Gambar tiada kena mengena dengan topik |
Pengurusan Lembu betina bertujuan mendapatkan seekor anak daripada setiap induk setiap tahun, untuk memastikan pengeluaran sentiasa berlaku.Oleh itu, aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah :-
1. Pemakanan
- -Lembu betina perlu diasingkan mengikut kumpulan dan diberi aras makanan yang berbeza.
- -Lembu dara pengganti - kekal subur, tidak terlalu gemuk sehingga menimbulkan masalah kesuburan
- -Lembu betina bunting sulung - memerlukan protein lebih banyak untuk kandungan.
- -Jenis makanan seperti hampas isirong kelapa sawit, mil kacang soya (sumber protein) manakala mil sagu jagung (sumber tenaga)
2. Pembiakan
- -Lembu dara pengganti mencapai puberti (matang/estrus yang pertama) ketika usia 18-30 bulan, bergantung kepada baka/makanan dan berat badan
- -Pembiakan boleh dijalankan sepanjang tahun atau mengikut musim. Namun lebih mudah jika mengikut musim.
- -Musim pertama antara bulan april dan mei, manakala musim kedua antara bulan oktober dan november.
- -Cara pembiakan ialah "bapak terus" dangan nisbah jantan dan betina adalah 1:20 hingga 1:30
- -Kitaran estrus lembu betina berlaku setiap 18 hingga 24 hari. Estrus ialah tanda bahawa lembu betina itu bersedia untuk dikahwini
- -Tempoh estrus selama 15 hingga 24 jam
3. Penjagaan lembu bunting
- -lembu yang bunting menunjukkan tanda- tandanya iaitu kemaluan membengkak, faraj pucat, bengkat dan lembut serta uterus membesar
- -tempoh lembu bunting bergantung kepada faktor umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung
- -Induk bunting hendaklah diasingkan dengan yang tidak bunting untuk pemberian makanan berprotein dan tenaga yang tinggi
- -Penjagaan yang lebih diperlukan kepada lembu bunting sulung kerana masalah kesusahan beranak dan kematian anak biasa berlaku
- -Lembu menunjukkan tanda hendak beranak 4 hingga 5 hari sebelum melahirkan. Tanda seperti pangkal ekor terangkat, pundi susu bengkak dan menurun serta kelihatan resan dan sering bersendirian.
4. Masalah Sewaktu Kelahiran
- -"Dystocia" - Menghadapi masalah ketika kelahiran, anak lembu susah keluar kebiasaannya anak jantan dan faktor genetik. Ibu lembu juga mempunyai pelvis yang kecil untuk anak lembu keluar, hal ini disebabkan ibu tersebut muda.
- -"Retained placenta" - Plasenta yang masih di dalam perut induk hingga lebih 24 jam, perlu dikeluarkan secara manual
5. Kawalan Penyakit
- -Langkah pencegahan penyakit perlu diambil supaya induk dan pengganti dalam keadaan sihat
- -serangan kutu dan cacing hendaklah dikawal dan dirawat dengan jadual rawatan yang baik
- -rekod hendaklah disimpan supaya langkah pencegahan di masa hadapan boleh diambil
Did you realize there's a 12 word sentence you can say to your partner... that will trigger intense feelings of love and impulsive appeal to you deep within his chest?
ReplyDeleteThat's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, idolize and guard you with his entire heart...
12 Words That Trigger A Man's Desire Response
This impulse is so hardwired into a man's mind that it will drive him to try better than before to make your relationship the best part of both of your lives.
As a matter of fact, fueling this powerful impulse is absolutely essential to achieving the best ever relationship with your man that the instance you send your man one of these "Secret Signals"...
...You will soon find him expose his heart and soul to you in a way he haven't expressed before and he will recognize you as the only woman in the world who has ever truly interested him.