1. Penyakit Cacing
Penyakit ini sering dihidapi oleh ternakan bebiri. Ini berlaku apabila ternakan tersebut memakan rumput-rumput yang telah dicemari oleh najis ternakan yang mempunyai telur cacing tersebut.
Badan kurus dan tidak membesar (bantut)
Perut buncit
Kadang-kadang cirit-birit dan lemah
Bengkak di bawah dagu
Bulu kasar, tidak berkilat dan mudah gugur
Pucat dan badan kekurangan air (dehydrated)
Analisis tinja di makmal menunjukkan bilangan telur cacing yang tinggi
Pencegahan
Kandang hendaklah selalu bersih dan kering
Rumput yang diberikan jangan dari kawasan yang berair, atau dari kawasan yang telah dicemari telur cacing
Pemberian ubat cacing dengan teratur, contoh 3 minggu atau 2 bulan sekali bergantung pada keadaan
Ternakan yang baru hendaklah diberikan ubat cacing sebelum dilepaskan
Rawatan
Memberi ubat cacing yang berkesan
Mempastikan ternakan mendapat minuman yang banyak
Memberi makanan tambahan
Jenis ubat
Systernex, Synantic, Nilzan dan lain-lain
2. Coccidiosis
Penyakit ini adalah disebabkan oleh protozoa dan selalunya terjadi di kalangan anak bebiri. Ia berlaku apabila ternakan berada dalam kawasan yang sempit, lembab, dan kotor.
Tanda-tanda Penyakit
Cirit-birit
Najis berbau busuk dan kadangkala mengandungi darah
Kurang selera makan
Lemah dan kekurangan air (dehydrated)
Kurus
Kematian
Pengesahan dibuat melalui pemeriksaan tinja di makmal.
Pencegahan
Pastikan kandang sentiasa bersih dan kering
Beri keluasan kandang yang cukup untuk ternakan
Rawatan:
Memberi ubat yang mengandungi bahan belerang (sulphur drugs)
Memberi minuman yang lebih
Laporkan kepada Pegawai Veterinar yang berdekatan
Jenis-jenis ubat
Sulphamezathine (33 1/3%) dll
3. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
Penyakit puru adalah disebabkan oleh sejenis virus. la biasanya menyerang anak bebiri yang masih menyusu dan mengakibatkan anak bebiri menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan
Tanda-tanda penyakit
Terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut mulut. gusi dan bibir
Apabila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah
Tanda-tanda juga berlaku di bahagian kaki terutama di celah-celah jari dan juga pada bahagian tetek ibu
Suntik semua bebiri yang dibawa masuk ke ladang
Suntik semua anak bebiri selepas cerai susu
Suntik ternakan dewasa setiap tahun
Sekiranya ternakan sudah terkena penyakit, rawatan dan pengubatan dilaksanakan bagi mengelakkan jangkitan kuman penyakit lain.
Rawatan
Membersih dan mengubat luka-luka akibat gelembung yang pecah dengan menggunakan ubat iodine atau ‘gentian violet’ (ubat biru). Ubat antibiotik juga perlu digunakan.
Jenis-jenis ubat/veksin:
Veksin Contagious ecthyma, iodine, ‘gentian violet’
4. Penyakit Kembung
Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas di dalam perut. Ini boleh berlaku apabila ternakan memakan terlalu banyak rumput-rumput muda atau tumbuh-tumbuhan yang mengandungi banyak bahan-bahan nitrogen seperti kekacang. la juga boleh terjadi jika berlaku sekatan di bahagian esophagus.
Tanda-tanda penyakit:
Perut buncit terutama di sebelah kiri
Bunyi denturnan yang kuat apabila diketuk
Sesak pernafasan
Mengeluarkan air liur
Membuat bising – mengembek
Rebah sebelah kanan ‘convulsion’ dan boleh menyebabkan kematian
Pencegahan
Pengurusan pemakanan yang betul, kurangkan pemberian kekacang, rumput muda dan bahan yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi
Rawatan
Memberi makan minyak kacang, sayur atau jagung
Berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran untuk rawatan
Jenis-lenis ubat
‘Bloat Remedy’, minyak sayur dll.
5. Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk
Penyakit ini biasanya terjadi apabila bebiri terkena hujan yang agak lama. Tempat yang lembap atau basah serta kawasan yang sempit dan tidak mempunyai pengedaran udara yang baik boleh menimbulkan masalah ini.
Tanda-tanda penyakit
Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
Lemah dan tidak berdaya
Pernafasan cepat
Kadangkala batuk dan keluar bendalir dari hidung seperti hingus
Suhu naik
Pencegahan
Asingkan supaya tidak berjangkit
Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembap
Pastikan luas kawasan yang cukup untuk ternakan
Adakan pengedaran udara yang baik untuk kandang
Jangan dibiarkan ternakan di tengah hujan
Rawatan
Tempatkan ternakan di tempat yang kering dan bersih serta mempunyai pengedaran udara yang baik
Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan
Jenis-jenis ubat>
Terramycin L.A. Ampicillin, chloramphenicol dil.
6. Cirit-birit
Cirit-birit ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
Cacing
Protozoa (coccidia)
Kuman bakteria
Salah makan
Tanda-tanda penyakit
Tahi cair atau tidak berbentuk bulat seperti biasa
Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
Bebiri akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri
Kadangkala naiis berbau busuk
Suhu badan naik
Lemah
Kekurangan air (dehydration)
Berat badan turun
Bulu kasar
Pencegahan
Memberi ubat cacing untuk mengurangkan bebanan cacing
Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan jauh dari kuman merbahaya
Memberi makanan yang betul. Jika hendak menukar
Rawatan
Memberi banyak air terutama yang mengandungi glukos
Memberi ubat yang boleh mengurangkan cirit seperti ‘koalin’ yang boleh mengalas kulit dalam perut
Memberi ubat pembunuh kuman, protozoa ataupun cacing
Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan
7. Kurang Darah
Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa.
Tanda-tanda
Bibir, gusi dan lidah pucat
Lapisan dalam kelopak mata dan kernaluan keputihan
Lemah
Bulu meremang
Badan kurus
Rawatan dan Pencegahan
Memberi makanan yang cukup dan berzat
Menambahkan zat besi
Memberikan vitamin untuk meningkatkan selera makan
Memberikan ubat cacing
8. Kancing Gigi (Tetanus)
Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun dari sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasanya terjadi apabila terdapatluka-lukakecildi badan/kulit ternakan itu. Kuman ini akan memasuki badan dan membiak dan kemudian akan mengeluarkan racun.
Tanda-tanda
Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras.
Geraham dan mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.
Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang.
Pencegahan dan Rawatan:
Suntikan veksin semasa anak berumur 3 bulan
Mengubat luka-luka terutarna luka-luka yang disebabkan oleh benda-benda yang tajam
Jenis-jenis Ubat:
Tetanus antitoxin
Suntikan veksin
9. Luka
Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.
Apabila berlaku luka rawatan segera hendaklah dibuat
Pencegahan
Jauhkan benda-benda tajam di kawasan kandang
Pastikan dahan-dahan pokok yang berduri/tajam dilonggok setempat. Contoh dahan kelapa sawit
Elakkan ternakan berlawan
Rawatan:
Membasuh luka dengan ubat kuning (iodine) supaya terhindar dari kekotoran dan habuk
Sapukan ubat ‘lorexane’ pada luka
Semburkan ubat penjauh lalat seperti ‘gusanex’ ataupun ‘negusant’
Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan
10. Penyakit Kuning (Jaundice) akibat Keracunan
Penyakit ini adalah disebabkan oleh kerosakan hati. la selalunya berlaku apabila bebiri memakan rumput Brachiaria decumbens dan juga apabila memakan dalam jangkamasa yang panjang isirong kelapa dan isirong kelapa sawit yang mengandungi kandungan Kuprum yang tinggi
Tanda-tanda penyakit
Bahagian-bahagian mata, kemaluan dan bibir berwarna kekuningan
Kulit di bahagian mata, muka, bawah bibir, telinga dan kemaluan menjadi bengkak (edema), kemudian merekah dan terkelupik
Kencing kadang-kadang berwarna merah
Selera makan berkurangan dan berat badan menurun. Sentiasa mencari tempat yang redup/gelap
Menunjukkan tanda-tanda kurang darah dan air
Bulu kasar
Meronta-meronta dan mati
Pencegahan
Jangan beri makan rumput Brachiaria decumbens
Elakkan memberi makanan tambahan yang mempunyai kandungan kuprum yang tinggi
Rawatan
Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang berclekatan
Jenis-jenis ubat
Cupramine tablet dan lain-lain
11. Penyakit Kutu/Kurap
Parasit-parasit kulit seperti sengkenit (tick) kutu (lice) dan tungau (mites) boleh menyebabkan kegatalan dan kehilangan darah pada ternakan dan ini boleh mempengaruhi kesihatan ternakan.
Tanda-tanda penyakit
Bulu bebiri akan gugur
Bebiri akan menggesel-geselkan badan ke benda-benda keras
Pada ternakan yang teruk, kulit akan keruping dan kadang-kadang bernanah
Lemah dan kurus
Menunjukkan tanda-tanda kurang darah
Sebilangan parasit ini boleh dilihat dengan mata kasar
Pencegahan
Sembur semua ternakan jika ada menunjukkan tanda-tanda penyakit
Asingkan ternakan yang teruk dan buat rawatan
Mengatur satu program rawatan kutu untuk ternakan berdasarkan nasihat dari pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Rawatan
Sembur atau mandikan ternakan dengan ubat kutu. Hubungi pejabat haiwan untuk menentukan jenis kutu, ubat kutu dan kadar rawatan. Potongkan bulu terlebih dahulu bagi bebiri yang berbulu tebal atau yang berpenyakit teruk.
Jenis-jenis Ubat
Asuntol, Taktic dll.
12. Sakit Mata (Conjuctivitis)
Penyakit ini selalu berlaku pada musim-musim panas dan Keadaan berabuk. la bermula dengan sakit mata dan berair dan lama kelamaan mempunyai nanah dan boleh menjadi buta.
Tanda-tanda penyakit
Mata berair, bengkak dan biji mata ditutupi selaput putih
Pencegahan
Potong bulu-bulu yang mencucuk mata
Kebersihan kandang dan kawasan hendaklah dijaga supaya lalat dapat dihindarkan
Jangan memberi makanan yang berabuk
Asingkan ternakan yang kena penyakit dan rawat segera
Rawatan
Bersihkan mata dengan air bersih (air suling atau normal saline)
Sapukan mata dengan ubat krim
Beri suntikan jika keadaan teruk (hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Jenis-jenis ubat
Ubat mata Terramycin, chloramphenicol
Terramycin L.A.
13. Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)
Penyakit ini terjadi apabila bahagian kaki di antara kulit dan kuku menjadi buruk, reput dan berbau busuk. Kejadian ini selalunya berlaku jika ternakan ditempatkan di kawasan yang lembap dan kotor terutarna pada musim tengkujuh
Tanda-tanda
Tanda-tanda awal adalah bengkak dan basah di celah kuku
Berjalan dengan keadaan yang tempang
Bahagian kaki di antara kulit dan kuku serta bahagian kuku lain akan menjadi busuk dan reput
Rawatan
Buang/potong semua tisu-tisu kaki yang sudah busuk dan reput sehingga sampai ke tisu yang segar/sihat. Gunakan pisau yang tajam
Kemudian rendam kaki yang telah dibersihkan/cucikan itu ke dalam cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat atau zink Sulfat untuk beberapa lama (3 – 5 minit)
Sapukan krim antibiotik dan semburkan ubat mencegah lalat jika luka teruk
Simpan ternakan tersebut di kawasan yang kering untuk 2-3 jam sebelum dilepaskan
Lakukan rawatan-rawatan di atas untuk beberapa hari sehingga sembuh
Pencegahan
Jaga kebersihan kawasan dan kandang
Potong kuku selalu/kerap
Elakkan bebiri disimpan/pelihara di kawasan yang lembap dan kotor
Beli bebiri dari kawasan yang tidak mempunyai penyakit ini
Adakah ‘foot bath’ pada musim hujan
Asingkan ternakan yang sakit
Jenis ubat
Cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat, Zink Sulfat, krim antibiotik, ubat mencegah lalat
Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera untuk tindakan
1. Penyakit Kuku dan Mulut
Penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis virus. la adalah jenis penyakit yang cepat dan senang merebak. Kepada kumpulan-kumpulan ternakan, ia boleh menyebabkan 100% dari kumpulan tersebut jatuh sakit. Ternakan yang sakit akan menjadi sukar hendak makan dan berdiri dan akan menyebabkan pengeluaran berkurangan.
Tanda-tanda
Demam
Muram dan monyok
Terdapat gelembung-gelembung kecil yang mengandungi air di bahagian mulut, lidah, tetek, kaki dan di celah kuku
Gelembung-gelembung ini akan pecah dan meninggalkan kudis. Mulut akan mengeluarkan banyak air liur. Selera makan menurun
Ternakan berjalan dengan keadaan tempang dan jika kudis sakit sangat, ternakan tidak mahu berdiri
Kematian pada anak bebiri adalah agak tinggi – 50%
Pencegahan
Memberi suntikan veksin semasa berumur 2 minggu ke atas dan sekali lagi 2-3 bulan kemudian dan diulang setahun sekali
2. Penyakit Caseous Lymphadenitis
Penyakit ini disebabkan oleh kuman bakteria Corynebacterium ovis. la sejenis penyakit yang kronik (berlarutan/lama). Bebiri yang menghidapinya akan mempunyai bisul pada noda noda limpa tepian. Punca penyakit ini adalah dari noda-noda limpa yang telah pecah. Kuman-kuman dari noda-noda limpa ini akan masuk ke badan ternakan yang lain melalui luka-luka akibat mencukur bulu bebiri, memotong ekor, tercucuk duri/dawai tajam dan sebagainya.
Tanda-tanda penyakit
Kelihatan bisul/noda limpa tepian membesar
Keadaan badan bebiri menurun dan menjadi kurus/cengkung
Lemah dan boleh mengakibatkan kematian
Pencegahan
Asing dan singkirkan ternakan yang mempunyai tanda tanda penyakit
Cukur bebiri muda dahulu sebelum mencukur bebiri yang tua
Jaga kebersihan kandang dan alat-alat mencukur bulu bebiri
Elakkan terjadinya luka-luka pada ternakan
Rawatan
Jika terjadi luka pada ternakan rawatan segera hendaklah dibuat/jahit dll.
Rawatan tidak disyorkan
3. Penyakit Melioidosis
Penyakit ini disebabkan oleh kuman bakteria Pseudomonas pseudomallei. la adalah sejenis penyakit yang kronik dan merebak dalam badan. Bebiri yang muda adalah lebih kerap dihidapi tanpa terkecuali bagi yang tua. Manusia juga boleh menghidapinya jika termakan kuman ini.
Tanda-tanda
Demam ringan
Selera makan berkurangan
Nafas menjadi berat dan sukar
Kerap batuk
Berhingus
Sendi noda limpa dan buah zakar membengkak
Tempang
Kadang-kala menunjukkan tanda-tanda kurang waras
Rawatan
Rawatan selalunya tidak berkesan
Pencegahan
Asingkan ternakan yang sakit segera
Bersihkan tempat-tempat yang telah dicemar dengan ubat pembasmi kuman
4. Penyakit Brucellosis
Penyakit ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria. la menyebabkan keguguran pada bebiri. Pada manusia ia menyebabkan selsema yang kerap, lemah dan sakit-sakit badan.
