a. Teknik pengamatan
b. Teknik perabaan
c. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah)
Cara Pemilihan Baka dan Keturunan
Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing/bebiri tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya
Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:
1. Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
2. Kenaikan berat badan yang cepat
3. Berat badan semasa 1 tahun
4. Keluaran susu yang banyak
5. Jarak kelahiran yang rapat
Cara Pemilihan Konformasi Badan
Cara-cara Pengamatan
Sifat Jantan Betina
-Warna Warna berbeza mengikut jenis baka. Sama
Kulit dan bulu Lembut,
-Saiz Besar dan berat badan tidak lebih dari 25 kg. (had minimum berbeza mengikut baka) Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minimum berbeza mengikut baka)
-Kepala Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata. Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan.
-Leher dan bahu Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan sempit
-Dada Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan Sederhana
-Rangka Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik. Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan narnpak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada.Badan Gempal, panjang besar Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan Bahagian belakang Lurus, tegap, lebar dan belakang berdaging penuh Lurus, tegap dan lebar di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuram Kaki Hadapan Lurus, tegap, dan teguh; keduanya selari Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari.Kaki belakang Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar. Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuh. Tapak Kaki Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik.Kuku pendek dan menghala ke hadapan Rata di bawah memboleh kaki kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata.
-Buah Zakar dan zakar Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan. tidak terlalu labuh.
Ambing dan puting susu Ambingnya besar dan tergantung dengan baik dan susu tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak berketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik.Tabiat Cergas, garang serta gagah Cergas Kesihatan Sihat
PEMILIHAN PEJANTAN
Umur lapan bulan hingga Setahun Setengah Keatas
Memenuhi Spesifikasi ciri ciri Baka Jantan
Sihat – Bebas daripada Penyakit Berjankit
Amat Galak Agresif apabila berdepan dengan Betina
PEMILIHAN BETINA
Umur lima bulan Keatas
Memenuhi ciri ciri Baka Betina
Sihat – Bebas daripada Penyakit Berjankit
ELAKAN KAMBING/BEBIRI YANG:-
Putingnya cacat dan berlebihan (cluster or fishtail teats)
Ambing yang Lanjut
Ibu yang tidak pernah beranak sejak 24 bulan umur
Buta, tempang,
Ambing yang keras dan berketul
Jonggan atas bawah ( lebih ¼”)
Kaki yang cacat dan Pengkor
Ada tanda tanda bisul dan perut bisul
Tanda tanda batuk dan cirit
Strotum yang tak stabil, besar sebelah dan ada satu saja,
Terbuka.
SUHU , KADAR NADI & KADAR PENAFASAN TERNAKAN KAMBING
SUHU REKTAL
DEWASA(celsius) 38.5 - 40.5
ANAK (celsius) 38.5 - 41.0
KADAR NADI
DEWASA (per min) 70 - 80
ANAK (per min) 80 - 120
KADAR PENAFASAN
DEWASA (per min) 9-15
ANAK (per min) 12 - 20
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini