Sifat Dan Kelakuan Serta Baka-Baka Biri-Biri


BIRI-BIRI atau BEBIRI....... Haiwan unik ini dikatakan telah wujud sejak ratusan ribu tahun dahulu. Di negara mana sekalipun anda berada, haiwan ini pasti wujud dengan bentuk fizikal yang berbeza-beza tetapi tetap mempunyai kelakuan dan tabiat yang sama. Mereka berkembang biak di dalam persekitaran uniknya yang tersendiri.

Pengetahuan dan ilmu yang mendalam tentang kelakuan atau sifatlaku bebiri akan memberi menafaat dan kelebihan kepada mana-mana penternak di mana pengetahuan tersebut boleh dipraktikkan di dalam segenap aspek pengurusan ternakan bebiri yang amat luas cabang ilmunya. Catatan kami yang tidak seberapa ini juga adalah bersandarkan kepada pengalaman kami selama lebih 5 tahun di dalam bidang penternakan bebiri di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang juga penuh dengan keunikannya yang tersendiri. Di dalam catatan ini, akan kami cuba paparkan semampu yang mungkin mengenai perihal kelakuan bebiri daripada kelakuan semasa mengawan sehingga proses melahirkan anak.

Catatan ini juga bukanlah rangkuman terperinci....... tetapi, memfokus terhadap ciri-ciri kelakuan tertentu sahaja yang difikirkan dapat membantu para penternak di dalam aspek pengurusan di ladang ataupun di kandang.. INSYA'ALLAH....... 

ASAS-ASAS KELAKUAN BEBIRI

Kami mulakan di sini dengan ringkasan tentang Deria bebiri kerana deria adalah alat yang digunakan bebiri untuk berinteraksi dengan persekitaran dan juga manusia. Deria inilah juga antara perkara utama yang membezakan kelakuan bebiri di kalangan haiwan lain di dalam kerangka Dunia Haiwan (Animal Kingdom).

Kelakuan boleh didefinisikan sebagai tindakbalas haiwan terhadap persekitarannya. Bebiri hidup dan wujud di dalam persekitaran yang terkawal dan pada kebiasaannya, tindakbalas mereka terhadap persekitaran sememangnya boleh dikenalpasti berdasarkan kepada ciri-ciri kelakuan yang diwarisi (inherited) dan yang dipelajari (learned). Kajian kelakuan merupakan satu aspek penting yang menjadikan bebiri itu seekor bebiri, yang mana akan menjawab segala persoalan tentang "Apakah itu Bebiri?"

Dr. R Kilgour, seorang pengkaji bebiri (Ethologist) mendefinisikan bebiri sebagai seekor haiwan yang :- 

Tidak mempunyai pertahanan diri kecuali berlari dan melarikan diri
Sangat berhati-hati
Hidup dalam kumpulan/kawanan
Mempunyai deria penglihatan yang luas
Suka mengunyah - inilah sebabnya mengapa bebiri digelar sebagai haiwan ruminan (Ruminating).
Berbulu - yang berevolusi dari habitat padang pasir atau padang rumput di pergunungan dengan keperluan air yang sedikit
Menunjukkan sifat yang suka mengikut di antara satu sama lain
Mempunyai ikatan perhubungan yang kuat dan intim di antara ibu dan anak 
  
 Satu kelakuan unik yang ada pada bebiri ialah sifatnya yang suka mengunyah. Sebagai contoh, cuba anda lihat perbezaan corak pemakanan di antara bebiri dengan haiwan pemangsa ataupun Karnivor. Karnivor hanya memerlukan masa yang singkat sahaja untuk makan, tetapi sebaliknya mengambil masa yang agak lama untuk mencari makanan. Manakala bebiri pula mengambil masa yang lama untuk makan dan mengunyah dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk mencari makanan. Karnivor secara tipikalnya menyerang mangsanya dan menunggu seketika sebelum memakan habuannya. Bebiri hanya tahu meragut......... Karnivor agresif, manakala bebiri pasif........ Karnivor secara anatominya sesuai dan memang dicipta untuk membunuh haiwan lain sementara bebiri hanya tahu meragut....... Karnivor membunuh bebiri...... Bebiri tidak pernah dan tidak akan membunuh karnivor.

Pakar Etologi mengesahkan bahawa perlakuan asas bebiri adalah mengunyah. Ianya adalah berpandukan kepada banyaknya masa yang dihabiskan oleh bebiri untuk mengunyah. Aktiviti mengunyah boleh mengambil masa beberapa jam dalam sehari dan untuk tujuan tersebut bebiri memerlukan keselesaan tempat tinggal yang nyaman dan sunyi. Stres dan sebarang gangguan yang mengejut akan menyebabkan aktiviti pengunyahan terhenti. Di waktu aktiviti ini rancak berjalan, bebiri pada amnya menampakkan ekspresi muka yang seakan-akan khayal dan mengantuk. Dan pada kebiasaannya ianya dilakukan  secara berkumpulan. Inilah dia perlakuan yang selalu dikaitkan sebagai semangat berkumpulan. Ada yang menggelarkan aktiviti kunyah-mengunyah ini sebagai suatu aktiviti "anti-boredom".
DERIA BEBIRI

Terbahagi kepada 5 deria asas :
Deria lihat
Deria dengar
Deria bau
Deria rasa (mulut) dan
Deria sentuhan 
 Kelima-lima deria ini merupakan alat yang digunakan oleh bebiri untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Oleh yang demikian, deria-deria tersebut bolehlah dianggap sebagai pengantara terhadap respon atau tindakbalas perlakuan bebiri.

BAKA-BAKA BIRI-BIRI

SANTA INES* (Biri-biri bulu licin)

Salah satu baka biri2 yg 
1. Tahan lasak 
2. Tahan daya melawan penyakit, 
3. Kadar kelahiran kembar yg tinggi.
4. Mudah untuk dijaga dan dibiak.
5. Berkualiti tinggi untuk pembiakbakaan.

Tetapi di Malaysia ini seringkali terjadi kekeliruan di antara *Barbados* dan *Santa Ines*.

Ini kerana mereka sama2 berbulu licin bagi kategori biri2 dan mempunyai pelbagai warna seperti kambing.

Perbezaan yg paling ketara antara kedua baka adalah saiz yg mana Santa Ines sebenar (atau yg paling hampir kepadanya dari segi kepekatan darah) mempunyai saiz yg sangat besar dan berat matang melebihi 100kg untuk kedua2 jantina.
Manakala Barbados yg banyak terdapat di Malaysia rata2 mempunyai saiz yg sederhana sekitar 25-40kg bg Induk, 40-70kg bg Pejantan yg mana amat jarang sekali untuk berjumpa yg yg beratnya melebihi 100kg..

Lain2 perbezaan yg boleh dilihat adalah dari segi pastur & lentik badan, bahagian dada, posisi dan ketegapan kaki, kepanjangan leher, rangka kepala, kepanjangan telinga & ekor dan lain2..
Bebiri Damara

Baka ini berasal dari Asia Timur serta Mesir.

Ciri - Ciri
Bebiri yang mempunyai ‘hair’ dan bukannya ‘wool’
Mempunyai ekor yang gemuk
Daya keibuan yang sangat baik
Tahan lasak – boleh hidup di kawasan panas dan juga mampu hidup dengan jumlah air yang terhad sehingga 3 hari
Daya tahan penyakit yang agak tinggi

Umur Matang
Jantan : 8 bulan
Betina : 11-15 bulan

Jantan Betina Nisbah
1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting
149 hari – 155 hari


Biri-Biri Persian
-Berasal dari negara Persian iaitu Iran dan Iraq, kemudian dibawa ke negara-negara Arab Saudi, Somalia, Namibia dan Africa Selatan,
-Salah satu baka dari Keluarga Kibas(Fat Tail)

menyimpan lemak di bahagian ekor

-Ketegori hair sheep

-Di biakkan untuk pengeluaran Daging

-Tidak Bertanduk dan bertelinga panjang

-Mempunyai pelbagai varieti warna

-Tahan lasak terhadap cuaca dan serangan penyakit
-Berat Jantan dewasa boleh mencecah 120kg
dan betina 100kg

Bebiri Dorper
Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

Ciri - Ciri
Bebiri yang mempunyai ‘hair' dan bukannya ‘wool'
Daya keibuan yang sangat baik
Tahan lasak – mampu hidup di kawasan sejuk serta bersalji
Daya tahan penyakit yang agak tinggi
Menghasilkan antara kulit (sheepskin) yang terbaikdi dunia

Umur Matang
Jantan : 5 bulan
Betina : 11-15 bulan

Jantan Betina Nisbah
1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting
149 hari – 155 hari

Malin

Asal nama Malin dari singkatan MALaysian INdigenous(MALIN) bukan dari hikayat Malim Kundang yer,ciri-ciri adalah kecil,rendah dan bertanduk.Kadar kelahiran adalah 1ekor per kelahiran.berat Jantan-25kg-30kg dan Betina-15-25kg.Kadar ketahanan pada penyakit/parasit tropika adalah sangat tinggi dan sangat lasak.

Morada Nova

Asal dari negara Brazil(Amerika Latin).Berat Jantan-40kg Betina-30kg kadar kelahiran dari rekod ujian Single-28.6%,Twin-66.7%,Triple-4.8%.kadar kelahiran tahunan adalah 1.76%.

St.Croix/Virgin Island White

Asal dari Virgin Island.Berat Jantan-90kg,Betina-68kg.Kadar kelahiran tahunan 2.12%.Kadar kelahiran kembar adalah tinggi 2-3 ekor per kelahiran(tiada ujian).Mempunyai ketahahan tinggi dari serangan parasit/penyakit tropika.

Nama: Barbados Blackbelly

Asal: Kepulauan Caribbean, Barbados

Ciri-ciri:
Bentuk badan mirip seekor rusa;
Berbulu lurus yang kasar, bukan kerinting seperti kebanyakan jenis biri-biri;
Berkembang biak sepanjang tahun (Twin & Multiple birth);
Tahan kepada cuaca panas;
Tahan penyakit dan toleran kepada parasit;
Berwarna coklat terang hingga kemerah-merahan, dengan garis-garis hitam pada muka, dan berwarna hitam pada bahagian bawah perut, bahagian dalam telinga, sebelah dalam kaki dan ekor, dagu dan dada;
Boleh membesar dengan baik walaupun tanpa rumput/foraj berkualiti;
Betina muda (Maiden Ewe) mula mengawan pada tahap umur 7-8 bulan & melahirkan anak pertama pada umur 12 bulan;
Mampu menjaga anak-anak (lamb) dengan baik;
Anak-anak baru lahir boleh berdiri dengan cepat selepas kelahiran (vigorous).
MERINO

Katahdin

Garut

 Kibas Indonesia
Dorset Horn 
Long Tail Thailand/Burma 
Suffork 
Jacob 
Van Rooy 
Red Maasai




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...