Tanda-tanda
Berlaku keguguran biasanya pada masa 40-50 hari bunting
Rawatan
Rawatan selalunya tidak berkesan
Pencegahan
Ternakan yang sakit hendaklah diasing singkir
Beli ternakan yng tidak mempunyai penyakit
5. Penyakit Clostridlum
Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman bakteria Clostridia. Tanda-tanda penyakit adalah dari jenis keracunan makanan, keracunan berpunca dari jangkitan hinggalah kepada jangkitan yang boleh melibatkan kerosakan kepada tisu-tisu ternakan tersebut. Satu dari penyakit yang disebabkan oleh kuman jenis ini ialah penyakit kancing gigi seperti yang telah dibincangkan di atas.
Tanda-tanda
Tempang.
Otot membengkak, mengandungi air clan gasserta kulit berwarna kehitaman.
Lemah dan tidak bermaya.
Mati dengan tiba-tiba.
Demam dan sakit bahagian pinggang (abdominal).
Mulut pucat dan berwarna kekuningan.
Tinja dan kencing menunjukkan tanda-tanda darah.
Menunjukkan tanda-tanda tidak waras.
Lumpuh dan mati.
Rawatan
Rawatan adalah sukar dan tidak berapa berkesan.
Sebarang rawatan hendaklah dibuat di peringkat awal.
Gunakan ubat antibiotik yang mempunyai tindakan yang luas bersama antitoxin.
Gunakan ubat mengikut tanda-tanda penyakit.
Pencegahan
Elakkan ternakan dari luka.
Gunakan veksin dan antiserurn atas nasilhat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
6. Penyakit Pasteurellosis
Penyakit ini boleh menyebabkan kerugian yang tinggi sama ada melalui penurunan berat badan atau pun kematian. Dalam satu-satu kumpulan, 40% dari jurnlah boleh dijangkiti dan boleh menyebabkan kematian sehingga 5%.
Tanda-tanda
Kematian yang tiba-tiba tanpa tanda-tanda yang sahih.
Suhu badan yang tinggi.
Pada yang dewasa ia menunjukkan tanda-tanda pada sistem pernafasan seperti
sesak nafas
batuk
berlendir di hidung (berhingus)
mulut berbuih.
Rawatan
Rawatan hendaklah dibuat segera.
Gunakan ubat antibiotik yang sesuai.
Pencegahan
Kurangkan ketegangan (stress) kepada ternakan terutama yang baru sampai.
Gunakan ubat antibiotik yang sesuai dalam air atau makanan.
Suntikan veksin boleh mencegah penyakit ini.
Ubat-ubatan
Penstrep, Oxytetracycline (LM) Sulphar-drug, Amoxycillin dll.
7. Penyakit Lidah Biru
Penyakit ini disebabkan oleh kuman virus. la selalunya berlaku selepas bermulanya musim hujan apabila agas (culicoides) dan nyamuk pembawa kuman ini mula membiak dengan banyaknya.
Tanda-tanda penyakit
suhu badan meningkat.
Tidak mahu makan.
Mengulum-ngulumkan lidah.
Menjilat-jilat bibir.
Mengeluarkan air liur.
Berhingus cair dan kemudian menjadi pekat.
Hingus kering dan menutupi lubang hidung.
Bahagian hidung, muka dan lidah membengkak.
Hidung berdarah.
Lidah dan bibir yang bengkak senang luka dan berdarah.
Permukaan lidah berwarna kebiru-biruan.
Kudis-kudis terdapat pada lidah, bawah lelangit, rahang dan bibir.
Tempang dan selalunya tidak mahu berdiri.
Bahagian di antara kuku dan kulit menjadi lebam dan membengkak.
Kematian selalunya akan berlaku selepas 6 hari menunjukkan tanda-tanda penyakit
Rawatan
Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera.
Jika dapat, asingkan dalam kandang/petak yang bebas dari agas/nyamuk dan di tempat teduh.
Rawat luka-luka seperti biasa.
Pencegahan
Jauhkan kandang/ternakan dari nyamuk/agas dengan menyalakan api waktu malam – jaga jangan terbakar.
Semburkan kawasan dengan ubat mencegah agas dan nyamuk terutarna pada musim hujan dan di waktu senja.
Suntik ternakan dengan veksin yang disyorkan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini