PENGENALAN
Penternakan kambing adalah perniagaan. Ia merupakan satu bidang usaha yang boleh
mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan
berterusan. Setiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri. Berikut ialah
kegunaan komponen kambing yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi untuk
dipasarkan.
i. Kambing – jualan hidup sebagai baka, daging sebagai makanan, haiwan
peliharaan
ii. Susu kambing
iii. Kulit dan bulu kambing – kraftangan, tekstil
iv. Tanduk kambing – kraftangan.
v. Usus – benang jahitan pembedahan.
vi. Tinja – baja organik.
Berbanding dengan penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan
keluasan kawasan yang besar. Keluasan kawasan minima yang ideal ialah 3 ekar atau
bersamaan 1.2 hektar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kawasan
perumahan kambing (seekar) dan selebihnya boleh digunakan sebagai kawasan
pengeluaran makanan ternakan – sama ada sebagai foder (sistem potong dan angkut)
atau ragutan berpusingan (sistem bebas lepas).
MEMAHAMI PERKARA ASAS
KAMBING
Penternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai ini.
Penternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai ini.
Secara saintifiknya, kambing(Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang
diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki
berkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan.
Namun demikian ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca yang panas
berbanding sejuk.
Berbeza berbanding ternakan ruminan lain seperti lembu dan bebiri, kambing lebih
cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun-daun yang muda
berbanding meragut di padang rumput. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk
dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk hidup di
kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai
agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan.
Kambing mempunyai sifat unik yang kurang terdapat pada haiwan gerompok lain
iaitu kecenderungan untuk meneroka kawasan. Sifat ini adakalanya memberi masalah
pengurusan terutama sekiranya kambing diternak di dalam sistem semi intensif atau
ekstensif.
Setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik. Secara am, baka kambing boleh
dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu
i. Kambing pedaging
Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red, Jermasia.
ii. Kambing susu Alpine, Saanen, Toggenburg
iii. Kambing dwi fungsi (diternak bertujuan mendapatkan susu dan daging) Jamnapari Anglo-Nubian
SISTEM PENTERNAKAN
Penternakan kambing boleh dikategorikan kepada 3 jenis sistem berdasarkan
kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan iaitu penternakan secara intensif, semi
intensif dan ekstensif. Setiap sistem penternakan ini mempunyai kekuatan dan
kelemahan yang tersendiri.
Sistem penternakan semi intensif bermakna ternakan dilepaskan untuk tujuan meragut pada masa ditentukan di kawasan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang tetapi juga mengurangkan stress atau tekanan kepada ternakan.
Sistem penternakan ekstensif adalah sistem penternakan yang paling kurang dipraktikan oleh ladang-ladang komersil. Sistem ini lebih diamalkan oleh penternak kecil-kecilan atau yang menjalankan aktiviti ternakan sebagai satu hobi. Sifat kambing yang gemar meneroka menyukarkan pengurusan, pengawalan dan pemantauan ternakan. Di antara masalah-masalah yang dihadapi di bawah penternakan sistem ini ialah
i. Kehilangan ternakan
ii. Penyakit parasit (kecacingan)
iii. Keracunan makanan
iv. Kekurangan nutrient
Amalan perladangan campuran atau ringkasnya perladangan secara integrasi ternakan dan tanaman merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi masalah kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan. Di dalam konsep ini, ternakan menggunapakai sumber bahan makanan yang tumbuh melata di antara tanaman utama. Di samping itu, bahan-bahan sampingan pertanian seperti daun sawit di dalam perladangan kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan duahala ini member kelebihan dan keuntungan. Ia mengurangkan kos mendapatkan makanan ternakan dan pada masa yang sama rumput dibersihkan secara biologi serta tanah dibajai dengan bahan organic sisa ternakan.
PROJEK PENTERNAKAN KAMBING
Projek penternakan kambing dibahagikan kepada 5 komponen utama iaitu
i. Perancangan projek
ii. Pembangunan perumahan dan kandang kambing.
iii. Makanan ternakan
iv. Pengurusan ternakan
v. Pemasaran
Perancangan Projek
Parameter-parameter berikut adalah penting untuk digunakan di dalam merancang dan memantau perkembangan projek penternakan kambing.
PERUMAHAN DAN KANDANG KAMBING
Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang kambing. Setiap sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan persekitaran yang selesa untuk didiami oleh ternakan. Di samping itu, binaan rumah berkenaan sebaik-baiknya membantu mempermudahkan kerja-kerja pengurusan harian ternakan dilakukan.
Susunatur Rumah
Rumah kambing perlu mengikuti susunatur memanjang yang bertentangan dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu pagi dan petang boleh mencecah di bahagian tengah rumah. Ini bertujuan merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan rumah kambing sentiasa kering. Jarak minima perumahan kambing di antara satu dan lain perlu sekurang-kurangnya 30 kaki atau sama dengan lebar rumah kambing berkenaan. Ini bertujuan memberi ruang aliran udara di antara perumahan yang baik dan merendahkan perpindahan penyakit melalui udara dari satu rumah ke rumah lain.
Atap
Amalan perladangan campuran atau ringkasnya perladangan secara integrasi ternakan dan tanaman merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi masalah kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan. Di dalam konsep ini, ternakan menggunapakai sumber bahan makanan yang tumbuh melata di antara tanaman utama. Di samping itu, bahan-bahan sampingan pertanian seperti daun sawit di dalam perladangan kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan duahala ini member kelebihan dan keuntungan. Ia mengurangkan kos mendapatkan makanan ternakan dan pada masa yang sama rumput dibersihkan secara biologi serta tanah dibajai dengan bahan organic sisa ternakan.
PROJEK PENTERNAKAN KAMBING
Projek penternakan kambing dibahagikan kepada 5 komponen utama iaitu
i. Perancangan projek
ii. Pembangunan perumahan dan kandang kambing.
iii. Makanan ternakan
iv. Pengurusan ternakan
v. Pemasaran
Perancangan Projek
Parameter-parameter berikut adalah penting untuk digunakan di dalam merancang dan memantau perkembangan projek penternakan kambing.
PERUMAHAN DAN KANDANG KAMBING
Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang kambing. Setiap sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan persekitaran yang selesa untuk didiami oleh ternakan. Di samping itu, binaan rumah berkenaan sebaik-baiknya membantu mempermudahkan kerja-kerja pengurusan harian ternakan dilakukan.
Susunatur Rumah
Rumah kambing perlu mengikuti susunatur memanjang yang bertentangan dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu pagi dan petang boleh mencecah di bahagian tengah rumah. Ini bertujuan merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan rumah kambing sentiasa kering. Jarak minima perumahan kambing di antara satu dan lain perlu sekurang-kurangnya 30 kaki atau sama dengan lebar rumah kambing berkenaan. Ini bertujuan memberi ruang aliran udara di antara perumahan yang baik dan merendahkan perpindahan penyakit melalui udara dari satu rumah ke rumah lain.
Atap
Pada ketika ini, terdapat pelbagai jenis atap yang terdapat di pasaran seperti zink, asbestos dan aluminium. Namun demikian, pemilihan bahan sebagai atap perumahan kambing perlu mengambil kira daripada segi kos dan keupayaan untuk tidak menyimpan haba. Kawasan kandang secara keseluruhannya sebaik-baiknya dilitupi atap yang dapat melindungi ternakan dari hujan dan panas terik matahari. Jarak minima di antara atap bahagian tengah rumah dengan lantai ialah 12 kaki. Sementara itu di bahagian tepi rumah kambing, jarak minima di antara atap dan lantai ialah 8 kaki. Adalah baik sekiranya di antara atap rumah kambing yang biasa, diletakkan atap yang bersifat tembus cahaya(translucent). Ini bertujuan memberikan pencahayaan semulajadi ke dalam kandang di samping membantu merendahkan kadar kelembapan di dalam kandang.
Lantai Kandang
Bahan yang digunakan sebagai lantai kandang kambing sama ada plastik ataupun kayu perlu bersifat tahan lama, tidak mudah rosak, tidak mudah melekit dan cepat kering. Lantai kandang kambing perlu mempunyai ruang di antara 1 hingga 1.5 cm bagi membolehkan tinja kambing jatuh ke bawah. Sebaik-baiknya batang kayu atau plastik yang digunakan sebagai lantai tidak terlalu lebar (1” X 2”). Ruang keluasan batang kayu atau plastik yang kecil memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan. Jarak di antara lantai kandang dan lantai bawah di permukaan tanah sebaik-baiknya di antara 5 – 5.5 kaki. Jarak yang lebih rendah akan memungkinkan kambing menghadapi masalah kesihatan seperti mata berair, batuk dan sukar bernafas berpunca dari tinja yang terkumpul di bawah kandang.
Lantai bumi
Ruang lantai bumi sebaik-baiknya disimen dan mempunyai kecerunan lebihkurang 2%. Ini bertujuan menjadikan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tinja di bahagian hujung kandang lebih mudah kerana dibantu oleh perbezaan titik graviti. Baja organik yang dihasilkan dari tinja yang dikutip dari lantai bersimen adalah lebih berkualiti berbanding lantai bumi yang cuma dilapisi pasir atau tanah.
Tangga rumah kambing
Kebiasaanya tangga rumah kambing diperbuat dari kayu. Namun demikian alternatif yang baik ialah penggunaan tangga yang diperbuat dari konkrit kasar dan kesat. Ini amat berguna terutama sekiranya penternak mengamalkan penternakan sistem semi intensif yang menyebabkan ternakan sentiasa menggunakan tangga untuk turun dan naik ke kawasan kandang. Pergeseran di antara tangga konkrit yang kasar dan kesat dengan kuku kaki kambing secara pasifnya membantu mengurangkan masalah kuku panjang.
Kandang Kambing
Keluasan yang bersesuai untuk seekor kambing betina dewasa ialah di antara 12 hingga 15 kaki persegi. Bagi kegunaan 25 ekor kambing betina dan seekor jantan, sebanyak 312 kaki persegi kawasan diperlukan. Setiap kandang perlu disediakan palong makanan dan palong minuman. Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan sebagai palong makanan. Di antaranya ialah penggunaan penakung air hujan plastik, tong plastik dan palong buatan yang diperbuat dari kayu. Ketinggian palong makan sebaik-baiknya tidak lebih tinggi dari paras dada kambing dan bersekat. Ini bertujuan menggelakkan kambing dari memasuki tempat makanan dan mengotorinya
Palong minuman adalah lebihkurang sama dengan palong makanan. Namun demikian
kambing mempunyai sifat untuk tidak menggunakan air minuman dari takungan atau
palong air yang kurang bersih.
Oleh yang demikian, alternatif terbaik kepada palong minuman ialah penggunaan paip
minuman automatik (automated water drinker). Penggunaan paip minuman automatik ini bukan sahaja menjaga kebersihan minuman
ternakan tetapi juga mampu mengurangkan pembaziran air.
Pemagaran Kawasan
Kawasan projek penternakan adalah perlu dipagar bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingin seperti kehilangan ternakan akibat kecurian atau pemangsaan
haiwan lain dan kemasukan agen yang berpotensi membawa penyakit.
Jenis pagar perimeter yang boleh digunakan ialah pagar jenis cyclone tightlock high
tensile. Alternatif kepada pagar ini ialah penggunaan pagar jenis chain link atau kawat
duri. Namun demikian, penggunaan 2 jenis pagar ini kurang efektif berbanding
penggunaan pagar jenis cyclone tightlock high tensile.
Terdapat 3 jenis tiang pagar yang boleh digunakan iaitu jenis besi galvani (G.I pipe),
angle iron dan kayu. Setiap tiang perlu berukuran 7 kaki keseluruhannya. Tiang
berkenaan akan ditanam sedalam 2 kaki dan meninggalkan ketinggian 5 kaki untuk
tujuan pemagaran. Jarak di antara tiang ialah 10 kaki.
MAKANAN DAN MINUMAN
Survival projek penternakan adalah bergantung kepada keupayaan untuk menyediakan
makanan ternakan yang cukup kandungan nutriennya dan murah daripada sudut kos
pengurusan. Ini adalah kerana lebih dari 70 peratus kos pengurusan datang dari kos
makanan ternakan. Kenaikan harga bahan makanan ternakan kesan dari kenaikan
harga bahan bakar dunia menyukarkan pengusaha projek ternakan untuk meletakkan
pergantungan ke atas sumber makanan ternakan komersil. Oleh yang demikian, adalah
penting agar pengusaha projek ternakan untuk membangunkan sendiri pengeluaran
sumber makanan ternakan atau mengenalpasti sumber hasil sampingan pertanian yang
boleh dimanfaatkan sebagai sumber makanan ternakan.
Seperti manusia, ternakan juga memerlukan makanan seimbang yang mengandungi
zat-zat nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian.
Kekurangan zat-zat ini di dalam makanan ternakan akan membawa kepada masalah
kesihatan di dalam jangka masa panjang. Secara tidak langsung menjejaskan prestasi
ternakan dan projek ternakan secara amnya. Setiap zat-zat nutrien mempunyai
fungsinya yang tertentu. Zat protein diperlukan oleh badan untuk membina otot-otot
yang kuat selain menjadi elemen penting di dalam proses pemulihan. Karbohidrat
diperlukan sebagai bekalan tenaga. Demikian juga dengan lemak selain daripada
berfungsi sebagai penebat haba, ia juga berfungsi sebagai elemen simpanan untuk
digunakan apabila kekurangan karbohidrat.
Vitamin merupakan zat nutrien yang penting
walaupun ia cuma diperlukan dalam kuantiti
yang sedikit. Kekurangan vitamin boleh
menyebabkan beberapa fungsi sel dan organ
terjejas yang mana membawa kepada
berlakunya penyakit kepada haiwan.
Garam galian yang penting seperti kalsium dan fosforus diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihat. Kekurangan garam seperti natrium boleh ketidakseimbangan tekanan bendalir di dalam badan. Berbanding zat-zat lain yang boleh didapati pada sumber makanan ternakan seperti rumput dan dedaun hijau, pemberian garam jilat boleh membantu menampung kekurangan yang mungkin berlaku pada sumber makanan tersebut.
Air adalah antara komponen terbesar di dalam badan ternakan. 70% daripada badan terdiri daripada air. Oleh yang demikian, adalah wajar supaya ternakan sentiasa diberikan sumber air minuman bersih sepanjang masa.
Sumber makanan kambing secara amnya boleh dibahagi kepada 2 iaitu makanan utama: rumput atau dedaunan hijau dan makanan tambahan. Penternak selalu digalakkan untuk memperuntukkan sebahagian kawasan untuk tanaman makanan ternakan terutamanya Rumput Napier atau Jagung. Ini adalah kerana 2 tanaman ini mempunyai pengeluaran yang tinggi dan sangat sesuai ditanam untuk kawasan yang kecil. Walaupun demikian, terdapat tanaman lain yang sesuai ditanam dan dijadikan sebagai makanan ternakan. Di antaranya ialah
a) Rumput Guinea
b) Rumput Humidicola
c) Setaria
d) Centrosema (tanaman kekacang)
e) Petai Belalang (Leucaena leucocephala)
f) Daun nangka
g) Glyridisia
Selain daripada itu, penternak boleh menggunakan bahan-bahan makanan seperti hampas kacang soya, mil kacang, mil ikan sebagai sumber protein. Penggunaan hampas sagu rumbia, dedak padi, lebihan makanan seperti nasi juga boleh diberikan sebagai sumber tenaga.
PENGURUSAN TERNAKAN
Secara am, kitaran pengurusan ternakan bermula dengan kelahiran kepada pembiakan seterusnya kebuntingan dan beranak kembali. Berikut adalah peringkat-peringkat pengurusan ternakan:-
1- Peringkat kelahiran
Selepas kelahiran, anak kambing mesti diberikan susu awal ataupun kolostrum.Pemberian susu ini adalah penting kerana susu awal kambing yang dihasilkan disepanjang 3 hari pertama selepas kelahiran mengandungi antibodi yang diperlukanbagi melindungi dari serangan penyakit. Selain daripada itu kolostrum mengandungi zat protein yang tinggi diperlukan oleh badan untuk tumbesaran. Pada kebiasaannya anak kambing akan menghisap sendiri. Sekiranya anak kambing lemah atau tidak
berbuat sedemikian, tindakan memerah dan menggunakan botol susu atau syringe
perlu dilakukan bagi memastikan anak kambing mendapat kolostrum secukupnya.
Selain daripada memastikan anak kambing mendapat kolostrum, talipusat anak
kambing yang didapati panjang perlulah dipotong sekurang-kurangnya setengah inci
dari badan. Iodin perlu disapukan pada pusat berkenaan bertujuan mengelakkan
menjadi sumber laluan kepada agen penyakit. Di masa awal peringkat kelahiran dalam
tempoh 4 hingga 6 minggu pertama, makanan yang secukupnya perlu disediakan
secara potong angkut kepada ibu kambing. Ini membolehkan induk berkenaan berehat
dan memulihkan diri untuk bersedia pada peringkat seterusnya.
2 Peringkat cerai susu
Cerai susu adalah peringat anak kambing dipisahkan daripada ibunya. Namun
demikian, peringkat ini perlu dilakukan secara beransur-ansur. Pada ketika anak
kambing berusia menghampir 3 atau 4 bulan, sumber makanan seperti rumput atau
dedaunan hijau boleh diberikan secara sedikit demi sedikit. Selalunya pada usia ini
anak kambing sudah mulai belajar memamah dedaun hijau. Pada lingkungan usia
selewat 4 bulan, anak kambing sepatutnya sudah dipisahkan dari ibunya. Selalunya
kelewatan melakukan cerai susu kepada anak kambing menyebabkan prestasi kambing
berkenaan seperti berat badan dewasa, tempoh kematangan dan pembiakan akan
terjejas. Anak-anak kambing jantan yang mencapai usia 9 bulan perlu dipisahkan
daripada anak-anak kambing betina. Ini adalah kerana umur ini adalah untuk yang
mana kambing jantan mula mencapai kematangan seksual dan berkebolehan untuk
membiak.
3 Penjagaan kambing dewasa
Kambing-kambing dewasa dikandangkan mengikut jantina. Kambing jantan dan betina
dicampurkan hanya apabila hendak dibiakkan. Nisbah kambing jantan kepada kambing
betina ialah satu ekor jantan untuk 20 hingga 25 ekor kambing betina. Pada ketika
tidak dibiakkan, kambing jantan perlu diletakkan di dalam kandang individual dan tidak
dicampurkan dengan kambing jantan yang lain.
Salah satu proses yang penting di dalam penternakan ialah proses pemilihan. Proses ini
adalah bertujuan menentukan ternakan yang berprestasi tinggi sentiasa berada di
dalam ladang. Kambing-kambing yang gagal menunjukkan prestasi yang baik selalunya
dikeluarkan dari ladang dan dijual sama ada sebagai ternakan hidup atau disembelih
untuk daging.
Pemilihan dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengamatan terhadap ternakan dan
dibantu oleh data-data yang telah direkodkan seperti berat lahir, berat cerai susu,
kenaikan berat badan harian yang tinggi, jarak kelahiran yang singkat, sentiasa
beranak kembar dan berat matang yang dicapai dalam masa singkat
PEMASARAN
Secara amnya, permintaan terhadap daging kambing adalah bermusim dan ini dapat
dilihat meningkat terutamanya ketika perayaan-perayaan seperti Hari Raya dan
Deepavali. Hasilnya pada ketika musim-musim perayaan, berlaku kekurangan daging
kambing dalam negara dan menyebakan fenomena peningkatan sementara
pengimportan kambing hidup untuk sembelihan dan daging kambing sebagai makanan.
Selain daripada musim perayaan, permintaan terhadap daging kambing tetap ada
walaupun harga borong daging kambing agak mahal iaitu di antara RM 15 hingga 25
sekilo. Penggunaan perkapita daging kambing di Malaysia masih berada di tahap
rendah iaitu 0.8 hingga 0.9kg. Ini berkemungkinan besar didorong oleh persepsi orang
ramai tentang perkaitan di antara pemakanan daging kambing dan kesihatan. Namun
demikian, kajian yang dilakukan oleh USDA mendapati daging kambing kurang
daripada segi kandungan kolestrol dan lain-lain parameter yang dipercayai boleh
menyumbang kepada masalah kesihatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini