Ternakan Tiada Testis, Ternakan Khunsa. Adakah boleh dibuat Qurban @ Aqiqah

Kambing Khunsa, mempunyai dua kelamin


SOALAN:
Ternakan jantan yang saya beli untuk dikorbankan tiada telur (testis)…Adakah ia dianggap sebagai kecacatan yang menghalang ibadah Qurban @Aqiqah?

JAWAPAN:
Sebahagian haiwan dimandulkan demi mendapatkan kualiti daging yang lebih baik, kerana haiwan yang mandul lebih gemar makan dan tidur kerana tidak “memikirkan” soal mengawan, dan hormonnya juga akan berubah, maka kebiasaannya ia akan lebih cepat dan mudah gemuk…
Jantan akan dibuang testis dalam kantung, kemudian diikat serta dijahit, manakala betina akan diikat saluran peranakannya…
Mandul bukanlah kecacatan bagi haiwan, sebaliknya ia membantu kualiti haiwan tersebut…Nabi SAW sendiri pernah mengorbankan 2 ekor kambing yang mandul [Riwayat Ahmad]…
Namun bukanlah yang mandul itu sentiasa yang terbaik untuk dijadikan korban, kerana “pemandulan” hanya wasilah untuk mendapatkan daging yang lebih banyak…
Jika pilihan yang ada, yang tidak mandul itu lebih baik kualitinya dan banyak kuantiti dagingnya, maka ia lebih baik dari yang mandul namun kurus…Nabi SAW juga pernah mengorbankan kambing yang tidak mandul [Riwayat Abu Dawud & al-Tirmidziy]…

SOALAN:
Bolehkah Ternakan yang khunsa dijadikan korban?

JAWAPAN:
Jika kambing tersebut tiada kecacatan dan baik kondisi serta fizikalnya, maka tiada halangan untuk ia dijadikan korban…Kerana jantina bukanlah penentu faktor dalam penerimaan atau penolakan suatu korban itu…
Melainkan jika pada sesetengah baka itu, jantan lebih besar saiznya dan banyak dagingnya, maka untuk jenis itu kita boleh katakan jantan lebih baik, namun bukan kerana faktor jantinanya, bahkan kerana faktor kualitinya…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...