Bantu
~Baka kambing yang POPULAR di dunia
~Tahan penyakit dalam pelbagai cuaca
~Kadar kelahiran :160 %
~Berat dewasa jantan : 110-135 kg
~Berat dewasa betina : 90 – 100 kg
~Kadar pertambahan berat badan : 200 g/hari
ANGLO-NUBIAN
Ciri-ciri baka:
~Dwiguna
~Telinga menggantung
~Ambing susu yang besar

~Warna bulu hitam, merah,coklat,putih atau kombinasi
~Asal : Wilayah Nubia,India (sebelah timur laut Afrika)
~Sekarang banyak dipelihara Mesir, Afrika Selatan dan Abessinia
CASHMERE
~Banyak terdapat di China, Turki,Afghanistan,Iraq & Iran
~Mudah dipelihara & tahan penyakit
~Bulu dicukur 1 kali/tahun
~Sekarang banyak dibiakkan di USA semenjak 1980 , baka diimport dari Australia

Kambing Feral
Ciri-ciri
Baka berasaldari Australia dan New Zealand
-Saiz sederhana besar

-Berat antara 40-60kg

-Warna: putih Kehitaman

-Bulu panjang ke belakang
-Tanduk panjang ke belakang
-Pengeluaran daging









ALPINE
Ciri-ciri baka:
~Dwiguna
~Telinga sederhana & mengarah ke atas
~Asal : Pergunungan Alpine, Switzerland
~Nama negara baka ini dibiakkan akan ditambah eg : British Alpine, Itali Alpine, Perancis Alpine

1 comment:

  1. Terima kasih diatas info yang bermanfaat.. Semoga anda di berkati dan sentiasa dalam rahmat Allah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...