1) Kecacingan
Kecacingan merupakan masalah yang dihadapi oleh penternak yang mengamalkan sistem ternakan ekstensif, semi intensif dan integrasi. kecacingan pada ternakan seperti kambing, lembu dan bebiri di sebabkan oleh serangan cacing dari kumpulan nematode, trematode terutamanya jenis haemonchus contortus, trychostrongylus dan oesophagustostomum..
Terdapat pelbagai jenis cacing yang selalu menyerang ternakan iaitu:
-Nematoda cacing gelang (ascaris )
-Cestoda Cacing pita (monienzia)
-Trematoda Cacing pipih (fasciola)
A) Kecacingan pada Lembu, kambing dan bebiri
Tanda-tanda bebanan cacing seperti
-Kurang selera makan
-Kurus/lemah
-Berak cair/diarea
-Najis berbau
-Bulu tidak kemas dan pudar
-Perut buncit/abdomen besar
-Selaput basah pucat
-Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu
Pengesahan bebanan kecacingan adalah dengan melakukan Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)- bilangan telur cacing dalam tinja. Caranya adalah dengan mengambil sampel tinja dalam gerompok 10% ternakan.. jika keputusan makmal menunjukkan kiraan telur cacing melebihi 500 epg per gram , maka perlulah diberikan ubat cacing pada ternakan tersebut..
Pemberian ubat cacing (deworming)
Contoh rawatan anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral
-Systemic/Synaptic
-Chanaverrn Plus
- Menbandazole, oxybendazole, Albendazole (tablet/ syrap)
sekurang-kurangnya lakukan program pemberian ubat cacing 3 bulan sekali pada semua ternakan..
-Cidectin - cecair sapuan pada kulit ternakan
-Ubat cacing di berikan pada ternakan yang berumur 6-8 minggu keatas, sekiranya ternakan baru pertama kali diberikan ubat nyah cacing ulangi pemberian ubat nyah cacing selepas 3 minggu berikutnya.
-Bagi ternakan yang mengamalkan sistem lepas bebas ( ektensif) pemberian ubat nyah cxacing perlu dilakukan lebih kerap ( setiap 2-3 bulan)
-Bagi ternakan yang mengamalkan sistem intensif , semi intensif program nyah cacing dilakukan setiap 4 bulan..
-Pemberian ubat nyah cacing boleh dilakukan secara suntikan ivermectin atau oral/ minuman Levamisole dan pour-on (cydectine)
-Pemberian secara 'underdose' boleh menyebabkan cacing membina daya ketahanan terhadap ubat yang diberikan.
Rawatan Cara Tradisional merawat masalah kecacingan pada haiwan atau ternakan seperti lembu atau kambing
a. MINYAK MARGOSA. 150 ml (½ botol) diberi kepada anak lembu berumur 6 bulan hingga 1 tahun ATAU
b. KICAP. Sebanyak 350 ml kicap diberi minum kepada lembu/kerbau ATAU
c. BUAH PERIA. 2 biji buah peria diberi makan kepada tiap-tiap seekor lembu yang kurus kerana cacing ATAU
d. PUCUK BETIK. Pucuk betik beberapa kali digunakan bagi mengubati/menghapuskan cacing.
2)Bebanan kutu
Kutu merupakan parasit yang menginap pada kulit ternakan, kutu hidup dengan menghisap darah ternakan tersebut.Kehadiran kutu dapat dilihat dari keadaan luaran ternakan iaitu:1. kulit menggelupas2. ternakan kambing akan tergaru-garu menyebabkan bulu kelihatan tidak kemas, tanggal dan menjadi tipis.
Bebanan kutu boleh menggugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis.
Tick-Boophilusmicroplus- Vector babesiosis
A) Kutu pada Lembu, kambing dan bebiri
-Bagi ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri yang dilepas meragut terdedah kepada parasit seperti cacing dan kutu ...
-Masalah kutu tidak akan selesai bagi ternakan dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya. ternakan diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing atau lembu.
-Semburkan ubat kutu atau Pembasmian kutu (Deticking) tiap-tiap 2 bulan sekali
Pencegahan
Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan -
Asuntol, Malathion, Tactic, Greenade, bovinox, asuntol : secara mandian/spray
Bayticol : secara pour-on
Ivomec atau Doramactin: secara suntikan
Rawatan Cara Tradisional merawat masalah kutu pada haiwan atau ternakan seperti lembu atau kambing
a. GARAM ½ kg & air setengah baldi. Campurkan hingga larut. Campuran ini digunakan sebagai bahan mandi ATAU
b. DAUN BETIK. Beberapa helai daun betik yanh muda diambil dan digunakan untuk menggosok ke bahagian badan ternakan yang dijangki kutu ATAU
c. ABU. Ambil abu kayu api dan gosokkan pada badan ternakan (lembu). Nescaya kutu-kutu yang ada akan mabuk & jatuh ke tanah. Kutu-kutu ini boleh dibakar kemudian atau direndam dalam minyak tanah.
Penyakit Kurap
Kurap boleh terjadi disebabkan oleh kulat atau ektoparasit (mange)
tanda-tanda
Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut
Rawatan Veterinar
Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapukan dengan iodine sementara kurap yang disebabkan oleh mange pula dikehendaki untuk rawatan dengan ubat serangga seperti 1% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa. Rawatan ini hendaklah diulang tiap-tiap 10-14 hari selama 3 kali
Rawatan Cara Tradisional merawat masalah kurap pada haiwan atau ternakan seperti lembu atau kambing
600 gm belerang ditumbuk halus & dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah & ¼ botol minyak masak. Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini