SERBA SEDIKIT TIPS MEMBINA KANDANG LEMBU YANG BETUL



- Kandang mestilah berlantai konkrit. Luas lantai untuk seekor lembu ialah 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi). Misalnya untuk 10 ekor lembu, kandang itu mestilah 10 meter Lebih kurang 30 kaki) panjang dan 3 meter (lebih kurang 10 kaki) lebar. Tingginya ialah di antara 2.5 - 3.0 meter (lebih kurang 8 - 10 kaki).
- Tiang dan palang dinding hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya kayu yang mahal. Kayu lama atau kayu hutan yang baik boleh digunakan menjimatkan kos. Atap nipah atau zing boleh digunakan sebagai bumbung.
- Lantai konkrit mestilah baik dan tahan supaya kuku lembu tidak cedera. Kecerunan mesti sesuai supaya air tidak bertakung dan ternakan berdiri dengan selesa.
- Palung makanan boleh dibuat dari konktrit, papan atau tong minyak dibelah dua. Ruangan untuk makan ialah 0.5 meter (lebih kurang 1.5 kaki) seekor.
- Palung air boleh dibuat dari konkrit, tong minyak dikerat dua atau tong plastik. Ruangan untuk minuman ialah 0.2 meter  lebih kurang 3/4 kaki tiap-tiap) seekor.
- Kalau boleh di sekeliling kandang ada pokok-pokok teduhan, tetapi tidak menghalang pengudaraan kandang yang baik.
- Stor makanan hendaklah berlantai dan berbumbung supaya sentiasa kering. Ia mesti berhampiran dengan kandang supaya mudah mengangkut makanan. Awas, jika tidak disusun rapi, tikus akan bersarang.
- Sebuah takungan Tinja (Najis) berukuran 0.03 meter padu (lebih kurang satu kaki padu) untuk seekor sehari perlu dibuat. Ia berguna untuk menampung pepejal tinja. - - Hanya air jernih saja yang keluar ke dalam longkang besar. Ini akan mengurangkan pencemaran air. Mendapan tinja boleh dikumpulkan untuk dijadikan baja tanaman.
- Tempat Memunggah pula diperlukan supaya mudah ternakan turun ketika mula-mula sampai dan naik lori ketika dijual nanti. Pagarnya mestilah kuat supaya lembu tidak terlepas lari.
- Pasung pula diperlukan untuk memeriksa dan membuat rawatan kepada ternakan atau untuk menimbang lembu.
**Harus diingat, jangan berbelanja berlebihan untuk membuat kandang dan kemudahan-kemudahan tersebut. Yang perlu ianya dibuat dengan sempurna dan kukuh. Jika kandang terlalu mahal, untung akan berkurangan. Jika palung makanan bocor, makanan akan terbuang dan membazir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...