PENYAKIT YANG SERING DIHIDAPI OLEH TERNAKAN KAMBING/BEBIRI


1. Penyakit Cacing
Penyakit ini sering dihidapi oleh ternakan Kambing/bebiri. Ini berlaku apabila ternakan tersebut memakan rumput-rumput yang telah dicemari oleh najis ternakan yang mempunyai telur cacing tersebut.
  • Badan kurus dan tidak membesar (bantut)
  • Perut buncit
  • Kadang-kadang cirit-birit dan lemah
  • Bengkak di bawah dagu
  • Bulu kasar, tidak berkilat dan mudah gugur
  • Pucat dan badan kekurangan air (dehydrated)
  • Analisis tinja di makmal menunjukkan bilangan telur cacing yang tinggi
  • Pencegahan
  • Kandang hendaklah selalu bersih dan kering
  • Rumput yang diberikan jangan dari kawasan yang berair, atau dari kawasan yang telah dicemari telur cacing
  • Pemberian ubat cacing dengan teratur, contoh 3 minggu atau 2 bulan sekali bergantung pada keadaan
  • Ternakan yang baru hendaklah diberikan ubat cacing sebelum dilepaskan
  • Rawatan
  • Memberi ubat cacing yang berkesan
  • Mempastikan ternakan mendapat minuman yang banyak
  • Memberi makanan tambahan
  • Jenis ubat
  • Systernex, Synantic, Nilzan dan lain-lain
  • 2. Coccidiosis
    Penyakit ini adalah disebabkan oleh protozoa dan selalunya terjadi di kalangan anak bebiri. Ia berlaku apabila ternakan berada dalam kawasan yang sempit, lembab, dan kotor.
    Tanda-tanda Penyakit
  • Cirit-birit
  • Najis berbau busuk dan kadangkala mengandungi darah
  • Kurang selera makan
  • Lemah dan kekurangan air (dehydrated)
  • Kurus
  • Kematian
  • Pengesahan dibuat melalui pemeriksaan tinja di makmal.
    Pencegahan
  • Pastikan kandang sentiasa bersih dan kering
  • Beri keluasan kandang yang cukup untuk ternakan
  • Rawatan:
  • Memberi ubat yang mengandungi bahan belerang (sulphur drugs)
  • Memberi minuman yang lebih
  • Laporkan kepada Pegawai Veterinar yang berdekatan
  • Jenis-jenis ubat
  • Sulphamezathine (33 1/3%) dll
  • 3. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
    Penyakit puru adalah disebabkan oleh sejenis virus. la biasanya menyerang anak Kambing/bebiri yang masih menyusu dan mengakibatkan anak Kambing/bebiri menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan
    Tanda-tanda penyakit
  • Terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut mulut. gusi dan bibir
  • Apabila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah
  • Tanda-tanda juga berlaku di bahagian kaki terutama di celah-celah jari dan juga pada bahagian tetek ibu
  • Suntik semua kamkamb/bebiri yang dibawa masuk ke ladang
  • Suntik semua anak Kambing/bebiri selepas cerai susu
  • Suntik ternakan dewasa setiap tahun
  • Sekiranya ternakan sudah terkena penyakit, rawatan dan pengubatan dilaksanakan bagi mengelakkan jangkitan kuman penyakit lain.
  • Rawatan
  • Membersih dan mengubat luka-luka akibat gelembung yang pecah dengan menggunakan ubat iodine atau ‘gentian violet’ (ubat biru). Ubat antibiotik juga perlu digunakan.
  • Jenis-jenis ubat/veksin:
  • Veksin Contagious ecthyma, iodine, ‘gentian violet’
  • 4. Penyakit Kembung
    Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas di dalam perut. Ini boleh berlaku apabila ternakan memakan terlalu banyak rumput-rumput muda atau tumbuh-tumbuhan yang mengandungi banyak bahan-bahan nitrogen seperti kekacang. la juga boleh terjadi jika berlaku sekatan di bahagian esophagus.
    Tanda-tanda penyakit:
  • Perut buncit terutama di sebelah kiri
  • Bunyi denturnan yang kuat apabila diketuk
  • Sesak pernafasan
  • Mengeluarkan air liur
  • Membuat bising – mengembek
  • Rebah sebelah kanan ‘convulsion’ dan boleh menyebabkan kematian
  • Pencegahan
    Pengurusan pemakanan yang betul, kurangkan pemberian kekacang, rumput muda dan bahan yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi
    Rawatan
  • Memberi makan minyak kacang, sayur atau jagung
  • Berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran untuk rawatan
  • Jenis-lenis ubat
  • ‘Bloat Remedy’, minyak sayur dll.
  • 5. Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk
    Penyakit ini biasanya terjadi apabila bebiri terkena hujan yang agak lama. Tempat yang lembap atau basah serta kawasan yang sempit dan tidak mempunyai pengedaran udara yang baik boleh menimbulkan masalah ini.
    Tanda-tanda penyakit
  • Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  • Lemah dan tidak berdaya
  • Pernafasan cepat
  • Kadangkala batuk dan keluar bendalir dari hidung seperti hingus
  • Suhu naik
  • Pencegahan
  • Asingkan supaya tidak berjangkit
  • Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembap
  • Pastikan luas kawasan yang cukup untuk ternakan
  • Adakan pengedaran udara yang baik untuk kandang
  • Jangan dibiarkan ternakan di tengah hujan
  • Rawatan
  • Tempatkan ternakan di tempat yang kering dan bersih serta mempunyai pengedaran udara yang baik
  • Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan
  • Jenis-jenis ubat>
  • Terramycin L.A. Ampicillin, chloramphenicol dil.
  • 6. Cirit-birit
    Cirit-birit ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
  • Cacing
  • Protozoa (coccidia)
  • Kuman bakteria
  • Salah makan
  • Tanda-tanda penyakit
  • Tahi cair atau tidak berbentuk bulat seperti biasa
  • Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
  • Bebiri akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  • Kadangkala naiis berbau busuk
  • Suhu badan naik
  • Lemah
  • Kekurangan air (dehydration)
  • Berat badan turun
  • Bulu kasar
  • Pencegahan
  • Memberi ubat cacing untuk mengurangkan bebanan cacing
  • Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan jauh dari kuman merbahaya
  • Memberi makanan yang betul. Jika hendak menukar
  • Rawatan
  • Memberi banyak air terutama yang mengandungi glukos
  • Memberi ubat yang boleh mengurangkan cirit seperti ‘koalin’ yang boleh mengalas kulit dalam perut
  • Memberi ubat pembunuh kuman, protozoa ataupun cacing
  • Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan
  • 7. Kurang Darah
    Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa.
    Tanda-tanda
  • Bibir, gusi dan lidah pucat
  • Lapisan dalam kelopak mata dan kernaluan keputihan
  • Lemah
  • Bulu meremang
  • Badan kurus
  • Rawatan dan Pencegahan
  • Memberi makanan yang cukup dan berzat
  • Menambahkan zat besi
  • Memberikan vitamin untuk meningkatkan selera makan
  • Memberikan ubat cacing
  • 8. Kancing Gigi (Tetanus)
    Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun dari sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasanya terjadi apabila terdapatluka-lukakecildi badan/kulit ternakan itu. Kuman ini akan memasuki badan dan membiak dan kemudian akan mengeluarkan racun.
    Tanda-tanda
  • Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras.
  • Geraham dan mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.
  • Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang.
  • Pencegahan dan Rawatan:
  • Suntikan veksin semasa anak berumur 3 bulan
  • Mengubat luka-luka terutarna luka-luka yang disebabkan oleh benda-benda yang tajam
  • Jenis-jenis Ubat:
  • Tetanus antitoxin
  • Suntikan veksin
  • 9. Luka
    Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.
    Apabila berlaku luka rawatan segera hendaklah dibuat
    Pencegahan
  • Jauhkan benda-benda tajam di kawasan kandang
  • Pastikan dahan-dahan pokok yang berduri/tajam dilonggok setempat. Contoh dahan kelapa sawit
  • Elakkan ternakan berlawan
  • Rawatan:
  • Membasuh luka dengan ubat kuning (iodine) supaya terhindar dari kekotoran dan habuk
  • Sapukan ubat ‘lorexane’ pada luka
  • Semburkan ubat penjauh lalat seperti ‘gusanex’ ataupun ‘negusant’
  • Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan
  • 10. Penyakit Kuning (Jaundice) akibat Keracunan
    Penyakit ini adalah disebabkan oleh kerosakan hati. la selalunya berlaku apabila bebiri memakan rumput Brachiaria decumbens dan juga apabila memakan dalam jangkamasa yang panjang isirong kelapa dan isirong kelapa sawit yang mengandungi kandungan Kuprum yang tinggi
    Tanda-tanda penyakit
  • Bahagian-bahagian mata, kemaluan dan bibir berwarna kekuningan
  • Kulit di bahagian mata, muka, bawah bibir, telinga dan kemaluan menjadi bengkak (edema), kemudian merekah dan terkelupik
  • Kencing kadang-kadang berwarna merah
  • Selera makan berkurangan dan berat badan menurun. Sentiasa mencari tempat yang redup/gelap
  • Menunjukkan tanda-tanda kurang darah dan air
  • Bulu kasar
  • Meronta-meronta dan mati
  • Pencegahan
  • Jangan beri makan rumput Brachiaria decumbens
  • Elakkan memberi makanan tambahan yang mempunyai kandungan kuprum yang tinggi
  • Rawatan
  • Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang berclekatan
  • Jenis-jenis ubat
  • Cupramine tablet dan lain-lain
  • 11. Penyakit Kutu/Kurap
    Parasit-parasit kulit seperti sengkenit (tick) kutu (lice) dan tungau (mites) boleh menyebabkan kegatalan dan kehilangan darah pada ternakan dan ini boleh mempengaruhi kesihatan ternakan.
    Tanda-tanda penyakit
  • Bulu bebiri akan gugur
  • Bebiri akan menggesel-geselkan badan ke benda-benda keras
  • Pada ternakan yang teruk, kulit akan keruping dan kadang-kadang bernanah
  • Lemah dan kurus
  • Menunjukkan tanda-tanda kurang darah
  • Sebilangan parasit ini boleh dilihat dengan mata kasar
  • Pencegahan
  • Sembur semua ternakan jika ada menunjukkan tanda-tanda penyakit
  • Asingkan ternakan yang teruk dan buat rawatan
  • Mengatur satu program rawatan kutu untuk ternakan berdasarkan nasihat dari pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan
  • Rawatan
  • Sembur atau mandikan ternakan dengan ubat kutu. Hubungi pejabat haiwan untuk menentukan jenis kutu, ubat kutu dan kadar rawatan. Potongkan bulu terlebih dahulu bagi bebiri yang berbulu tebal atau yang berpenyakit teruk.
  • Jenis-jenis Ubat
  • Asuntol, Taktic dll.
  • 12. Sakit Mata (Conjuctivitis)
    Penyakit ini selalu berlaku pada musim-musim panas dan Keadaan berabuk. la bermula dengan sakit mata dan berair dan lama kelamaan mempunyai nanah dan boleh menjadi buta.
    Tanda-tanda penyakit
  • Mata berair, bengkak dan biji mata ditutupi selaput putih
  • Pencegahan
  • Potong bulu-bulu yang mencucuk mata
  • Kebersihan kandang dan kawasan hendaklah dijaga supaya lalat dapat dihindarkan
  • Jangan memberi makanan yang berabuk
  • Asingkan ternakan yang kena penyakit dan rawat segera
  • Rawatan
  • Bersihkan mata dengan air bersih (air suling atau normal saline)
  • Sapukan mata dengan ubat krim
  • Beri suntikan jika keadaan teruk (hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
  • Jenis-jenis ubat
  • Ubat mata Terramycin, chloramphenicol
  • Terramycin L.A.
  • 13. Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)
    Penyakit ini terjadi apabila bahagian kaki di antara kulit dan kuku menjadi buruk, reput dan berbau busuk. Kejadian ini selalunya berlaku jika ternakan ditempatkan di kawasan yang lembap dan kotor terutarna pada musim tengkujuh
    Tanda-tanda
  • Tanda-tanda awal adalah bengkak dan basah di celah kuku
  • Berjalan dengan keadaan yang tempang
  • Bahagian kaki di antara kulit dan kuku serta bahagian kuku lain akan menjadi busuk dan reput
  • Rawatan
  • Buang/potong semua tisu-tisu kaki yang sudah busuk dan reput sehingga sampai ke tisu yang segar/sihat. Gunakan pisau yang tajam
  • Kemudian rendam kaki yang telah dibersihkan/cucikan itu ke dalam cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat atau zink Sulfat untuk beberapa lama (3 – 5 minit)
  • Sapukan krim antibiotik dan semburkan ubat mencegah lalat jika luka teruk
  • Simpan ternakan tersebut di kawasan yang kering untuk 2-3 jam sebelum dilepaskan
  • Lakukan rawatan-rawatan di atas untuk beberapa hari sehingga sembuh
  • Pencegahan
  • Jaga kebersihan kawasan dan kandang
  • Potong kuku selalu/kerap
  • Elakkan bebiri disimpan/pelihara di kawasan yang lembap dan kotor
  • Beli bebiri dari kawasan yang tidak mempunyai penyakit ini
  • Adakah ‘foot bath’ pada musim hujan
  • Asingkan ternakan yang sakit
  • Jenis ubat
  • Cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat, Zink Sulfat, krim antibiotik, ubat mencegah lalat
  • Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera untuk tindakan
    1. Penyakit Kuku dan Mulut
    Penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis virus. la adalah jenis penyakit yang cepat dan senang merebak. Kepada kumpulan-kumpulan ternakan, ia boleh menyebabkan 100% dari kumpulan tersebut jatuh sakit. Ternakan yang sakit akan menjadi sukar hendak makan dan berdiri dan akan menyebabkan pengeluaran berkurangan.
    Tanda-tanda
  • Demam
  • Muram dan monyok
  • Terdapat gelembung-gelembung kecil yang mengandungi air di bahagian mulut, lidah, tetek, kaki dan di celah kuku
  • Gelembung-gelembung ini akan pecah dan meninggalkan kudis. Mulut akan mengeluarkan banyak air liur. Selera makan menurun
  • Ternakan berjalan dengan keadaan tempang dan jika kudis sakit sangat, ternakan tidak mahu berdiri
  • Kematian pada anak bebiri adalah agak tinggi – 50%
  • Pencegahan
  • Memberi suntikan veksin semasa berumur 2 minggu ke atas dan sekali lagi 2-3 bulan kemudian dan diulang setahun sekali
  • 2. Penyakit Caseous Lymphadenitis
    Penyakit ini disebabkan oleh kuman bakteria Corynebacterium ovis. la sejenis penyakit yang kronik (berlarutan/lama). Bebiri yang menghidapinya akan mempunyai bisul pada noda noda limpa tepian. Punca penyakit ini adalah dari noda-noda limpa yang telah pecah. Kuman-kuman dari noda-noda limpa ini akan masuk ke badan ternakan yang lain melalui luka-luka akibat mencukur bulu bebiri, memotong ekor, tercucuk duri/dawai tajam dan sebagainya.
    Tanda-tanda penyakit
  • Kelihatan bisul/noda limpa tepian membesar
  • Keadaan badan bebiri menurun dan menjadi kurus/cengkung
  • Lemah dan boleh mengakibatkan kematian
  • Pencegahan
  • Asing dan singkirkan ternakan yang mempunyai tanda tanda penyakit
  • Cukur bebiri muda dahulu sebelum mencukur bebiri yang tua
  • Jaga kebersihan kandang dan alat-alat mencukur bulu bebiri
  • Elakkan terjadinya luka-luka pada ternakan
  • Rawatan
  • Jika terjadi luka pada ternakan rawatan segera hendaklah dibuat/jahit dll.
  • Rawatan tidak disyorkan
  • 3. Penyakit Melioidosis
    Penyakit ini disebabkan oleh kuman bakteria Pseudomonas pseudomallei. la adalah sejenis penyakit yang kronik dan merebak dalam badan. Bebiri yang muda adalah lebih kerap dihidapi tanpa terkecuali bagi yang tua. Manusia juga boleh menghidapinya jika termakan kuman ini.
    Tanda-tanda
  • Demam ringan
  • Selera makan berkurangan
  • Nafas menjadi berat dan sukar
  • Kerap batuk
  • Berhingus
  • Sendi noda limpa dan buah zakar membengkak
  • Tempang
  • Kadang-kala menunjukkan tanda-tanda kurang waras
  • Rawatan
  • Rawatan selalunya tidak berkesan
  • Pencegahan
    • Asingkan ternakan yang sakit segera
    • Bersihkan tempat-tempat yang telah dicemar dengan ubat pembasmi kuman
    • 4. Penyakit Brucellosis
      Penyakit ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria. la menyebabkan keguguran pada bebiri. Pada manusia ia menyebabkan selsema yang kerap, lemah dan sakit-sakit badan.
      Tanda-tanda
    • Berlaku keguguran biasanya pada masa 40-50 hari bunting
    Rawatan
    • Rawatan selalunya tidak berkesan
    • Pencegahan
    • Ternakan yang sakit hendaklah diasing singkir
    • Beli ternakan yng tidak mempunyai penyakit
    • 5. Penyakit Clostridlum
      Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman bakteria Clostridia. Tanda-tanda penyakit adalah dari jenis keracunan makanan, keracunan berpunca dari jangkitan hinggalah kepada jangkitan yang boleh melibatkan kerosakan kepada tisu-tisu ternakan tersebut. Satu dari penyakit yang disebabkan oleh kuman jenis ini ialah penyakit kancing gigi seperti yang telah dibincangkan di atas.
      Tanda-tanda
    • Tempang.
    • Otot membengkak, mengandungi air clan gasserta kulit berwarna kehitaman.
    • Lemah dan tidak bermaya.
    • Mati dengan tiba-tiba.
    • Demam dan sakit bahagian pinggang (abdominal).
    • Mulut pucat dan berwarna kekuningan.
    • Tinja dan kencing menunjukkan tanda-tanda darah.
    • Menunjukkan tanda-tanda tidak waras.
    • Lumpuh dan mati.
    • Rawatan
    • Rawatan adalah sukar dan tidak berapa berkesan.
    • Sebarang rawatan hendaklah dibuat di peringkat awal.
    • Gunakan ubat antibiotik yang mempunyai tindakan yang luas bersama antitoxin.
    • Gunakan ubat mengikut tanda-tanda penyakit.
    • Pencegahan
    • Elakkan ternakan dari luka.
    • Gunakan veksin dan antiserurn atas nasilhat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
    • 6. Penyakit Pasteurellosis
      Penyakit ini boleh menyebabkan kerugian yang tinggi sama ada melalui penurunan berat badan atau pun kematian. Dalam satu-satu kumpulan, 40% dari jurnlah boleh dijangkiti dan boleh menyebabkan kematian sehingga 5%.
      Tanda-tanda
    • Kematian yang tiba-tiba tanpa tanda-tanda yang sahih.
    • Suhu badan yang tinggi.
    • Pada yang dewasa ia menunjukkan tanda-tanda pada sistem pernafasan seperti
    • sesak nafas
    • batuk
    • berlendir di hidung (berhingus)
    • mulut berbuih.
    • Rawatan
    • Rawatan hendaklah dibuat segera.
    • Gunakan ubat antibiotik yang sesuai.
    • Pencegahan
    • Kurangkan ketegangan (stress) kepada ternakan terutama yang baru sampai.
    • Gunakan ubat antibiotik yang sesuai dalam air atau makanan.
    • Suntikan veksin boleh mencegah penyakit ini.
    • Ubat-ubatan
    • Penstrep, Oxytetracycline (LM) Sulphar-drug, Amoxycillin dll.
    • 7. Penyakit Lidah Biru
      Penyakit ini disebabkan oleh kuman virus. la selalunya berlaku selepas bermulanya musim hujan apabila agas (culicoides) dan nyamuk pembawa kuman ini mula membiak dengan banyaknya.
      Tanda-tanda penyakit
    • suhu badan meningkat.
    • Tidak mahu makan.
    • Mengulum-ngulumkan lidah.
    • Menjilat-jilat bibir.
    • Mengeluarkan air liur.
    • Berhingus cair dan kemudian menjadi pekat.
    • Hingus kering dan menutupi lubang hidung.
    • Bahagian hidung, muka dan lidah membengkak.
    • Hidung berdarah.
    • Lidah dan bibir yang bengkak senang luka dan berdarah.
    • Permukaan lidah berwarna kebiru-biruan.
    • Kudis-kudis terdapat pada lidah, bawah lelangit, rahang dan bibir.
    • Tempang dan selalunya tidak mahu berdiri.
    • Bahagian di antara kuku dan kulit menjadi lebam dan membengkak.
    • Kematian selalunya akan berlaku selepas 6 hari menunjukkan tanda-tanda penyakit
    • Rawatan
    • Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera.
    • Jika dapat, asingkan dalam kandang/petak yang bebas dari agas/nyamuk dan di tempat teduh.
    • Rawat luka-luka seperti biasa.
    • Pencegahan
    • Jauhkan kandang/ternakan dari nyamuk/agas dengan menyalakan api waktu malam – jaga jangan terbakar.
    • Semburkan kawasan dengan ubat mencegah agas dan nyamuk terutarna pada musim hujan dan di waktu senja.
    • Suntik ternakan dengan veksin yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

    No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan komen anda disini

    IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

    PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...