Penyakit Yang Sering Menyerang Lembu



PENYAKIT BRUSELOSIS
Tahukah anda ternakan yang bunting boleh mengalami keguguran. Salah satu punca 
keguguran adalah disebabkan oleh penyakit Bruselosis. Sekiranya ternakan 
anda mengalami keguguran pada bunting yang lewat iaitu 6 bulan dan ke atas, 
bruselosis hendaklah disyaki.
Penyakit bruselosis boleh menyebabkan
  • Keguguran
  • Kematian Anak Dalam Kandungan
  • Terlekat Uri
  • Penurunan Kadar Kesuburan
  • Pengurangan Pengeluaran Susu
Kuman penyakit ini berada didalam rahim semasa bunting serta boleh keluar melalui 
bandalir rahim, anak yang gugur dan susu. Biasanya jangkitan berlaku melalui makanan serta air yang tercemar dengan kuman tersebut.
Sistem pembiakan lembu jantan juga boleh dijangkiti oleh penyakit ini. Kuman akan 
menyerang buah zakar dan salurannya serta akan berada dalam mani lembu.
Penyakit ini dapat dikesan melalui gejala keguguran dan disahkan melalui ujian darah.
Penyakit bruselosis telah diwartakan sebagai penyakit kawalan. Semua kejadian 
keguguran hendaklah dilaporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah 
yang berhampiran.

PENYAKIT HAWAR BERDARAH
Penyakit Hawar Berdarah atau Haemoraghic Septicaemia dengan nama singkatan 
H.S. sering menyerang ternakan di Negeri Pahang. Kebiasaannya wabak ini akan 
menyerang ternakan kerbau dan lembu disekitar bulan Februari dan Mac 
setiap tahun.
Penyakit Hawar Berdarah disebabkan oleh kuman Pasteurella Multocidamenyerang 
ternakan yang mengalami stress akibat dari perubahan musim dari tengkujuh 
ke cuaca panas.
Ternakan kerbau lebih mudah dijangkiti H.S berbanding dengan lembu manakala 
anak lebih terdedah jika dibandingan dengan ternakan yang dewasa. 
Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi sehingga 80% 
dikawasan wabak.
Setiap tahun ramai penternak mengalami kerugian akibat kematian ternakan 
kerbau dan lembu mereka disebabkan oleh wabak ini. Kerugian ini tidak sepatutnya 
berlaku kerana penyakit ini amat mudah dicegah. Penternak hanya perlu meminta 
perkhidmatan suntikan vaksin dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Pemvaksinan hendaklah dijalankan sebelum atau sekitar bulan September 
setiap tahun untuk memberi masa meningkatkan tahap imuniti ternakan untuk 
menghadapi musim tengkujuh.

PENYAKIT KUKU DAN MULUT/FOOD MOUNT DIESES(FMD)
Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus dan 
telah ditemui di Malaysia pada tahun 1973. Negeri Pahang telah pernah dijangkit 
penyakit ini pada tahun 1978. Penyakit ini hanya berlaku kepada semua ternakan yang 
mempunyai kuku kaki yang terbelah dua (cloven footed) seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, babi dan rusa.
Walaupun penyakit ini tidak mengakibatkan kadar kematian yang tinggi 
(kurang dari 5%),
tetapi ternakan yang dijangkiti akan kehilangan berat badan dan tempang seterusnya 
menjurus kepada penurunan hasil susu dan daging, serta keguguran.
Penyakit Kuku dan Mulut boleh mengakibatkan kerugian ekonomi. Ketika wabak berlaku
semua pergerakan dan penyembelihan ternakan akan ditegah sepenuhnya. Ini akan 
mengakibatkan kerugian perdagangan ternakan yang besar.
Penyakit Kuku dan Mulut perlu dicegah melalui pemvaksinan dan kawalan pergerakan 
ternakan dari kawasan yang berpenyakit. Di Malaysia, pemvaksinan dijalankan 
dinegeri-negeri yang belum bebas dari wabak penyakit ini dan juga di negeri yang 
berhampiran dengan sempadan Thailand. Bagaimana pun Negeri Pahang telah 
diistiharkan bebas dari penyakit ini sejak tahun 1985
.
TANDA-TANDA PENYAKIT
1. Demam /anoreksia
2. Bengkak gusi/ mulut lidah/ gusi merah kering panas melepuh
3. susah sakit untuk menguyah
4. air liur meleleh
5. versikal (melecur) pada kawasan gusi, lidah, celah kuku dan ambing susu
6. Pincang & rebah
7. Penghasilan susu dan daging menurun

PENYAKIT BABESIOSIS

Babesiosis adalah sejenis penyakit ternakan yang disebabkan oleh protozoa. 
Penyakit ini sering berlaku kepada ternakan seperti lembu, bebiri, kuda dan babi. 
Pada ternakan lembu penyakit ini sering menyerang baka tulin yang diimport atau 
baka kacukan. Baka tempatan seperti Kedah-Kelantan didapati jarang terkena 
jangkitannya kerana telah imiun (tahan) kepada penyakit ini.
Sengkenit/ kutu boophilus microplus adalah pembawa kepada penyakit ini. 
Penyakit ini dipindahkan oleh sengkenit dari satu ternakan kepada ternakan yang lain 
melalui gigitan.

Pada peringkat yang lebih serius, ia akan menunjukkan tanda-tanda 
kekuningan (jaundice), kencing berdarah dan akhirnya membawa maut.
Dari segi kepentingan ekonomi, penternak akan mengalami kerugian secara langsung 
kerana penyakit ini boleh menyebabkan kematian yang tinggi iaitu melebihi 10 %. 
Selain dari itu, ianya boleh menyebabkan pengurangan hasilan ternakan 
seperti susu dan daging serta boleh menyebabkan keguguran.
Rawatan yang sesuai untuk penyakit ini ialah dengan menggunakan suntikan imizol. 
Walau bagaimanapuan, rawatan harus didahului dengan pemeriksaan darah di makmal 
atau jika ternyata ada gejala yang ditunjukkan dan terdapat banyak sengkenit pada 
ternakan tersebut. Oleh kerana penyakit ini berkaitan dengan sengkenit maka kawalan 
sengkenit adalah cara terbaik untuk pencegahannya

TANDA-TANDA PENYAKIT
1. Demam mengejut 41
2. Kadar pernafasan dan denyutan nadi bertambah
3. pergerakkan rumen terhenti
4. Selaput basah pucat, jaundies dan anemia
5. Keguguran
6. Hemoglobinemia dan hemoglobin uria
7. Menjadi agresif (bila protozoa menyerang otak)

HELMINTIASIS
Helmintiasis ataupun kecacingan adalah satu penyakit yang disebabkan oleh 
endoparasit seperti cacing bulat, pita, kerawit dan sebagainya. Biasanya 
cacing terdapat didalam sistem penghadaman haiwan ternakan. 
Penyakit ini berlaku kepada semua haiwan ternakan seperti lembu, bebiri, 
kambing, ayam dan sebagainya, terutaman dikalangan ternakan muda.
Diantara tanda-tanda penyakit ini ialah pucat (anemia), kurus, 
adema di bawah dagu, diarea serta keguguran rambut badan dan mati  mengejut. 
Dari segi kepentingan ekonomi, penternak akan mengalami kerugian secara 
langsung disebabkan oleh kematian dan pengurangan hasilan seperti susu, 
daging dan pertambahan berat badan yang terbantut.
Faktor iklim negara ini yang sesuai bagi pembiakan cacing menjadikan ia satu penyakit 
yang biasa berlaku di kalangan ternakan terutama di musim hujan.Walau bagaimanapun
ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat cacing. Penggunaan sesuatu ubat yang 
kerap dan berulang boleh menyebabkan cacing rintang (imun) terhadap ubat tersebut 
dan menjadikan rawatan tidak berkesan.
Oleh yang demikian, adalah disyorkan rawatan dan kawalan kecacingan dilakukan 
sebanyak 3 kali sahaja setahun. Ini bukan sahaja dapat  mengelakkan daripada 
berlakunya rintang tetapi juga dapat menjimatkan kos rawatan. Rawatan pertama 
dilakukan 3 atau 4 minggu sebelum bermula musim hujan (September) kemudian 
diulangi pada 21 hari ( 3 minggu ) berikutnya. Rawatan ketiga pula dilakukan 
pada 21 hari ( 3 minggu ) selepas rawatan kedua.

FASCIOLIASIS/ JANGKITAN CACING FLUK HATI

Fascioliasis atau jangkitan cacing fluk hati biasa berlaku di kalangan ternakan 
lembu, kerbau, kambing dan bebiri. Cacing dewasa bentuknya seperti daun, mudah 
dilihat dan dikenalpasti dengan mata kasar. Ia betelur di duktus hempedu hati dan keluar bersama-sama najis melalui pundi hempedu dan usus. Cacing ini memerlukan siput iaitu Lymnaea sebagai perumah perantara.
Di negara temperat, penyakit ini mempunyai kesan yang lebih ketara kepada ternakan 
bebiri di mana ia boleh menyebabkan kematian mengejut.Manakala bagi jangkitan yang kronik ia akan menunjukkan tanda anemia (pucat), edema (bengkak) di bawah dagu dan kemungkinan membawa maut. Fasioliasis di dalam ternakan lembu pula tidak 
menunjukkan apa-apa tanda yang khusus tetapi ia boleh menyebabkan kekurangan 
atau kerugian dari segi hasilan ternakan seperti daging dan susu.
Walau bagaimanapun, penternak boleh mengetahui status jangkitan Fascioliasis di dalam lembu mereka dengan membuat pemeriksaan najis ternakan secara rawak di Makmal yang berdekatan. Rawatan yang sesuai adalah dengan memberi ubat cacing yang mempunyai kesan terhadap kedua-dua cacing fluk dewasa dan fluk tak matang. 
Pengawalan biologi bagi siput Lymnaea yang sesuai dan murah disyorkan dengan 
memelihara itik di dalam kawasan sawah atau paya.

FOOTROT(PENYAKIT BURUK KUKU)

Penyakit Buruk Kuku atau Footrot merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan 
kuman dikenali sebagai Fusobacterium necophorum. Ia menjangkiti ternakan lembu 
melalui kerosakan kulit dan tisu lembut pada kuku kaki serta luka disebabkan benda tajam.
Penternak boleh mengenalpasti penyakit ini melalui tanda klinikal seperti tempang, 
tiada selera makan, demam, kuku menjadi bengkak, merah, berair dan akhirnya kulit 
menjadi mati (nekrotik). Ia juga boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat 
dengan segera.
Penyakit ini boleh menyebabkan pengurangan berat badan lembu yang dijangkiti 
dengan cepat sekali. Oleh yang demikian penternak perlu memberi perhatian yang
lebih terhadap tanda penyakit ini. Perebakan penyakit ini adalah melalui cecair 
yang dikeluarkan dari kuku ternakan yang dijangkiti.
Biasanya rawatan dilakukan dengan membersihkan kawasan yang terlibat dengan 
menggunakan pencelup kaki yang mengandungi kuprum sulfat 5% satu atau dua 
kali sehari. Hindarkan juga benda tajam yang boleh mencederakan kaki ternakan di 
dalam kandang atau kawasan ragutan.

CIRIT-BIRIT (DIARRHEA)

Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem 
penghadaman ternakan. Najis yang dikeluarkan kelihatan lembik dan cair, berubah 
warna serta mempunyai bau yang berlainan. Sekiranya cirit-birit ini berlarutan, 
ternakan akan kekurangan air dan tenaga dalam badan, lemah dan akhirnya boleh 
membawa kepada kematian.
Biasanya cirit-birit ini disebabkan oleh jangkitan kuman, virus ataupun parasit, keracunan, pengurusan peralatan atau makanan yang kurang bersih, kekurangan zat serta memakan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan.
Prinsip rawatan adalah dengan memberi rawatan awal cirit-birit, pengesanan agen 
penyebab melalui pemeriksaan najis, darah, makanan dan lain-lain sampel yang 
berkaitan serta memusnahkan agen penyebab dengan secepat mungkin. 
Pengasingan ternakan yang terlibat juga perlu dilakukan untuk mengelakkan 
penyakit dari merebak.
Penternak boleh mengawal gejala ini dengan mengutamakan kebersihan di dalam 
pengurusan ternakan. Di samping itu pemberian ubat cacing yang sistematik perlu 
dilakukan untuk pengawalan jangkitan cacing serta memberi suntikan pelalian yang 
sesuai untuk pencegahan penyakit-penyakit tertentu yang boleh menyebabkan 
kejadian cirit-birit.

Pneumonia (Radang paru-paru)
Etiologi (Agen penyebab) Virus, bakteria, parasit, bahan kimia
Tanda klinikal
·         Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)
·         Demam (pyrexia)
·         Batuk, bersin, terdapat cecair daripada hidung (nasal discharge) - 
Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)

Diagnosis
·         Bunyi paru-paru
·         Pemeriksaan klinikal
Rawatan
·         Jangkitan bakteria:
·  Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas 
(broad sectrum) seperti oxytetracycline 20%
Kawalan
·         Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded) 
- Asingkan ternakan sakit
·         Pengudaraan kandang (ventilasi) baik
·         Rawat tanda-tanda awal penyakit

Luka berulat (maggot wound/myiasis)
Etiologi (Agen penyebab)
Kesan luka yang tidak di rawat.
Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan 
ban busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana untuk bertelur. 
Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu. 
Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.

Tanda klinikal
·         Terdapat luka yang berulat.
·         Ternakan gelisah, gatal
·         Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun
Diagnosis
·         Pemeriksaan/ tanda klinikal 
Rawatan
·         Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen peroksida 3%)
·         Keluarkan ulat (dengan forsep)
·         Bunuh ulat menggunakan serbuk Negasunt.
·         Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil Cegah lalat 
dengan Semburan Gusanex
·         Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkitan 
kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A.
Kawalan
·         Elakkan ternakan daripada luka
·         Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat 
pada kawasan luka

Kembung (bloat)
Etiologi (Agen penyebab)
Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan retikulum melebihi kadar 
pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation). Gas yang terkumpul 
menyebabkan rumen/ retikulum membesar. Kadar gas yang dikeluarkan 
secara berlebihan ini mungkin di sebabkan:
·         Gangguan fizikal: sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums 
displacement) atau radang perut (gastritis).
·         Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC), sensitiviti pada ubat, 
kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu beracun. - Gangguan 
enterotoxamia/ keracunan nitrat 
Tanda klinikal
·         Pembesaran bahagian kiri abdomen
·         Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk - Kurang selera, 
sakit bahagian abdomen - Kadar pernafasan meningkat,
·         Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan 
- Dyspnea (kesukaran bernafas) 
Diagnosis
·         Pemeriksaan/tanda klinikal 
Rawatan
·         Pemberian ubat penahan kembung:
-Beri  bloat remedy terus ke dalam rumen atau secara oral.
-Minyak masak (100 - 500 ml) boleh diguna untuk memendak buih 
lantas menggalakkan pengeluran gas.
-Halia dan Turpetine juga boleh di gunakan 
·         Pengeluaran gas daripada rumen:
-Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terns ke dalam rumen.
-Bagi keadaan serius, gun a tochar dan canula untuk menebuk lubang 
di bahagian paralumbar fossa dibahagian    kiri abdomen 
Kawalan
·         Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus.
·    Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan 
dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC

Tambahan

Penyakit Johnes

Lembu umur lebih 2 tahun

Tanda-tanda

-Cirit –berit- berhenti
-Ulang cirit-birit berhenti
Hingga mati
Kurus cengkung

Cara merebak
Najis bercampur dengan makanan dan dimakan lembu

Kawalan
Padang ragut yang disyaki mengandungi kuman ini ditinggalkan beberapa bulan, jangan dibenarkan binatang lain meragut
Tempat makanan/ minuman/ kandang dicuci dan disinfetan kerap kali
Rawatan
Tiada

Diagnosa
Serum untuk Complement Fixation Test
Kikisan dinding rectum
Calitan najis
Post mortum

FMD Food Mount Dieses

Agent
Virus-Serotype O , A, C
SAT 1, 2, 3
Asia 1
Lembu /kerbau/ kambing/ Babi

Cara penyebaran
1. Susu najis air kencing darah air liur cairan versikel
2. Udara, sentuhan
3. Makanan tercemar
4. Pergerakan ternakan/ manusia/ kenderaan
5. Virus dalam daging yang belum dimasak
Tanda-tanda
1. Demam /anoreksia
2. Bengkak gusi/ mulut lidah/ gusi merah kering panas melepuh
3. susah sakit untuk menguyah
4. air liur meleleh
5. versikal pada gusi lidah kawasan / celah kuku dan ambing susu
6. Pincang & rebah
7. Pengeluaran susu turun

Diagnosa
Tanda-tanda klinikal kes
Menghantar contoh darah
Organ susu kemakmal
Rawatan
Tiada
Kawalan
1. Pengharaman sembelih dikawasan terlibat
2. Sekatan pergerakan ternakan
3. kuarantin
4. Vaksinasi
5. Program tahunan
6. Buffer zone / immune belt
7. Disinfek kandang/ kenderaan
8. Lapor pada JPH

Brucellosis – keguguran + Mati


Agent 
Pada lembu Brucella aburtus
Pada bebiri Brucella ovis
Pada Kambing Brucella melitensis
Pada babi-Brucella Suis]

Jangkitan
1. Kandungan uterus, fetus plasenta, membran fetus cairan uterus
2. Lembu-lembu dijangkiti dengan lembu-lembu berpenyakit keguguran
3. Jangkitan betina kepada jantan yang berpenyakit

Keguguran
Tiada pengeluaran susu
Gangguan dalam program pembiakan
Kadar ketidak suburan tinggi
Lekat uri/ mati akibat metritis
Jarak kelahiran panjang
Tanda –tanda
Keguguran pada bunting sarat 6 bulan
Lekat uri, metritis, tidak subur
Penjantan- Orchitis, epidymitis

Rawatan
Tiada

Vaksin
Suntikan Vaksin S19 pada lembu berumur 3-6 bulan

Diagnosa
1. Hantar sample abortus fetus, abomasums, paru-paru, atau rectum
2. Contoh darah untuk Serum agglutination test (SAT)
3. Contoh susu untuk Milk Ring Test (MRT)
4. Swab Vargina

Kawalan
1. Darah lembu di[periksa 3bulan atau 6 bulan
2. Pengurusan lembu bunting yang baik
3. Kebersihan kandang
4. Pengasingan lembu positif/ dihapuskan
5. Ujian contoh serum tahunan bagi mengenal pasti status (saringan penyakit)
6. Ujian CFT/ RBPT

Bebesiosis- Keguguran


Agent
Bebesia bovia
Bebesia bigimina
Bebesia argentina
anak lembu pada 6-12 bulan

Jangkitan 
Kutu Boophilus microplus
Tanda-tanda
1. Demam mengejut 41
2. Kadar pernafasan dan denyutan nadi bertambah
3. pergerakkan rumen terhenti
4. Selaput basah pucat, jaundies dan anemia
5. Keguguran
6. Hemoglobinemia dan hemoglobin uria
7. Menjadi agresif (bila protozoa menyerang otak)

Rawatan
1. Diminazene Aceture ( berenil) i.m/ sc
2. Amicabalide isethianate (Diampron) i,m
3. Acriflavin ( Gonacrine) i,v
4. Imimidocart (Imizol) sc
Kawalan
Semburan kutu
Dipping/ Spraying 3 minggu
Suntikan imizol
Ragutan pusingan

Dianosa
Post mortem
Calitan darah untuk melihat protozua dalam sel darah merah


Anaplasmosis- Keguguran
Lembu ,kambing, bebiri

Agent 
Anaplasma marginale
Anaplasma centrale
Jangkitan 
Kutu Boophilus microplus
Ixodes
Rhipicephalus
dermacetor

Tanda-tanda
1. Masa incubation 3-4 minggu
2. Keguguran
3. Anorexia
4. Lemah, kurus dan enggan bergerak
5. Jaundise , anemia

Kawalan
1. Kuarantine
2. Program kawalan kutu
Dipping/ spraying 3
minggu sekali dengan
bovinox, asuntol
v Suntikan imizol
v Buat blood tranfusion
v Suntikan vaksin tick fever
v Memberi antiserum bagi ternakan yang pernah menghidap penyakit
Diagnosa
Post mortem
Calitan darah
Complement fixation test

Tubercolosis- Keguguran

Agent
Mycobacteria Bovis
Mycobacteria Avian
Mycobacteria turbecolosis
(pd maanusia)

Jangkitan
1. Menghidu renjisan berpenyakit
2. najis, air kencing, susu

Tanda-tanda
1. Kesusahan bernafas
2. Cecair keluar dari hidung
3. keguguran
4. nodus limfa bengkak
5. batuk perlahan dan basah

Rawatan
Isoniazid

Vaksin
Vaksin BCG
(Bacillus of calmette and guerin)
Diagnosa
1. Laporan kes dan tanda klinikal pada ternakan
2. Nasal Swab- untuk sample bacteriologi
3. membuat tuberculin test
v dilakukan di ekor bahagian atas disuntikan selepas 72 jam dan 96jam kawasan disuntikan diperiksa jika berlaku pembekakkan (positif)
v Ujian Comparative tempat suntikan di kawasan leher dan dibaca 72jam kemudian

Kawalan
Membuat ujian turbecolin test setiap 6 bulan
Hapuskan ternakan tersebut
Kawal pergerakan
Jaga kebersihan persekitaran

Salmonellosis- Keguguran + Zonotik + Mati

Agent
Salmonella Dublin
Salmonella typerhimurium

Jangkitan
Makanan yang dicemari oleh tahi

Tanda-tanda
Tanda-tanda klinikal tersebut dalam 2 bentuk
1. Anak baru lahir- Demam, monyok, gangguan saraf, 100% kematian
2. Lembu dewasa-Demam, diarhoea dan keguguran

Rawatan
1. Broad spectrum antibiotik- tetracycline atau nitrofrazon
2. Kawal diarhoea- Kaolin

Vaksin
Suntikan vaksin salmonella
Memberi furella melalui makanan & minuman

Diagnosa
Tanda-tanda klinikal yang diambil
Contoh najis
Hantar sample aborted fetus kemakmal
Contoh serum untuk SAT

Haemorhagic septicaemia (sampar)- kematian

Agent 
Pasteurella multocida carter’s type B

Jangkitan
1. Ternakan berpenyakit (carrier)
2. Melalui sentuhan atau menghidu renjisan hidung atau mulut
3. Wabak ketika stress/ factor persekitaran / musim hujan
4. makanan yang dijangkiti
Tanda-tanda
1. dew lap
2. vulva, vargina, anus merah menyala
3. Lidah terkeluar dan berwarna merah
4. Mati 24 jam
5. Air liur keluar banyak
6. hingus- cair/ pekat bernanah
edema dibahagian leher Diagnosa
1. Tanda-tanda klinikal
2. Lesi bedah siasat
3. Kongensi dan pendarahan petekia secara menyeluruh
4. Peparu dan nodus limfa edema
5. Rongga toraks, rongga abdomen pericardium mengandungi cecair warna darah yang banyak
6. Membuat calitan dari limpa dan heart blood
Rawatan
Antibiotik jenis broad spectrum
Oxytetracycline
Sulphamezathine

Pengawalan
Mengasingkan ternakan
kawal pergerakkan
buat suntikan vaksin oil adjuvant untuk program tahunan
pembuangan bagkai yang betul

Mastitis Lembu tenusu

Agent
E coli
Streptococus

Tanda-tanda
1. Suhu badan tinggi
2. Nanah berbau
3. Susu bili diperah berwarna kuning
Jangkitan 
1. Alat pemerahan susu kotor
2. teknik pemerahan salah (tangan/ mesin)
3. kekasaran semasa memerah

Rawatan
Hari pertama- general antibiotik- suntikan penstrip di intra maskular
hari kedua- local antibiotik sperti orbain LA, Mastiden forter di intra mammary
Perah susu hingga habis
masukkan ubat orbenin (LA) Diprocagallimcycin pada tetek bengkak 3 hari berturut-turutPencegahan
1. Kebersihan alat/ kandang
2. kecekapan teknik memerah
3. pemeriksaan susu pertama ( Strip cup)
4. Asing ternakan bermasalah
5. celup puting dalam bekas ubat ( Redene teat dip) selepas memerah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hik...