Cara Mengenalpasti Umur Ternakan


Anda boleh mengenalpasti umur ternakan anda melalui tiga (3) kaedah:
  • Jumlah Gigi Pemotong Kekal;
  • Keadaan gigi; dan
  • Turutan gigi pemotong kekal yang mula tumbuh di permukaan gusi
Walaupun begitu, kadar pertumbuhan gigi pemotong kekal adalah bergantung kepada baka ternakan, keadaan persekitaran dan yang paling utamanya corak pemakanan ternakan.
Gigi biri-biri boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian utama iaitu :
  • Lapan (8) batang Gigi Pemotong Kekal di bahagian hadapan rahang bawah ; dan
  • Dua puluh empat (24) batang gigi geraham yang terbahagi kepada 6 batang gigi di kedua-dua belah rahang atas dan bawah
Untuk makluman semua, ternakan ruminan seperti kambing dan biri-biri tidak mempunyai gigi di bahagian hadapan rahang atas.

Pada amnya, anak biri-biri yang baru dilahirkan tidak mempunyai gigi. Gigi susu/sementara hanya akan mula tumbuh apabila mencapai umur satu (1) minggu. Kesemua lapan (8) batang gigi susu akan terbentuk apabila umurnya mencecah dua (2) bulan. Pun begitu seperti manusia juga, gigi susu ini tidak akan kekal lama dan apabila sampai tempohnya akan gugur (secara berpasangan) dan digantikan dengan sepasang Gigi Pemotong Kekal di bahagian tengah gigi. Kemudian ianya diikuti pula dengan dua (2) lagi gigi di kedua-dua belah kiri kanan sehinggalah kesemua lapan (8) batang gigi susu tersebut digantikan.

Di dalam tempoh pertumbuhan Gigi Pemotong Kekal tersebutlah maka umur ternakan dapat dikenalpasti dengan panggilan 2 gigi, 4 gigi, 6 gigi dan yang terakhir sekali 8 gigi (Full Mouth). Dan lazimnya, masyarakat melayu di kampung-kampung menggunakan istilah "Cukup Umur" bagi memastikan ternakan peliharaan mereka boleh disembelih untuk tujuan Aqiqah atau Qurban. Istilah "Cukup Umur" itu bermaksud ternakan telah telah mencapai umur 1 tahun atau "bersalin 2 gigi.

 Gigi susu (Milk teeth) :
umur kurang daripada 1 tahun
kesemuanya gigi sementara



 Dua Gigi (Two Tooth) :
umur 1 - 1.5 tahun
sepasang gigi pemotong kekal

 Empat Gigi (Four Tooth) :
umur 1.5 - 2 tahun
2 pasang gigi pemotong kekal


 Enam Gigi (Six Tooth) :
umur 2 - 3 tahun
tiga pasang gigi pemotong kekal

 Lapan Gigi (Eight Tooth or Full Mouth) :
umur 3 - 4 tahun

 Gigi Pemotong Kekal mula pecah (Broken Mouth) :
umur 4 tahun dan ke atas. Bergantung kepada corak atau diet pemakanan dan keadaan persekitaran

 Kesemua gigi rosak dan gugur ( Gummy) :
Pencen

Ilustrasi Gambarajah yang dipaparkan di atas menunjukkan perkembangan gigi pemotong kekal berbanding dengan variasi umur ternakan, di mana gigi tersebut mula tumbuh bagi menggantikan gigi susu/sementara.

Walaubagaimanapun, pemerhatian terhadap gigi hanyalah sekadar memberikan anggaran kasar ke atas umur ternakan anda. Untuk itu, maka adalah wajar dan penting diketahui terlebih dahulu samada baka ternakan tersebut adalah dari jenis yang cepat matang ataupun sebaliknya. Sebagai contoh, baka yang berasal dari British pada kebiasaannya lebih cepat matang berbanding dengan baka Merino daripada Australia. Ini bermaksud gigi pemotong kekalnya tumbuh lebih awal berbanding baka-baka lain.

Ketahanan gigi juga berbeza mengikut jenis makanan dan keadaan padang ragut. Rumput dan foraj yang lembut dan panjang boleh mengekalkan ketahanan gigi dan lambat rosak. Sekiranya rumput dan foraj yang diragut itu pendek berserta dengan permukaan tanah ragutan yang berpasir/berbatu, maka gigi pemotong kekal akan rosak dengan kadar yang lebih cepat.

Akhirnya, peringkat seterusnya yang disebut sebagai "broken mouth". Ianya akan mula berlaku apabila kesemua lapan (8) Gigi Pemotong Kekal telah tumbuh. Peringkat kerosakan gigi ini akan berlaku secara beransur-ansur bergantung kepada keadaan di mana ternakan tersebut diternak. Adalah sukar untuk menganggar umur ternakan pada peringkat ini. Tetapi yang pastinya gigi-gigi akan bertambah panjang dan mula merenggang ataupun menjarak di antara satu sama lain. Gigi-gigi akhirnya akan gugur satu persatu dan terserahlah kepada penternak samada ternakan tersebut perlu dijual atau disembelih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...